Sunday, September 14, 2014

Penantian 100 tahun...

Dulu aku jahil dan tak pedulikan nilai bersejarahnya, setiap kali ia muncul depan mata aku tak layan, "Tak mau la, tak lawa la". Murah camana pun harga ditawarkan aku tak mau beli. Itu cerita 6 tahun dulu. Begitulah juga kebanyakan sikap para peminat Seiko tok penyu (6105-8000) di kala tu, bila ditawar harga murah dianggapnya itu model biasa-biasa aje dan tak perlu ribut-ributan meburunya.

Tapi kini dunia cepat berubah. Semakin tahun model ini makin kurang muncul di pasaran, kalau dulu murah melambak macam ikan kebung kini dah serupa harga seekor ikan arowana. Lalu hati mula bertanya kenapa model ni tiba-tiba mahal nak mampus? Aahh...korang google le sejarah hebat 6105 ni. Sebab aku tak sabar nak buat posting ni haha

Payah nak cari yang tulus-mulus membuatkan aku sabar menanti. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berhganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun dan tahun menjadi kurun. Sekian lama menanti akhirnya 'penyu' tua terdampar diri di pantai Malaysia.

Syukur...

Dua model 6105, kiri 6105-8000 dan kanan  6105-8119 yang lebih payah ditemui berbanding 6105-8110.

 Dial serupa, tapi jarum saat model 8000 lebih panjang dari mana-mana model 8110/9, korang boleh tengok sendiri, nampak?

Serupa saiz lug iaitu 19mm tapi berbeza ketebalan.

Mari kita layan dulu beberapa ciri istimewa model 8119.





Bawah model 8000 pulak. Dari jauh dua model ni kelihatan sama.







Glass sapphire memang berkilau, payah aku nak tangkap gambar.

Tangan aku mulus mungkin tak nampak garang model selam ni. Nah aku pinjam tangan kawan aku, seorang kaki pukul berlesen, kasi nampak ganas sikit hehe.

Koleksi silam seorang kawan.

4 comments:

  1. Anonymous12:12 AM

    peracun kalbu...isk..isk

    ReplyDelete
  2. Tokmat10:16 PM

    Salam... nak tanya...nak servis jam seiko 6309 dekat mana ye area KL....minta cadangan otai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tokmat boleh hubungi ashar (shah alam)0102337856 atau admund (tiap ahad di amcorpmall p.jaya)

      Delete
    2. Tokmat2:06 PM

      Ooo ok terima kasih

      Delete