Friday, June 20, 2014

PETI JAM PALING SELAMBA.

Posting kelmarin aku tentang cara-cara bikin peti jam membuatkan ada kekawan yang teruja dan mengadu mintak aku buatkan. Tapi sayang seribu sayang aku tak terlarat nak buat banyak, sekodar untuk membasahkan ketiak aje.

Bila aku suruh bikin sendiri berbagai alasan mereka kasi, kayu tak de la, tukul hilang la, gergaji kedai tak jual la dan berbagai lagi alasan yang tak logik haha.

Maka itu kali ini aku tunjukkan satu cara paling malas untuk membina peti jam. Semua alatan dan bahan tak payah susah-susah beli, semua pungut belakang rumah aje

Papan merempat ni aku kutip dibelakang rumah.
Beberapa keping papan yang aku jumpa ni bercat dan reput, tak perlu licinkan sebab kita nak mengekalkan seni pereputan semulajadinya. Gergaji, tukul dan paku  tu semua dah lama menganggur, hari ni kita depa kasi kerja.

Jangan pikir teruk-teruk sangat nanti jadi payah., buat kerja cara malas aje. Potong papan pun tak payah kemas sangat, asalkan putus dah cukup. Cantum dengan paku aje.

Buat kerja kena tenang dan ikhlas, baru seronok... Sekarang dah nampak kan?

Sekarang kita buat daun pintunya pulak. Pintunya juga dari papan merempat.

Hah, dah siapa pun keranda jam.
Awalnya aku pasang handle besi. Tapi nampak macam tak kena pulak, jadi aku buat lain.

Jumpa kayu ditepi jalan buat handle lain.

Nah! Siap sebuah peti jam yang mengekalkan seni alam semulajadi. Dah boleh di usung ke mana-mana program H4U. Senang kan?
Apa yang penting ia UNIK!

Seiko Samurai Black Tatinium (SBDA001) ini adalah spesis buruan aku sejak 2008 selepas model st.steelnya berjaya aku miliki.

Namun di antara semua spesis Seiko samurai itu spesis OREN ini paling liar! Sangat susah masuk jerat. Namun setelah 5 tahun mengharap akhirnya pucik di cita ulam yang datang. Biarpun berintikan enjin7S25 namun harganya mampu menumbangkan 2 ketul Sumo!

Samurai hitam (SBDA001) kini tak lagi bersendirian. Pasangan yang bahagia.

Agak unik dengan insert bezel yang berwarna merah/hitam. Dial pula begitu kemas.

Crown, bezel dan bentuk casing bergaya.

Jarum saat 'Menara Kuala Lumpur'.

SEIKO memang terkenal dengan model selam.

Dari benua seberang lautan Pasifik dan Atlantik SBDA005 ini akhirnya menjadi warga Malaysia.

Baka sang juara.

3 comments:

  1. weh.. yang dial putih bezel hitam tu dapat mana weh?

    **ayat orang dah terbakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa ceruk kedai tu. spesis rare gaknya haha

      Delete