Wednesday, December 12, 2012

DETIK 2012 DALAM LIPATAN KENANGAN

"Bang Asan saya dengan Tuan Syed bertolak sekarang! Jumpa di sanaaaa...sanaaaa,...sanaa ...naaa" Hehe begitu le panggilan kecemasan yang di buat Hakim Zawawi . Jam menghampiri jam 12 malam iaitu ketika langit serata dunia berguruh oleh dentuman mercun tahun baru 2013.

Namun bak kata pepatah, kalau dengar guruh di langit air tempayan jangan di curahkan, begitulah kami  'guruh' di langit malam itu tak terkesan pada semangat untuk berkumpul.
Malam itu Shaffid bersama adiknya baru selesai mengasah lutut dengan superbikenya sempat singgah untuk joint sama.

Dan pada malam itu juga Shaffid adalah penerima akhir T-shirt H4U 2011 dan majlis disempurnakan di restoran Alfa Maju, Puchong Permai (kini restoran ni dah ditutup operasinya)

Malam itu keluar beberapa spesis unik dan yang bestnya kemunculan spesis yang jarang-jarang jumpa!

Seiko Crown

Camy dan...

...kembarnya.

Epos limited edt yang menjolok napsu, alhamdulillah akhirnya aku dapat model bisanya.

Tuan Syed muncul dengan Ooo-megah huhu, bezel GMT lawa.

Wittnauer jump hour! Pelik tengok dial dan  pergerakan jarumnya...fuhhh!

Invicta military yang sangat simpoi, aku suka gaya military.

Tangkal lama yang mustajab, kalau sakit-sakit kepala celupkan aje tangkal ni dalam air kumdian minum airnya... garanti senyap hehe

Satu lagi tangkal lama yang menjadi azimat para penternak Seiko.

Kenapa pulak malam itu  KS merenung tepat mata ku...aduhhh aku tak tahan.

Mutakhir ni lapisan ozon semakin nipis, salji di kutub semakin cair, dunia semakin panas...semua kerana kerakusan manusia memburunya. Biarpun jemu pakai namun aku tak jemu pandang!

Malam itu muncul Rolex GMT, antara bintang ternama yang sudi joint kami pekena teh tarik.

Puas aku belek dimana le silapnya sehinggakan Omega ni nampak begitu cantik sekali.

Spesis 7 jarum yang membintangi malam itu yang juga menjadi menutup tirai 2012. 

 Tiada nasik goreng, tiada mee goreng, tiada burger bakar  namun pertemuan santai itu sangat berkhasiat buat warga h4u!
 
Insyallah proses penghantaran tshirt H4U 2013 selewatnya rabu (19hb) minggu depan. Kekawan yang dah membuat tempahan boleh membuat bayaran untuk memudahkan proses sebelum tarikh tersebut. Terimakasih kekawan semua.


2 comments:

  1. Anonymous11:37 PM

    alamak!ada 6105-8000 la juai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu koleksi tersayang bro syaffid woo

      Delete