Friday, July 27, 2012

Kenangan silam kenduri moreh dan khatam al-quran

Time aku kecik-kecik dulu iaitu sekitar 1970-an kenduri moreh dan kenduri khatam (al-Quran) di buat di mejid (masjid). Kenduri moreh di buat pada hujung bulan sya'ban berupa tahlil untuk arwah-arwah yang dah meninggal dunia, kenduri khatam pula didalam bulan Ramadan, kenduri itu antara maghrib dan isyak. 

Dalam kenduri Moreh atau Khatam sebilangan penduduk yang berhajat akan bawa beberapa dulang makanan yang dikenali sebagai nasi AMBENGGG ke mejid. Tau nak sebut 'amBENGGGG..' ? idgham-bighunah kena keras sikit supaya panjang dengungnya.. haha. Sedulang nasi ambeng berlaukkan ayam/ikan, ikan kering, tempe/tauhu dan inti kelapa (ambeng) cukup untuk 4 orang makan.

Selepas maghrib dulang-dulang nasi ambeng itu dikumpul di mejid. Biasanya 3-5 dulang dibawa oleh setiap rumah. Sekali kenduri tak kurang 10 dulang tersusun di ruang masjid.

Sementara solat isyak hampir selesai setiap dulang-dulang ambeng akan disusun di kaki lima masjid, ditutup dengan surat khabar lama disertakan juga keratan daun pisang dan kertas suratkhabar atasnya untuk membungkus jika tak habis makan.

Ketika kenduri-kenduri ini masjid dikerumuni budak-budak sebaya aku, kalau bulan ramadan lagi meriah. Selesai makan sebahagian maka bakinya dibungkus untuk dibawa pulang kerumah yang disebut sebagai NASI BERKAT. "Mana BERKATnya?"haha begitulah emak tanya kalau aku pulang dari masjid.



Di mejid dulang-dulang ambeng disusun dibelakang saf bebudak. Biasanya time solat kekawan aku disaf belakang ni senyap-senyap selak setiap dulang, pakat-pakat cari mana dulang yang ada ayam hehe. Aku ambil sikit ayam kat dulang lain kumpul kat satu dulang lain, habis solat kami terus keliling dulang tu aje... budak-budak lain tak boleh joint haha... bijak kan?


Bagi mengelakkan mondus operandi kami di kesan kami kambus ayam-ayam tu dengan nasik . Setiap dulang makan 4 orang tapi kami kerjakan bertiga aje haha... 

Tapi Wak Leman selalu cemburu kat kami. Garang dan suka jerkah-jerkah bebudak, tapi kat belakang selalu kena ejek...haha. Selalu Wak Seman buat kami bengang!

Bengang la bila Wak Leman sorong Si Atan leleh joint kami! Si Atan liur leleh tu semua dia telan kecuali besi dan kayu je... Kekadang kami tak dapat bawak balik BERKAT huhu...

SAWTOOTH, apa ganasnya spesis ni? tunggu episod akan datang...


5 comments:

  1. dulu benda2 nie dtg nye meriah mse teraweh.. tp skg moreh dh pupus.. tgl saki baki aje

    ReplyDelete
  2. budaya hidup kampung dah kehilangan generasinya.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha... nostalgia tu bro... best tul

    ReplyDelete
  4. bebaru ni balik kg bini... solat terawih pun dah tak ramai kat masjid, satu saf pun tak penuh....

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:29 PM

    You actually make it seem really easy together with your presentation but
    I in finding this topic to be really one thing which I believe I'd never understand. It sort of feels too complicated and very large for me. I'm taking a look forward to your next submit,
    I'll attempt to get the grasp of it!

    Also visit my blog :: click here

    ReplyDelete