Monday, March 26, 2012

HATI-HATI DI LORONG TU... ADA HANTU BONCENG!

(KISAH KURAPAT YANG DILAKONKAN SEMULA)

Bila teringatkan kisah seram ni aku rasa seram bila balik kerja jam 1-2 pagi melalui jalan gelap dan sunyi bekas ladang sawit tu, aku bukan tak mau kasi bonceng, tapi lesen 'L' mana boleh naik motor bawak pembonceng...alasan.

Kisah seram ini berlaku di sebuah kampung daerah Tanjung Sepat, berlaku pada seorang pemuda kampung itu.

Suatu malam dia bermotosikal seorang diri dengan niat murni nak melepak dengan kekawannya. Deeeeenggg, deng, denggg!... bunyi ekzos motosikalnya yang berkumandang seluruh kampung. Sampai di satu pokok besar dia duduk atas moto sambil kaki  menongkat atas bangku bawah pokok tu, di situlah dia dan  kekawannya berembun sampai tengah malam. 

Tapi malam tu keadaan jalan kampung agak lengang, tak banyak orang lalu. Dah 4 batang rokok diperasap tapi tak sekor pun kekawannya muncul... last-last baru dia teringat "Laaa lupa.., padan kutu-kutu tu tak keluar! Ni malam jumaat rupanya, mesti siang2 bini dah ikat diorang kat rumah.." bisik hatinya..Apat lagi dengan bengang dia start motor baik...

Dalam perjalanan balik melalui satu selekoh dia perasan beberapa orang di warung seberang sana menoleh kearahnya sambil melambai tangan, dia rasa pelik jugak melihat gelagat orang kiri kanan jalan tu, tapi buat tak layan aje sebab menyangkakan mereka cemburu dengan bunyi ekzos motornya yang power tu, Sampai rumah dia terus ke bilik berdengkur.

Sebaliknya pada pagi esoknya heboh cerita hantu (pocong) bonceng motornya. Ketika minum di warung Pak aji yang merupakan saksi penting dimalam tu memberitahunya "Mula-mula budak-budak warung jerit nak bagi tau  kau ada pocong bonceng kat belakang, tapi wak tak kasik risau moto kau panjat pokok pulak, nanti bertambahlah pocong kat kampung ni ..haha". 

Sebelum ni pun dia memang dengar cerita hantu bonceng dari beberapa penduduk yang melalui jalan itu lewat tengah malam, tapi tak sangka pulak ia berlaku dikala malam masih muda.  Errr...mungkin pocong tu dah penat nak melompat-lompat kut?

No comments:

Post a Comment