Wednesday, November 2, 2011

Silauan yang memperdaya...

Terpaksa aku perabis sejumlah wang semata-mata penangan spesis baru Omega Seamaster ni. Bukan beli untuk pakai, tapi sekadar untuk di bawa balik buat kaji selidik ringkas tentangnya. Apatah lagi bila tokey kata jam Omega ni dijual dalam harga RM800! Itu yang buak aku tambah terkecut!

"Jangan tipu olang la, wa cakap butut-butut ini jam ivitision gled tlipel A" Katanya.
"Ini balang bukan cina mali, ini taiwan mali... cina wa tatak amik sebab manyak buyer komplen" tambahnya lagi sambil aku membelek-belek jam ini.

Biasalah mana-mana jam sebegini aku cuba cari 'kesilapan' luaran. Mutu buatan boleh tahan. Tokey siap kasi aku katalog terbaru Omega yang mengandungi model ini, aku bandingkan satu-persatu...memang serupa! Fuhh... Teringat aku kisah seorang rakan...

... membeli sebuah Rolex berharga rm1200 di mudah...! Bila aku telek jam enjin miyota! "Abang dah tanya dia, dia jawab ini jam Rolex original replika, bila abang dengar ada perkataan 'original' abang beli la" rintihannya pada aku.

Rose gold setanding model jenama lain dipasaran. Aku rasa kualiti luaran semakin meningkat maka tak hairanlah jika penjual sanggup letak harga gila-gila.

Punggung licin gebu, tengok dekat-dekatpun tak jumpa kurap atau bintik-bintik halus.

'Gold' lagi haha... memang...

Siap set lengkap! Aduh...

Speedmaster ni juga tak kurang hebat, sapphire glass dengan enjin quartz japan! Kenapa jam-jam replika mendapat sambutan biarpun harganya tak murah? Korang tentu ada jawapan...

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Macam jam-jam "PS Boutique" jeh... terutama sekali dia punya "packaging". Review jam replika ke bek?

    ReplyDelete
  3. San, mana pegi Monaco tu? Aku tengok kat HP JB, kalau konon2nya enjin Swiss dia henjut sampai RM1500 pun ada. Tapi memang betul, kalau yg top grade tu, setakat pakai mata kasar, memang nampak macam ori. Siap dengan kotak dan cert lagi.

    ReplyDelete
  4. Bek, Omega Gold Seamaster tu sepatutnya kalendar dia Bulan dengan Haribulan.... bukan Hari dengan Haribulan.... apara.... RM180 sejibik, nak kalu aku bole dapatkan... nak murah lagi carik "AH SENG" kat PS Boutique!!!!

    ReplyDelete
  5. rozifrasid12:58 AM

    kadang2 org ni tertipu, ada yg fikir jenama wlupn replika beli jgk...bnyknya fikir jenama jerr...mcm saya dulu hampir2 terbeli Bell and Ross replika yg kt mudah. hrga rm150 mmg xmahal tp bg student mcm saya ni mmg terasa laa.baik tmbh lg rm50 beli casio wlupn xla setip-top jam yg brand besar2...

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:08 AM

    biarpun tak ori, tapi sebahgian org rasa 'jenama2 gagah' ni menambah keyakinan diri pemakainya hehe. Tgok, berapa rmai kaum pempuan yg pakai brg kemas tiruan? lebih kilau dari emas tapi bukan emas emmmm-timur

    ReplyDelete
  7. Kualiti luaran dia nampak cantik. Enjin dia cam miyota china made...

    ReplyDelete