Monday, August 8, 2011

SEIKO JENGLOT...

Dikenali sebagai Seiko DILOT, gabungan nama DIver + piLOT). Tapi aku berikan jolokan JENGLOT kerana paras rupanya yang menyeramkan. Jenglot ni antara spesis terbaik Seiko yang masuk kepasaran sini. Tapi sayang, kurang mendapat sambutan kerana faktor-faktor misteri. Dipalu enjin 4R15 jentera selam ini memiliki reka bentuk agak 'hodoh' (kata kebanyakan penternak yang ditemui)

Sebenarnya aku minat pada jam-jam yang berbentuk 'hodoh'. Kerana bagi aku yang hodoh biasanya menampilkan imej lasak. Contohnya, jika kita tonton drama atau filem, watak-watak jahat dan ganas biasanya disandang oleh mereka yang berwajah BENGIS sesuai dengan karekternya. (Untuk orang aku tukar kepada BENGIS, kerana HODOH perkataan yang kurang enak digunakan pada manusia).

Mungkin disitulah juga malangnya model berjentera canggih ini tidak dikerumuni kebanyakan pengemar Seiko. Ramai juga mereka yang aku temui memberikan komen negatif tentang bentuknya. Bahkan aku sendiri pada awalnya rasa begitu. Namun kita tak seharusnya bersangka buruk kerana paras rupa semata-mata. Bak pepatah berkata, yang pahit jangan terus dibuang dan yang manis jangan terus di baham. Elok kita selidik dulu apa maksud disebalik semua angkara ini...

Crown guard memang tak cun, nampak terasing dari casing. Tak seperti SKX007 dimana bahagian ini diunjur terus menjadi crown guard, seperti Turtle juga Samurai Titanium...

...tapi harus difaham, mungkin ia dibuat begitu untuk disesuaikan dengan bentuk gigi bezel yang kasar macam bunga tayar off-road yang lasak henyakan supaya pemakainya boleh terjun dari kapalterbang atau sampan tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Berpadanan dengan jarum dan mark index yang besar! brutal!! Dah nama JENGLOT masakan nak dibayangi gambaran yang tak sepadannya? Kalau dah digelar polis FRU mana nak dibayangkan bentuk lain selain perisai, grill besi sekeliling, gagah, kasar dan meriam air, ye tak? Sini bunga-bungaan memang tak main..
Dari kepala sampai kaki mesti dibentuk seiring beban tugas dan perwatakannya. Jadi bengis/hodoh/ganas/kasar adalah gandingan yang sempurna.

Sangkutkan anting-anting besi ditelinganya, lagak ganas macam karekter Mr. T, pernah tonton drama tv Mr.T dulu? Samseng yang baik hati hehe.

Setelah dipadankan dengan canvas zulu 20mm aku tak lagi rasa segan untuk membawa jenglot keluar bersiar-siar.

Model berserta tali rubber berharga RM880, sementara yang bracelet berharga RM980 (harga selepas diskaun)

Diantara dua dah tentu jenglot kelihatan lebih ganas. Aku harap racun-racun berkhasiat ni dapat mengubah fikiran korang tentang jenglot ni. Jam secantik manapun kalau dipakai selalu akan menjemukan dan menumpulkan tumpuan. Tapi ada hari-harinya jam sebegini seronok dipakai serta memberikan banyak kelainan.

3 comments:

  1. Cantik juga dihayakan dengan tali nato/zulu camtu...agak2 kalau bond zulu/nato pun macam best

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:29 PM

    aku berkenan kat jam ni, yg bracelet.. indicator date dia unit selain movement dia yg boleh hack..
    ~sukajam~

    ReplyDelete
  3. nature8:18 PM

    Cantik je aku tengok JENGLOT aka DILOT aka SPORK ni, serius aku ckp kalau bro Hassan tak bgtau crown guard yg tak brapa kena tu, aku pun tak perasan...Tak byk review pasal jam ni kat blog2 tempatan, dekat blog DJ asmar pun aritu ada sikit2 je..

    ReplyDelete