Disebalik cuaca panas tengah hari ni diramal disebelah petang hujan lebat bakal turun di kota...
... sedangkan aku perlu ke sana kerana kerja. Setelah dipertimbangkan seadil-adilnya maka Seiko Samurai inilah yang pertama-tama kedepan menyahut cabaran yang bakal itu, al maklum lah...biarpun panas atau hujan aku lebih selesa bermotosikal. Lagi pun menunggang motor lebih menyihatkan jam-jam mekanikal yang memerlukan banyak gerakan tangan.
Duduk kemas ditangan sebagaimana duduknya aku atas pelana kapcai. Sebaik starter ditendang VROOMMM......VROOMMM! Hehe enjin meraung-meraung garang. Pot..pot puttt...psssttt! Enjin padam pulak... biasalah tu, sama perangai macam jam jugak... hampeh. Pemanduan diteruskan, Puchong menghala ke Petaling Jaya...
Sebaik Tiba di hujung daerah, ribuan titik hujan mula mencuit lengan aku yang munggil, seoalah-olah mereka menjerit "depan sana hujan lebat!". Terimakasih, kalau aku membutakan hati tentang tanda-tanda tu tentu aku basah kuyup disana.
Aku masuki laluan sikal, laluan sesuai dan selamat bagi penunggang kapchai seperti aku. Begitulah hidup ini, pilihlah lorong kehidupan yang sesuai dengan tunggagan kita. Bagi aku orang yang baik adalah orang yang kenal kemampuan dirinya, kenal keburukan diri dan bukan sibuk kenal buruk orang lain.
Dan bila sampai di sempadan hujan semakin lebat... Jauh sana kilat dan awan hitam berdentam-dentum menyerang kota, marah sangat agaknya...
...dibawah trowong jalan aku berteduh sambil merenung empat butiran air yang turut sama berteduh dipermukaan kaca.
Bentuk yang meredupkan hati... jernih berkilau umpama butiran berlian, lama aku renung sehingga ia semakin nipis... nipis dan lenyap. Kemana pula perginya? Begitu hebat ia dicipta.
Setelah hujan reda aku memecut melalui suatu daerah lain. Disini penduduknya tinggal dirumah berdindingkan emas dan perak, dan penghuninya tidak pernah merasai lapar. Setiap jalan dan simpang disini berdiri sang petunjuk bisu dan buta, setia memberitahu sang pengembara tentang bahaya dan selamat, tapi ramai yang tak kisahkannya. Aku teruskan perjalanan...
...Tibanya disini aku terasa pelik bila banyak kenderaan tiba-tiba berhenti, siapa yang menahan mereka? Polis trafik? Pokok tumbang? atau apa? Rupa-rupanya mereka dihentikan hanya oleh satu lampu merah! Kenapa mereka berhenti apabila lampu merah? Soalan remeh yang tak pernah melintas jalan, jalan fikiranku. Mereka terus memecut sebaik muncul pula cahya hijau. Ishh pelik juga apabila difikirkan semula apabila pegerakan berjuta kenderaan diatur oleh 2 warna lampu... Bagaimana jika lampu-lampu ini padam?
Alhamdulillah sampai dah, basement parking. Petunjuk lagi! yang berupa 'ayat/simbol'. Apa ni? Apa pula itu? Semua petunjuk ini sia-sia jika aku tak mem'baca'nya.
Itu semua hanyalah sebilangan kecil petunjuk-petunjuk yang berbagai rupa dalam satu perjalan. Bayangkan pula petunjuk-petunjukNya yang terang terpampang meliputi bumi dan langit disediakan tuhan agar hambanya selamat disini dan disana. Namun itu semua hanya MENJADI petunjuk bagi mereka yang BERAKAL, tapi bukan yang ada akal.
"Semua orang berakal bukan? Tapi kenapa ada sesat?" teringat kata seorang teman.
Akal perlukan jalan untuk memahami petunjuk, umpama air dan tepung jika tidak diadun tidaklah dinamakan lempeng yang sedap dimakan, bukan? Oleh itu petunjuk/isyarat semata-mata tanpa jalan memahaminya sia-sia jadinya, kerana ianya tidak ditejemah menjadi pertunjuk (maklumat).
Begitulah seperti yang difahamkan aku insan yang doif ni. Salam Jumaat!
haha..kamera abg hasan memang sentiasa ada dalam poket agaknye.sempat je ambik gambo
ReplyDeleteSan, helmet ko ada camera ke? Tapi aku nak tau jugak kat mana orang duduk rumah berdindingkan emas dan perak tu ...
ReplyDeleteFuh! Mencabar tul artikel kali ni... Hehe
ReplyDeleteAmar/man, jaman canggih la ni kamera ptg dibwa mana aje.
ReplyDeleteMar...mungkin mencabar minda..emmm agak feneng jugak le hehe. -timur
Seronok tgk gambar-gambar yang kena aje dengan cerita-cerita yang ada...yg pasti samurai tu tetap macho, tambah2 bila hari hujan :)
ReplyDeletenak belajar membaca/menulis...
ReplyDelete