Sunday, June 19, 2011

Si tampan yang menggondam jiwa...

Dial putih bukan pilihan kebanyakan penternak jam, apatah lagi peminat jam diver yang rata-rata memilih dial hitam yang dianggap kena dengan ciri ganasnya, begitulah tanggapan mereka.

Aku juga hampir termakan hasutan itu menyebabkan kebanyakkan koleksi ternakan aku berwarna hitam.  Memangpun, dial putih sukar untuk melihat waktu dalam cahaya suram.

Tapi Seiko Stargate putih susu ini mengatasi kelemah itu. Sejak beli aku nampak tarikan pada model putih ni. Sebaik sampai ditangan, aku cabut bracelet asalnya yang tidak mengancam nyawa langsung, tengok aje dah tak da semangat. Jadi aku tukar canvas zulu warna gold brown! Satu-satunya tali yang menonjolkan gaya rangginya.

Sebaik mengikat tangan aksi barunya ini menggondam perasaan, terkenang jam dial putih pertama yang aku beli 25 tahun dulu Alba, seminggu kemudian aku jual dgn kawan.

Seiko Stargate dial putih! Jangan pandang sebelah mata, kalau ada 3 biji mata lihatlah dengan kesemuanya kerana semua sudut pandangannya memikat dan menarik.

Siapa sangka cempedak menjadi nangka?

Dalam kelesuan cahaya dial putih lebih menyerlah.

Seketul jam yang bergaya memiliki sudut pandangan yang sempurna, barulah sedap menghayun tangan.

Selain dial putih bezel solid yang dulu tidak aku gemari kini mengubah selera ku. Tapi kena disesuaikan dengan tali kulit atau kanvas supaya kepala jam lebih menonjol di tangan.

Berbanding tali besi, getah atau kulit, tali zulu mudah dilucut dan dipasang, bahkan jika pin lug patah jam masih mampu berpaut ditangan dari jatuh terhempas.

Tapi sayang, tali zulu ini agak pendek. sesuai untuk pergelangan tangan kecil seperti aku.

'Cantik' perkataan pertama melompat keluar dari mulut kakawan jam.

Mangsa yang seterusnya...

2 comments:

  1. Tali zulu@nato mmg praktikal. Bagus kalau ada byk warna dlm simpanan utk dipadankan bagi mendapatkan kombinasi yg terbaik.

    ReplyDelete
  2. Bila kenakan dgn tali ni, jam tu nampak cun la

    ReplyDelete