Tuesday, May 10, 2011

UFO terhempas!

Sejak beli 2 tahun lepas tak pernah aku pakai. Tapi Sabtu kelmarin ketika aku selongkar tin biskut terjumpa seketul Seiko UFO. Goncang-goncang jam jalan lagi, tergerak napsu nak pakai bawak bergaya balik kampung, maka aku buka tali besi dan tukar tali kulit bagi menambahkan kekacakan aku. Sepanjang memandu 200km ke selatan tanah air tangan aku sentiasa menjolok-jolok mata pemandu sebelah ketika berhenti atau memotong haha (eksennn...)

Selepas 2 jam memandu dengan berhemah aku sampai ke kampung, ketika masuk kebilik aku ternampak sang cicak menyorok-norok disebalik tirai...untuk pengetahuan korang aku memang pantang nampak cicak, mesti belasah sampai pengsan. Senyap-senyap aku intai, check dulu laa mana tau spesis cicak tokek yang mahal tu. Sah! spesis cicak kubin je. Apa lagi! aku libas dan pukul-pukul tirai tu dengan tapak tangan, BUM BANG, BUM BANG tiba-tiba...

...KELETUK!!! aku terdengar benda terhempas di lantai, ingatkan dah mengena tapi aku tengok benda bergolek tu seakan-akan seketul jam tertiarap pelahan-lahan aku dekati dan ambil, tak panik dan tak gelabah memang kelebihan aku hehe, "Ish jam? macam jam aku je?" bisik hati, pelan-pelan aku tengok tangan kanan aku... "Aik! kenapa tangan aku takda jam?!!! SAH! WAAWAAAA.....UFO aku yang terhempas!"

Tengok tu, kecederaannya parah... sejam aku termenung. Tak tau mana nak dapat glass asal setebal ni.
Moralnya: Kalau tukar tali jam pastikan pin betul-betul masuk lubang lug.

"Tergamak kau baham cicak tokek aku Sitam?..wa waaa..."

12 comments:

  1. San, lepas UFO tu terhempas, takde alien yg keluar dari tingkap yg pecah tu ke?

    ReplyDelete
  2. cicak kobin tu jelmaan Sitora! ko ada baca Bismillah ke masa nak hentak kepala cicak tu?...masharakat huhu

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:48 AM

    Order dari ebay bro, rasanya seller filipina & hong kong byk spare part Seiko. Lepas beli, hantar ke kedai suruh pasang..

    ReplyDelete
  4. wak asan D12 allergic dengan ebay!!! dia takut kena tipu... bek! ngko nak aku order kan ke? boleh ajaa... nasihat aku, ko jangan bukak terus crystal yang pecah tuuu... kat bawah bezel dia ada rubber gasket. takut ko main taram keluarkan kaca yang pecah tu nanti rubber gasket tu putusss... haaaa yang tu payah nak dapat kat ebay. aku pernah kena sekali kat baby UFO aku... jejaga bek!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Silap2 kena let go murah2 ni kat kwn2..

    ReplyDelete
  7. Bek, kalau hang baca artikel aku ni- http://irhomdeys.blogspot.com/2009/08/tiny-parts-that-also-important-to-look.html dulu mesti x bersepai UFO ko tu....hehehe

    ReplyDelete
  8. Timakasih semua kerana menyumbangkan rasa simpati tak berbelah bagi. Aku dah hantar jam kat kawan, ikhtiar cara kampung dulu.

    Tuan syed, patah tumbuh, pecah berganti. Pengila jam lama memang masak dgn perangai ternakan masing2, maklumlah nama pun JAM VINTAGE kan?

    ReplyDelete
  9. Kalau UFO terhempas, memang kena panggil Fox Mulder la, kasi bukak Fail X.

    Pecah kaca, pecah gelas,
    pecah ufo, baik repair cepat2..

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:57 PM

    last time jumpa baru jek sembang2 tukau tali kulit kt ufoo.... skali dah terhempas lak....

    ReplyDelete
  11. Tu laaa...barang kalau dimanja sangat mmg cam tu le jadinya

    ReplyDelete