Tuesday, May 3, 2011

MARI KITA JADI TENTERA!

Citizen diver agak kurang berkembang dipasaran sini berbanding Seiko. Tapi model diver Promaster berenjin automatik ni hebat berbanding Seiko yang sekasta dengannya. Dengan harga yang lebih rendah Citizen Promaster 200m diverini dijana enjin miyota yang terbukti cemerlang sejak berzaman. Ayuh, kita gempur model amfibia ni.

Setelah tukar tali original citizen bercorak hijau celoreng ni perasaan syok sendiri aku meluap-luap sebaik ia menyangkut tangan.

Bezel agak unik dengan jarum seperti tombak.

Dial kekuningan memang sesuai dengan mereka yang kulit kuning jugak, ada sesapa kulit kuning? kuning langsat le.

Ketika aku masuk ke dalam lif pangsapuri yang rosak lampunya seorang kanak-kanak menjerit "Teranggg" hehe, dia ternampak dial jam aku ni menyala kuning kehijauan dalam kegelapan lif, siap boleh suluh jalan lagi...

Pada awalnya aku tak minat langsung nak pakai, puas aku cari strap yang garang bagi menggantikan strap getah asalnya.



Sayang nak tanggal selaput plastik cover tu, sayanggg,...plastik ori tu!

Yg ni pangkat sarjan... koleksi bro Radzi (thethick2blogspot) ketika kami pekena teh tarik kelmarin. Sama model tapi dial biru digayakan pula dengan kemeja birunya. tak silap aku mata dia pun lens biru errr....haha. ampun tuan, gurau2 je nih

Operasi gempur mula!

5 comments:

  1. Sapa yang ko nak gempur ni San? Komunis pun dah keluar hutan duduk dlm bandor sekarang.

    ReplyDelete
  2. korang perasan tak buncu lugs jam diver wak asan dengan aku punya? tak sama... pasal aku punya tu (yang warna biru) production tahun 1999! wak asan, masa aku tunjuk arituh baru dia perasan... berbeza buncu lugs tuuuu.... wak asan nak gempur laut jepun! nak tangkap "turtle jepun" banyak-banyak... so bole la jadi penternak turtle nomor satu di dunia yah...

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:52 PM

    Komunis pun dah menang banyak pilihanraya negeri sarawak baru-baru ni.. tak x payah pakai senjata dah depa ni.. Kita ja tak tau.. Puak Sosialis sebenarnya masih berkeliaran di Malaysia & semakin biaDAP!!

    ReplyDelete
  4. betul man komunis dah keluar hutan, mana boleh tahan makan ubikayu aje.

    Bekk...turtle jepun kecik2 kan? hehe,

    Anymus...mana pergi pas dan pkr? kenapa meka tak diberi chance letak calon di kaw bandar Sarawak? Nampaknya percaturan yg nmpk tak menguntungkan rakan pr yg lain...

    ReplyDelete
  5. Err.. jam military ni best la.. Dial & hand ada glow in the dark.. Insert bezel dia memang tak lari sangat dari Seiko.. Tapi enjin citizen ni best, boleh wind. Baru dapat test power reserve dia ikut spec ke tak.. Seiko 7SXX tak dapat nak test power reserve dia.. sebab tak tau enjin dah full charge ke tak..
    DAP patut bagi change pada PKR & PAS test power kat bandar pulak kat PRU nanti.. Tak boleh la DAP makan sorang2..

    ReplyDelete