Friday, March 4, 2011

POCONG DI MORIB...

Peristiwa benar ni berlaku 2 tahun sudah ketika aku bersama isteri menemani Abang Zul pulang dari sebuah pusat karoke di Morib. Abang Zul ni adik kepada bekas penyanyi yang sangat popular era 60an, suaranya seketul macam arwah abangnya maka itulah dia kerap mendapat undangan ke pusat-pusat karoke diserata tanah air. Pahang, P. Pinang Johor dan semua negeri pernah dijelajahnya semata-mata memenuhi undangan.

Setelah majlis karokei selesai jam 2 pagi, kami mula bergerak untuk pulang ke Petaling Jaya, perjalan memakan masa hampir 1 jam setengah melalui jalan dua hala yang panjang menyusuri pantai Morib. Keadaan jalan sunyi, dan kami semua menafaatkan suasana hening dan sejuk didalam kereta dengan melelapkan mata meredakan keletihan berkaroke.

Keadaan jalan jam 2.30 pagi sangat sunyi, kiri-kanan jalan hanya semak dan kebun-kebun, abang Zul memecut laju. Sedang kami lena terbuai didalam kereta yang ditimang-timang oleh keadaan jalan lama yang berombak -ombak tiba-tiba aku terasa Abang Zul menghentikan kereta dengan agak pantas. Aku mencelikkan mata dan beratnya "Kenapa berhenti sini?".  Agak lama juga dia nak menjawabnya, "Tengok depan tu..." katanya. Masayaallah! Di tengah jalan melintang suatu lembaga berbungkus kain kafan putih!

Lembaga itu tak bergerak walaupun lampu kereta menyuluh terang. Lama juga Abang Zul memberhentikan kereta didepan lembaga itu. "Ishhh...apa tunggu, jalan cepat" Suara isteri dibelakang yang juga tersedar. "Mana boleh langgar aje..." jawabnya. Lembaga itu memang tak berganjak walau seinci, tiba-tiba abang Zul buka pintu kereta... "Eh! nak ke mana?!" aku tanya. "Nak alihkan la!" jawab Abang Zul , fuh! hati kering betul dia! Aku memang tak sanggup tolong, ketika dia mula keluar dari kereta untuk mengalihkannya tiba-tiba lembaga itu berguling memasuki semak-semak dan hilang dalam gelap pagi.

Pengalaman yang sangat menyeramkan. Haha terkesima aku melihat berani luarbiasa Abg Zul, sehinggakan aku merasakan dia 'bukan orang' haha... "Dia hamba Allah juga, mana boleh langgar gitu aje" jawabnya penuh timbang rasa.

Peristiwa serupa pernah berlaku pada makcik aku ketika melalui jalan susur keluar Tangkak ke Muar. Lembaga berkain kafan (hantu bungkus) melintang jalan diketika hujan renyai, 2-3 kereta terpaksa berhenti kerana lembaga itu melintang ditengah jalan sebelum beredar... weii naik bulu kaki aku!

10 comments:

  1. uiii..xleh tdoq dh mlm ni...huhu..

    ReplyDelete
  2. Aku kena tengok cerita Hantu Kak Limah nak bagi hilang seram lepas baca cerita ko ni ...

    ReplyDelete
  3. nyet..nyet..semut..sape sakit naik atas..hihihi...

    ReplyDelete
  4. laa patut dah npk tu cepat2 la tngkap. kalu dpt buka tali pocong atas kepala untung beso ko...duit, duit dlm tu!.tu sbb dia pandai,cpt2 guling dn ghaib...hehehe

    ReplyDelete
  5. Kwn tu penat kot berguling2.. Ekekeke... Nasib baik malam ni dah malam ahad... wakakaka....

    ReplyDelete
  6. Apasal DJ, malam Ahad pocong atau apa2 yang sewaktu dengannya cuti ke?

    ReplyDelete
  7. ahad depa cuti bro. Haha

    ReplyDelete
  8. Memang serammm...

    ReplyDelete
  9. Patutla gambor ko ni tutup separuh muka ... rupanya ko sentiasa dalam keseraman.

    ReplyDelete
  10. issss pocong ... memnag benda seram lebih baik jangan sentuh mungkin bomoh punya kerja

    ReplyDelete