Marinemaster, Sumo, Samurai? Semua model hebat seiko tu boleh korang lihat pada model ni!
Dengarnya model ni direka hanya untuk pasaran Asia dan ini menjadikan peminat Seiko di benua Amerika dan Eropah merana haha...
Senjata baru SEIKO SKZ325 ni betul-betul bikin gempak! Sejak aku dedahkan foto-foto aksi gairahnya minggu lepas model ni menjadi perbualan hangat di laman forum luar.
"Lebih selesa berbanding Seiko Samurai" begitulah komen seorang setelah memandu-ujinya.
Apa taknya? Dial jelas dengan jarum dan indek jam yang besar serta bentuk casing melengkung memang selesa pada semua saiz tangan.
Satu batang jarum berwarna merah menjadikan sihitam ni nampak lebih garang!
"Kualiti buatan sangat kemas!" komen seorang peminat Seiko.
Model baru yang diadun dari rekabentuk evergreen diver lama ni sangat selesa untuk dibuat jam harian...
..."Kalau pakai enjin 4R15 tentu best" komen seorang teman..YA! aku setuju, tapi enjin tu mungkin buat temperature harganya mencecah RM2K.
Harga bakal naik, tak perlu tunggu harga petrol atau harga gula naik...begitulah keluhan tokey-tokey jam. "You untung laa?" jawab aku, "Kalau harga itu macam mana mau laku?! nanti gua punya kedai penuh jam cap ayam laa!" jump smash tokey kat aku.
Betul cakap taukey tu, bahkan butik jam di pusat beli-belah ruang pamernya dimonopoli jam-jam ayam...
Jarum-jarum jam digerak oleh enjin 7S36.
Marinemaster, Sumo, Samurai? Semua model hebat seiko tu boleh korang lihat pada model ni!
Lawa jam nih.. ish! ish!!
ReplyDeletebeli ke tak...beli ke..tak..beli ke.....tak....jangaaaan....
ReplyDeleteaku dah beli 1 model ni. skarang tengah buat review on construction dengan performance dia. so far memang besttt... melalui forum member aku dapat tau movt 7S36 dia made in japan, cuma assembly kat Singapore. launched Oct10 kat Philippines. kat Malaysia, Singapore, dgn Hong Kong model ni takde pasal Thong Sia Group tak amik model ni... may be diorang nak abiskan model SKX diver yang tak abis-abis dan laku-laku lagi. mana tak nye, sejak Thong Sia jadi exclusive distributor, semua jam seiko naik harga...pehhhh
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya pun peminat jam. cermin samurai ni hardlex ke? hardlex crystal ni sama ke tahannya dgn sapphire? dari segi kalis calarnya.. thanks
seiko diver kebanyakannya guna hardlex...sapphire tahan calar lagi...hardlex crystal akan calar jugak kalau tergores dengan sangat kuat...sekuat mana tu tak tau la sebab tak berani test...sapphire lebih mudah pecah dari hardlex...
ReplyDeleteok, jam ni telah selamat dibeli :p ni jam seiko/japan pertama saya. sdg cuba mendalami kejuruteraan jepun.. dr ptg td beli terus pakai. sampai skang x bukak2 lagi :p rasa mcm best jekk :p
ReplyDeletemmg best, casing mesra semua jenis tangan...
ReplyDelete