Monday, December 6, 2010

'horology for unity' mencipta sejarah!

Bertempat di Restoran d'dusun Pinggiran Putra penternak jam se Malaya berkumpul membawa koleksi masing-masing. Objektif program bukanlah untuk menghimpunkan jam-jam hebat tetapi yang penting menghimpun semangat dan kesungguhan para kolektor/peminat yang jauh lebih hebat! Program terhad 35 orang dihadiri oleh penternak dari serata Malaysia termasuk P.Pinang, Johor, Kedah Pahang dan Sabah!

Tepat jam 2.30 petang sebaik meja dicantum para penternak mula meletakkan koleksi masing-masing untuk santapan...

Berbagai jenis jam terpamer samada baru dan lama, murah maupun yang mahal bergantung pada minat empunya, sesuai dengan tema 'horology for unity' maka program ini adalah menyatukan peminat!

Jurugambar media turut memberi sokongan.

Antara yang meragut tumpuan!

Wartawan MStar sedang menemuramah Uncle Luv, penternak dari Selangor.

Dr. Asmar  dari duniajam.blogspot.com pakai 5 ketul jam! memecahkan rekodnya sendiri!

Keseluruhan peserta memakai baju T special edition yang dicipta khas untuk program ini, 3 siri dengan warna berlainan, merah, hijau dan oren! koleksi terhad beb!

Dr Syafiq dan Sifu Andy sedang bergambar dengan ternakan masing-masing, err mungkin juga berbincang tentang keunikan ternakan masing-masing.

Salah satu ternakan vintage! Daki keliling bernilai hampir 20 tahun! Aku ingatkan para peserta supaya jangan malu untuk membawa ternakan masing-masing, jam murah hatta jam 'rojak' mempunyai daya penarik tersendiri, maklumlah bukan mudah sesetengah kita yang mampu memiliki suatu yang 100% original apatah barang yang dah berusia suku abad dan melalui berbagai perangai pemakainya.

"Kenapa sdr Timur gelar kolektor jam sebagai PENTERNAK?" soal seorang...
"Kerana koleksi mereka akan membiak dan terus membiak jadi banyak" jawab aku..

Selain berkongsi pengetahuan dan ushasama, banyak juga perjanjian mou dan kontrak jual beli dimentrai di persidangan ini.

Sebahagiannya hanya membawa koleksi peribadi yang hanya untuk tontonan umum aje...huhu

Semangat penternak jam lama memang kental, mereka membeli seketul jam buruk/lama dan merantau mencari alat ganti dan berhabis masa dan wang membaiki agar ianya berdetik semula, tapi malangnya apabila mereka tak dapat menemui alatganti yang ori masyarakat sekeliling dengan mudah mengutuk ternakan mereka sebagai 'rojak'.

Sungguhpun berhati-hati dalam mengembangkan koleksi risiko tertipu dan ditipu memang asampedas yang dirasai kebanyakan kolektor baru maupun lama.

Biar apapun koleksi para peserta memang unik dan ekslusif! Tak jumpa di lain tempat kecuali ditangan mereka aje!

Sebelah kanan yang memakai Seiko GMT lama (nampak?) En Radzi dari thetick-thetick.blogspot.com



Bergaya seksi memeluk bantal bucuk masing-masing!

Sdr Muzill dari LT watch gallery.blogspot.com dengan jaket merah siap ada logo horology!

Bagi memeriahkan lagi suasana, di hujung acara diadakan pertunjukan! pertunjukan cabutan bertuah!

Zul dari Sabah mengungguli dan mengondol hadiah pertama! Syabas Zul!

Jangan sedih... Peserta cabutan bertuah yang tak bertuah tidak dibiarkan begitu sahaja, mereka semua menerima bantuan banjir berupa buku diari 2011 yang ditaja oleh dabudabi.blogspot.com

Diakhir acara sebahagian peserta membuat membuat demonstrasi secara aman dipintu masuk d'dusun bagi menyampaikan.... 
..semangat "HOROLOGY FOR UNITY!!!"
insyaallah kita akan berkumpul lagi tahun depan! Kepada semua kawan-kawan yang hadir jauh maupun dekat aku ucapkan terimakasih tak terhingga! Terimakasih! 

8 comments:

  1. Tahniah kepada semua... tunggu cerita aku pulak... ekekeke

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:31 PM

    yang no satu tu dapat hadiah ape Bro Timur?

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:40 AM

    nasib baik aku tak pengsan tengok jam aritu. bersilau-silau, berbesar-besar, berpatina-patina, bermahal-mahal , berharga-berharga.hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada pihak penganjur..dpt tgk skill bro d12 menggunakan tisu semasa mengambil gambar..hehehe

    ReplyDelete
  5. ada gak jam sanyo buruk aku tue termasuk dlm blog nie....

    ReplyDelete
  6. aku tak dan nak jenguk hangpa punya ternakan... pasai sibuk layan registration dengan reporter... lain tawunnnnn, jam peti ais aku ada... jam toshiba, mana pi ntah... pakat beli peti ais dulu lepa bagi free, he he he

    ReplyDelete
  7. tahniah & tabik kpd penganjur & para peserta a.k.a. para penternak semua.. suatu perjumpaan yg berjaya! aku tumpang bangga. tahun dpn buat dkt Penang ..? x pun kat Kota Bharu pun ok gak.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada semua....hehe!!!tahun depan buat kt penang...stuju2...

    ReplyDelete