Saturday, December 18, 2010

BERKONGSI SENGSARA ....

Sengasra betul aku melihat keunikannya... Nak mintak kawan tak bagi, nak beli kawan tak jual..aduhhh

....bazel separuh hitam/merah yang menghiasi Seiko 6105 Cik Wan... Payah dapat beb! Kalau dapatpun pasti tokey perah harga tinggi.

"Mana Cik Wan jumpa bazel cantik ni?" tanya aku.
"Kat kedai semasa Cik Wan hantar servis jam, pada mulanya apek berkeras hati tak mau jual...tapi selepas Cik Wan hembus ubun-ubun dia baru le apek lembik hati untuk lepaskan San" kata cik wan. 10 tahun dah apek simpan bazel ni buat hias dikedainya.

Sungguhpun muka jam dah lusuh dan berparut tapi semua itu terpadam oleh bazel unik yang terang dan lawa ni.

  6105-8110 ini memang buruan polis, bomba, pegawai koprat,
 peniaga dan apa saja profesion para kolektor yang gilakan Seiko diver.

Tak sah kalau tak simpan seketul...

Nah! ambik ko!...buat tambah pedih!

Tali silikon ni buat jam nampak kurang kena, kalau pasang tali besi tentu lebih gempak!

3 comments:

  1. San, ko tgk sengsara, aku tgk meleleh air lior tambah2 6105-8110 lg lah terjelir lidah kelioran

    ReplyDelete
  2. haha... ni dah pening pulak, nasib baik ada panadol kacip fatimah...

    ReplyDelete
  3. bezel pepsi tu aftermarker 7002/7S26 punya la bekkk 6105 punya zaman mana ada pepsi

    ReplyDelete