Berlaku disebuah teratak dihujung desa terpencil. Di kala hening senja sementara menunggu si bapak pulang berkebun seorang anak gadis menyisir rambut emak tirinya yang panjang mengurai, tiba-tiba sikatnya tersangkut sesuatu ditengkuk emaknya.
"Emak, kat tengkuk mak ada tahi lalat besar!" kata anaknya.
"Ye ka? Ishh.. kenapa le tumbuh kat situ pulak? kalau tumbuh kat dagu macam Syarifah Aini ok la jugak" ujar emaknya.
Tapi setelah dibelek-belek dia bertambah terkejutnya ! benda hitam ditengkuk ibunya itu bukanlah tahi lalat original, tapi tahi lalat aftermarket yang keras macam besi! siap ada kepala lagi!
"EMAK! ni bukan tahi lalat, tapi paku besar melekat ditengkuk!" kata anaknya tambah terkejut.
"Hah! paku? kalau paku karat bahaya tu...cabut cepat!" desak emaknya.
Setelah dicabut paku tersebut si anak bertambah terkejut melihat perubah fizikal emaknya! Perubahan yang sangat menakutkan! mata bertukar merah, gigi tumbuh taring, kuku memanjang, punggung tambah melentik sambil mengerang dan menjerit dan belari ke hutan sambil mengilai-ngilai. Begitulah alkisah yang meremangkan bulu dada yang tersebar zaman kanak-kanak aku dulu.
Menurut orang tua-tua dulu, pontianak boleh diubah menjadi manusia biasa yang cun melecun dengan hanya menusukkan paku ditengkuknya, jadi ada yang berani 'beristerikan' jembalang itu dengan cara mudah itu. Yang penting mesti berani, lagipun bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dikedai-kedai hardware, iaitu:
1) Paku panjang 10cm dan
2) Tukul besi untuk mengetuk
Caranya: Datang senyap-senyap dari arah belakang pontianak, selak rambutnya dan paku bahagian tengkuk secepat mungkin.
Mudah kan? OK selamat mencuba...
Tok Moh sentiasa membawa paku sambil merayau-rayau hujung kampung malam-malam buta, kalau nasib baik dapat paku yang cun, kalau nasib tak baik dia terpaku nenek pontianak. |
Haha....... misteri sungguh blog ni... harharhar... Dah la aku baca tgh malam plak.. hadoi la...
ReplyDeleteada ker nenek pontianak? hehe
ReplyDeleteAda... keturuna diorg lg dahsyat psl semua ada... umur pangjang... yg beribu tahun pun ada... huuuhuuuuhhuuuuu
ReplyDelete