“Dulu pernah sekali saya membeli jam tangan berharga RM140,000 ketika mahu pergi bersyarah di sebuah tempat di Kedah. Bila saya pergi ke tandas, ia tercicir dan saya hanya sedar ketika mahu pulang ke Kuala Lumpur.
“Saya tak kesal jam itu hilang kerana saya anggap ia mungkin bukan rezeki saya. Siapa yang jumpa itu, rezeki dialah,” katanya yang pernah membintangi filem Juara dan Ujang sebagai pelakon utama tidak lama dulu. Kisah benar Malik Noor juara Mr. Asia ketika menikmati kegemilangannya.Apa yang hebat dalam kisah betul ni? Haha... Jelas disana yang mahal bukan jam RM140,000 tu, tapi yang termahal adalah hati pemiliknya...
Kalau jam tu dikebas orang yang tak main jam agak-agak berapa harga dia jual pada kekawannya? Mungkin dijual RM100 je haha... Begitulah juga nasib kita manusia, disini kita mulia disana kita hina.
Ok, kita tinggalkan dulu semua hal-hal keduniaan tu, mari kita tengok Seiko5 Sport yang hebat ni pula.
Divers 200m! dan menawarkan rekabentuk yang hodoh dan lasak!
Jam-jam lasak perlu diberkan wajah yang hodoh/bengis sesuai dengan peranannya. Tengok drama tv? Watak jahat biasanya dibawa oleh mereka yang muka bengis, lagi bengis muka lagi jahat wataknya. Kalau watak samseng diberi pada lelaki lembut memang tak jadi!
Maka itu gelaran 'Frankenmonster' ni memang sesuai malahan kalau korang google 'franken' mesti keluar wajah seram model ni.
Dicipta untuk membawa tugas berat dan mencabar, maka bazel solid st.steel lebih lasak disagat/tergores berbanding bazel aluminium Seiko Sumo yang mudah menampakkan calar bila digores dan menang...sasul laa.
Haha teringat aku ketika dipaksa oleh sendiket 'gores dan menang', agen tu melompat-lompat dan mengucap tahniah bila goresan aku tepat memenangi hadiah RM100,000! Dengan selamba aku cakap "I tak mau RM100,000 ni, you berilah pada mana-mana orang susah" haha bengang dia...
Rubber strap tebal dan keras!
Skru keliling kepala serupa watak Frankenstein yang mengelilingi casing bertindak sebagai 'protector'.
Super luminous jam ni sangat cemerlang, tengok gambar atas sana...
Bercanda dan menyelam bersama, sungguhpun berbeza darjat dan keturunan kedua-dua jam ni hebat.
RM750...mahal? Mungkin 30 tahun lagi model ni menjadi buruan generasi akan datang, dan mungkin harga di ketika itu mencecah RM5,000! Mungkin? Sepertimana nasib berbeza yang dilalui oleh jam Malik Noor, semua ada kemungkinan itu...
No comments:
Post a Comment