Kiri: Uncle Luv, Mr Kong, otai Mr Radzi dan belakang sana imej lelaki misteri yang tak dikenali. |
Gambar hitam/putih (ala 1960-an) ni dirakam semula sebagai mengimbau kenangan silam yang tersirat 44 tahun dulu. Sejarah yang terbina pada 1967 iaitu 20 tahun selepas Jepun menyerahkan Samurai kepada Lt Jeneral Roberts sebagai tanda berakhir perang dunia ke-2. Dikala itu lahir 'senjata baru' Jepun yang meledakan dunia horologi iaitu Seiko professional diver 35 Jewels!
Di sebelah kiri Grand Seiko Professional Diver 300M 6159-7001 25 jewels 1969's pernah aku preview dulu yang dah buat ramai menangis, dan yang di depannya pula model pertama Seiko professional diver 6215-7000 35 jewels 1967's yang memberikan saingan sengit dan hangit kepada mana-mana divers Swiss diketikanya!
Divers 300m dah lama dicipta... baru aku tau haha, yang 1000m tahun bila dicipta? kena tanya sejarawan...
Tengok dekat dua beradik kembar jepun ni ada perbezaan...
Perbezaan pada bazel sangat jelas...
Marine Master abad ini masih mengekalkan tradisi lama nenek moyangnya ni.
Jepun negara industri yang merangkumi hampir semua kemajuan, mereka tak pernah berhenti dari mencipta dan masih mencipta hingga sekarang...
...dan apa yang kita jumpa ni hanya beberapa kerat dari limpahan daya cipta teknologi horologi mereka dan...
..rasanya dari dulu pun spesis ni tak pernah sampai ke Malaysia.
Pro-diver ni ditemui dari luar sempadan negara dan aku rasa hanya 2 orang sahaja rakyat Malaysia yang mendapat pelukannya iaitu Uncle Luv dan sudah tentu aku hehe...jangan cemburuuu
Tak perlu makan atau bersenam untuk menguruskan badan! Dengan memiliki jam ini berat badan korang akan susut 10kg seminggu!
Harga RM21,000! Bermakna selama 10 purnama terpaksa ikat perut telan maggi untuk simpan dana RM2,000 sebulan... aduhhh
Kemas betul...
Belakang katup habis!
Rekabentuk klasik yang ringkas sebegini selesa dipandang 100 tahun lagi.
Alangkah nikmatnya diwaktu melihat waktu...
dpt anak sedara(6105B) dia pn dah kira ok lah...
ReplyDeleteHebat koleksi Uncle Luv kita ni. Boleh ajak dia dtg perjumpaan nnt. Bg aku nangis plak. Haha
ReplyDeletewow...hebat....sangat hebat
ReplyDeletesapa nak beli woih? uncle luv nak lego bole kawtim...yang grand seiko diver hi-beat tu dekat-dekat RM20 riban...
ReplyDeleteHebat! sehebat harganya... mulut kunyah roti canai tapi rasa jam...hebat kan?
ReplyDeleteEr... huhu.... tak mampu nak gapai lg tahap tu.... jual semua jam aku pun belum tentu boleh beli lg tu....
ReplyDelete6159 7001 ni la datuknya MM300. bertuah sapa dpt pegang. Sparing rolex dulu2 masa zaman dasar laut galak diteroka. Akibat cermin yg kerap pecah masa decompress maka lahirlah 6159 7010 Tuna Can yg pertama. 600m bagi menyaingi seadweller dan doxa sub 600T conquestador yg masing2 ada HEV. Sekali lagi seiko menggunakan pendekatan 100% berbeza bagi menyaingi swiss, tak pakai HEV tapi monocoque & shrouded case.
ReplyDeleteKalau dah 6159 pun dah rare, 6215 dgn count down bezel tu lagi la super rare. Tapi nak spend byk tu utk jam vintage, pikir 800x wo sebab tak main vintage hehehe. Bertuah la bro dpt kenal uncle chan.
kalau tak baca sejarah memang buat ramai terpinga2 dan terngaga dgn persoalan kenapa le rega sampai rm21k...
ReplyDeleteJam yg ada sejarah tersendiri memang mahal, sebab penciptaannya bersebab. Bukan sekadar design semata-mata. Form yg ada function. Sebab tu saya suka kumpul diver yg ada sejarah tersendiri. Berbaloi baloi.
ReplyDeleteberbaloi baloi adoii..adoi
ReplyDelete