Tuesday, August 10, 2010

GRAND SEIKO DIVER PERTAMA DIMUKA BUMI!

Itu hari kebetulan aku berlaga dahi dengan Fizi disebuah kedai jam.
"Eh! kau Fizi? Apa kau melangau kat sini?" tegur aku..
"Eh Abg Hassan! Er saya cuti hari ni, nak hantar servis Citizen ni..."
Fizi ni penagih tegar jam-jam Seiko vintage, memang seronok sembang dengan dia.
"Abang ada jumpa Uncle Luv? Itu hari dia bawa Seiko diver perghhh!...RM12K! besar, berat gila !!" katanya
"Kau racun aku ke?" tanya aku
"Bukannn... santau angin jerr hahuaha" Jawabnya
"Ish! tak boleh jadi! Aku mesti tangkap Uncle Luv!" bisik dendam kesumat aku!

OK! Inilah jentera penyelam yang tak pernah aku jumpa sebelumnya yang dibawa oleh Uncle Luv untuk ditatap dan diratapi kita semua...meleleh air liur sedih (Mahal dan payah dapat beb...)

Seimbas pandang jam ni memang sarat dengan kualiti!

MASTER... boleh dilihat pada senibina luaranya dimana marker keliling dial berketul-ketul dengan jarum jam yang besar behiaskan warna emas dilindungi glass cembung.

Permulaan siri Marine master yang ada sekarang, dimana casing, bazel dan dial hampir serupa, jelasnya sesuatu yang dah sempurna tak perlu lagi diubah atau ditokok tambah.


Jam diver memang kebal bentuknya, maklum le bukan mudah nak pikul cabaran 300M!
Kalau korang pakai jam setakat 3BAR/ WR (water resistant) tak usah le paksa dibawa menyelam, jam macam tu takut air, bahkan kalau baling ke air mungkin timbul terapung semula ...hehe

Lantai dan dinding casing rata.

Belakang katup abis! Kalau nak tengok enjin kena buka dari atas! Kalau pomen yang tak faham tentu dia buka belakang pakai penebuk tin sardin...

Jam-jam diver lebih lawa dengan bentuk yang ringkas. Sesetengah jam diver tidak terlihat fungsi itu pada rekabentuknya kerana terlalu menonjolkan elemen mewah, fesyen atau eleman lain...

Biarpun dah berusia separuh abad, kualiti fizikal dan material memanjangkan jangka hayatnya.

Uncle kata model ni hanya beberapa ratus biji aje dimuka bumi, jadi peluang nak dapat sangat tipis dan ditipiskan lagi oleh harganya sentiasa bertambah mengikut setiap detiknya.
Huuu...huuuu...uuu..

Aku dah uji 300m! Memang tak masuk air!

4 comments:

  1. Anonymous9:45 PM

    aiyooo......manyak ciantik laa.......maciam gua punya first love.....

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:50 PM

    ok laa....gua mau pigi tido.....x leh tgk lama2....nanti bini jeles......kang kene pulas telinga.....ciao.....

    ReplyDelete
  3. Adoi.... bestnya jam ni. Mesti berat. Solid gila. BEst!

    ReplyDelete