Thursday, June 24, 2010

TUDOR SUBMERINER (preview aje)

Tengah hari tadi aku berkesempatan bertemu 4 sahabat peminat setia jam vintage, Sdr Hamid, Sdr Mat Nuh, Uncle Luv dan seorang lagi sahabat baru yang aku lupa namanya tapi sangat hebat koleksi-koleksi yang dibawanya. Satu dari koleksi jamnya yang begitu menguja aku ialah TUDOR SUBMARINER!
Nah! Sila layan beb!

Dial dengan bentuk jarum yang unik! memang unik!

Jangan tengok dgn mata zahir (jgn marah ye sdr Zahir), tapi tengok le dengan mata hati...eewah!

Potongan kelihatan begitu kemas dan teguh

Bahagian atas bertingkat-tingkat

Sedap ditimang-timang ditelapak tangan.


Strap nato ni memang sesuai menjadi pengikat jam diver yang sentiasa bersedia meredah cabaran berat

Mempunyai aura tersendiri, sebab itu le aku suka peram dan belek jam-jam veteran berbanding memakainya.

Ketulan besi seberat +150gram ni berharga RM4.5K! Begitulah yang ditawarkan pemiliknya.
(PEMILIK BERTUAH TUDOR NI SILA HUBUNGI AKU, ADA PEMINAT DARI PAHANG BERHAJAT MEMILIKINYA)

1 comment: