Saturday, June 12, 2010

PROTREK PRG-200


Ciri utama memberanikan aku melebur RM850 untuk jam ni ialah kilauan gelang st.steelnya, elemen ini menampakkan jam kelihatan menyerlah


Satu yang aku tak suka ialah terlalu banyak label dan tulisan sekeliling jam, istimewanya model ini kilauan st.steelnya 'memadam' sebahgiannya.

Rubber strapnya pun ringkas aje.
Sebenarnya jam ni aku pakai bawa bercuti balik kampung di Sungai Petani Kedah.
Butang-butang Kompas, Barometer, Altimeter dan Thermometer jam ni sangat seronok di tekan-tekan.

Sempat aku menjengok 'jiran' belakang rumah. BEEEK...BEEEKK! (Bahasa kita maksudnya "Singah le...")

Ishh! SiBobot ni pemalu betul! Bila aku nak snap je dia sorok kepala...

SiBobot ni bini ramai tinggal sebumbung, tak gaduh pun...Apa petua dia ye?

922m dari paras laut dengan suhu 28.9C! Tau aku berada dimana?

Keesokan harinya aku bersama keluarga naik Gunung Jerai, hujan lebat sepanjang pendakian.



Semua duduk kat gazebo, takut air...

Dia ni je yang tak kisah basah

Kawasan rekreasi yang indah

Tengok sungai, tengok pokok cukup meredakan


 
Sempat berendam dan main air...


Kemana aje aku pergi data-data sekeliling terpampang disini. Best!
Dari Gunung Jerai aku turun ke Tanjung Dawai untuk makan tengahari sambil beli keropok, ikan masin dan belacan

Mee udang sini memang popular! Ada mee disebalik udang

Selamat tinggal Tanjung Dawai...masa untuk pulang.

Balik melalui Jalan Sungai Lalang yang merentas estate. Aku sempat merakam kawasan 'keras' ni...

Kisahnya berlaku 14 tahun lampau, sekitar 10 malam ketika melalui jalan yang gelap dan sunyi  ni tiiba-tiba tingkap kereta aku terbuka dangan sendiri dua tiga kali! Dan kali kedua pada waktu yang sama aku memandu berseorangan sambil tangan kiri meraba-raba cuba mencapai botol air mineral yang jauh di seat belakang, tetiba mudah dicapai terasa macam ada yang menghulurnya! SERAMMM...

TOUGH SOLAR! memberitahu kita supaya jangan risau tentang bateri habis...

16 comments:

  1. Lama sungguh aku tak pi gunung jerai. Dulu rajin gak dok mandi situ. Sejuk gedi air dia.

    Tanjung Dawai di jeti tu lah yg aku tengok budak2, tangkap obor2. Heheh... Kenangan betui...

    ReplyDelete
  2. Jety tu gak la aku dgn kwn2 bawa turun tenggiri 2 ekor...lama x p gunung jerai...tempat yg sama jg timur p hehehe...

    ReplyDelete
  3. Dabu jgn tak sambar protrek diatas... japan mali bro... hehe racun....

    ReplyDelete
  4. timur9:44 PM

    Racun round-up nih...

    ReplyDelete
  5. hehe thermometer pun ada protrek tu... cepat dabu habis stok nanti...

    ReplyDelete
  6. Ini racun mahai ni bro... Protrek tu best bro. Aku dah tengok. Gempak gak. Complicated but stylish...

    ReplyDelete
  7. ni racun tikus ka racun rumput...jaga hampa..ciss...mati aku mkn racun..

    ReplyDelete
  8. Haha...ni racun ada vitamin C! bikin kulit cantik

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:49 AM

    kool giler review.. aku suka part jam ko main air, haha..

    ReplyDelete
  10. bro ... kau beli prg-200 tu kat malaysia ke? kalau kat malaysia, kat mana? puas aku cari kat kedai2 jam kolumpo ni, tak jumpa la ...

    ReplyDelete
  11. rm730, kalau inat kontek aku...

    ReplyDelete
  12. Anonymous4:53 PM

    bro aku suka stetmen kmu ni. . tp beza prg dgn prw, prw lg best wo 6 band. . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:38 AM

      salam, terimakasih. kalau x silap prg dan prw jam yg serupa cuma code pasaran berbeza, prg utk asia dan prw utk us/europe. Tapi prg/prw mutakhir kini mmg lebih baik, semua spec yg diperlukan ada.

      Delete
  13. Anonymous7:28 AM

    yup cuma prg die xdp terima gelombang radio untk update masa,manakala prw ada ciri2 tersebut. . .

    ReplyDelete
  14. sani tikam batu9:28 AM

    bro sy dah rembat PRG 250t mmg puas hati dah test dkt gunung brincang mmg superb.japan Y spac harga rm1200 nego dpt rm 1080 tp harga market dlm 9++ sy tanya dkt marco service centre di segambut dealer satu2nya utk pasaran seluruh malaysia(MARCO Corparation (M) Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  15. betul, byk2 protrek model ni nmpak bergaya dan bersahaja, sesuai dipakai bejalan, brkerja atau mengembara

    ReplyDelete