Friday, May 7, 2010

HANTU GALAH! Spesis hantu yang tertinggi didunia.


Peristiwa seram ni berlaku pada pada Sdr Enal tahun lepas. Sekembalinya dari Muar dia singgah disebuah sekolah diPetaling Jaya untuk bertemu abang aku yang berkerja syif malam disitu. Katanya dah lama dia tak ke Muar, jadi sempat dia balun 2 mangkuk Mee Bandung puas-puas sebelum pulang ke Petaling Jaya senja tu.

Dalam pukul 10 malam, sedang enak bersembang, bergelak dan mengumpat tetiba perutnya memulas-mulas. Tergesa-gesa dia menuju dibawah sepohon pokok berhampiran pintu utama sekolah yang jarak nya hanya 10 meter dari bangku utama mereka duduk tadi.

Tak sampaipun 5 minit dia keluar diam dan membisu dan terus pulang kerumah (tak sempat cuci dgn air, mungkin dia intinjak dgn ranting2 kayu kut?)

Esoknya dia menceritakan kisah seram malam tu pada abang aku. Menurutnya, ketika dia membuang ‘cecair toksid’nya dibawah pokok tersebut dia terpandang dua kaki besar didepannya! Kaki tu tinggi seperti batang pokok disekelilingnya!

Menurut abang aku yang dah lama berkerja malam di situ, lembaga kaki panjang tu peranah dilihat oleh beberapa pengawal sekolah disitu, katanya suatu ketika dulu seorang pengawal melihat dengan mata dan kepala dia punya sendiri dua kaki melangkah bangunan sekolah yang setinggi 2 tingkat tu! Mungkin ini spesis hantu galah yang pernah mengemparkan kampung aku 30 tahun dulu. Ish..meremang bulu ketiak aku...

4 comments:

  1. Haha... Lawak tul. Kira kawan tu beruntung la dapat jumpa. Hehehe... Jin memang ada macam2 saiz & bentuk. Aku pernah tengok jin sebesar rumah aku ni....

    Kisah ni buat aku teringat kat bapak aku dulu. Dulu dia pernah kena cabar dengan kawan nak tengok hantu. Kalau tak salah aku dua kali. Yg pertama tu, nak tengok hantu galah ni la. Yg kedua nak tangkap pocong katanya.

    Yg pertama tu, dalam pukul 1 pagi.... tiba abah balik minta jaket dari mak. Terkejut gak la buat apa dengan jaket & keluar balik pukul 1 pagi. Abah ditempatkan di bawah pokok. Kononnya akan datang hantu galah tu kat situ. 3 jam abah tunggu kat situ sorang2.... apa pun takda. Lepas tu dia jalan sorang2 pi pondok yg kawan2 dia lepak tunggu dia. Dia pula yang jadi hantu gertak depa.... punyalah terkejut depa.... ekekeke...

    ReplyDelete
  2. Aku rasa hantu galah tu pun sedang melepas kat situ la... bg enal ni potong stim dia kut?

    ReplyDelete
  3. Haha.. mungkin nak tumpang sekaki gak kot. Ada geng nak melepas sama2. Ekekeke...

    ReplyDelete
  4. tu bukan hatu galah... tu hantu klcc... mana ada galah panjang & tinggi mcm tu hehehehehe

    ReplyDelete