Friday, July 19, 2013

HANTU SEBELAH!...

 Tengah-tengah malam jumaat ni aku nak bawa satu kisah seram... Ishh, meremang pulak bulu tengkok aku nih... Ah ni kan malam Ramadan, malam berkat.

Diceritakan berlaku di tahun 2000, di asrama pelajar di sebuah negeri di pantai barat...

Malam itu beberapa blok asrama dah gelap kerana hampir keseluruhan pelajar balik kampung kerana cuti semester. Namun ada beberapa bilik yang masih terang berpenghuni kerana ada diantara pelajar khususnya dari Sabah dan Sarawak yang tinggal beberapa hari lagi kerana terikat dengan jadual penerbangan.

Oleh kerana rakan sebilik masing-masing pulang awal maka Siti bersama Azura berpakat berkongsi bilik dengan Salina rakan senegerinya yang tinggal ditingkat 2 asrama itu. Jadi, ditingkat 2 hanya bilik mereka yang terang berlampu malam itu, di tingkat lain ada beberapa bilik yang masih berpenghuni.

Esok semua mereka akan balik kampung! Memandangkan malam ini adalah malam akhir maka mereka berseronok bancuh air dan cecah biskut sambil bersembang hingga jam hampir 2.30 pagi!

Malam itu mereka leka bercerita hal masing-masing sehinggalah seorang dari mereka bercerita kisah hantu yang pernah terjadi dikampungnya, sedang asyik melayan seram cerita itu tiba-tiba pintu bilik mereka di ketuk!
TUK! TUK! TUK!
"BUKA PINTU, BUKA PINTU..." suara seorang perempuan di sebalik pintu.
Masing-masing terkejut dan berpandang sesama mereka, jam di meja dah 4.00 pagi.
"Ehh...Lina, siapa ketuk tu?" Tanya Siti.
Salina terdiam sekejap, cuba mengecam barangkali...

"SIAPA TU?" Tanya Salina.
"AKU ORANG SEBELAH.." jawab suara itu lagi.
"Lina, pergi la awak bukak pintu tu, jiran awak bilik sebelah katanya" Azira bersuara.

"Err setahu aku bilik sebelah tu dah kosong 2 hari lepas. Mungkin dia balik semula nak ambil barang? err.. Siti, tolong buka pintu." Desak Salina kepada Siti yang duduk paling hampir dengan pintu.

TUK! TUK TUK! 
"TOLONGLAH BUKA PINTU SEKEJAP, AKU ORANG SEBELAH LAH..." kata suara tu lagi.

Rasa didesak maka Siti pun mencapai tombol pintu dan buka pelahan-lahan....
Sebaik aje dia menjengokan kepalanya di pintu dia terus menjerit sekuat hati! Terpacak didepannya satu lembaga manusia berbadan sebelah, seperti hancur dicincang.

Mendengar jeritan Siti yang kuat membuatkan Lina dan Azira turut menjerit histeria dan jatuh pengsan. Kekecohan yang berlarutan sehingga subuh itu mula reda setelah tok bomoh dipanggil merawat mereka. Sejak itulah asrama itu di takuti kerana kemunculan HANTU SEBELAH.

JAM MERAH SEBELAH! (Ni pun lembaga seram)

Puasa hari ini aku pakai epos diver..

 Di pejabat setia menunggu pencabarnya Seiko.

Petarungan timur dan barat.

Seiko diver 200m ini dah dianggap klasik.

Epos juga begitu, bezel merah/hitam tambah klasik.

Mana lebih kacak?

Aku serahkan mengikut selera masing-masing.

Namun dari perbezaan harga Epos 2.5X lebih mahal dari pesaingnya itu.

Perbezaan harga yang ketara memang tidak menonjol pada aspek luaran. Mungkin ia boleh dikesan melalui uji pakai beberapa tahun.

Indek jam masing-masing berbeza.

Bezel Seiko yang tebal lebih mudah di putar dengan jari. Duduk berkerja sambil memutar bezelnya memang seronok, bunyi TING! TING TING best. (Kalau bunyi TUK! TUK! TUK !..awas tu hantu sebelah ye!)

Jarum pangkal hitam membuatkan dial tampak lebih ringkas. Untuk Swiss diver aku lebih seronok memiliki model ala-ala klasik macam ni.

No comments:

Post a Comment