Monday, June 24, 2013

ACHOOO!... Jerebu sudaaa

 Sekolah di beberapa negeri terpaksa ditutup kerana bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di paras bahaya! Sama-samalah kita berdoa agar keadaan segera pulih dan dapatlah kita meneruskan aktiviti menternak jam seperti biasa...aminnn.



 Petang tadi aku sempat melencong ke Amcorp mall... suasana berasap.

 Tapi bagi para penternak jam se-Malaysia yang tegal, jerebu yang semakin serius tidak mengubah langkah untuk berkumpul disana, bahkan sembang-sembang tentang jam masih menjadi tajuk perbahasan.

 Setelah lama jiwa teracun dengan model-model jelita Citizen klasik yang aku temui ini bagai membuka semula selera aku pada jam-jam klasik.

Suatu ketika dulu aku tak memandang paras dan rupa, apa saja jam klasik aku pandang indah belaka. Ceruk kota aku redah dan menghimpunnya satu persatu sehingga membiak subur dalam koleksi.

Namun wabak JEMU yang melanda beberapa penternak jam juga menjangkit di mata aku.... Satu persatu aku lepaskan tanpa sedar. Sehingga ada beberapa koleksi yang pupus terus dari simpanan.

Barang baru kalau dipandang lama akan jadi 'lama' dan tentu sekali kita jemu.
Barang lama kalau disimpan lama-lama akan 'jadi baru'. Begitulah petua yang aku cuba amalkan apabila wabak jemu menyerang...

Teori perap jam ini aku namakan 'TEORI BUDU'. Dimana ikan bilis diperap lama untuk dibuat pekasam...erkkk

Cara ini akan membuatkan koleksi bertahan lama dalam simpanan dan sedap bila sesekali membukanya.

Maka itu aku sarankan kalau terkena wabak jemu janganlah korang jual semua koleksi yang ada kerana cara itu tak dapat memulihkan keadaaan jerubu yang melanda.

Jika nak lepaskan juga, maka pilihlah model-model tertentu dulu agar kita tak termenung dikemudian hari.

Apa pun teruskan melayan aksi berani dua ketul diver klasik ini! Di eranya kedua jenama klasik ini bersaing merebut kegemilangan.











No comments:

Post a Comment