Model ni dah lenyap dari peta pasaran Malaysia... Aku terpaksa berfikir selama 3 tahun sebelum membelinya. Pada pertemuan pertama dulu banyak ciri-ciri luarannya yang aku tak minat, tapi bila difikirkan semasak-masaknya baru le aku fahami bahawa- sesuatu kelainan itu memang sukar dan lambat diterima. Bermula dari itu aku mula memburu jam-jam 'hodoh'.
Jadi, 3 perkara yang menarik napsu aku untuk memilikinya, 1) Bentuknya yang hodoh dan tak cantik. 2) Payah jumpa-bandar maupun ceruk kampung. 3) Namanya TISSOT, mirip nama kucing aku dulu yang amat baikhati, kalau dapat rejeki tak makan sorang-sorang bahkan selalu ingat tuannya, tiap malam masuk kebun sawit bawa balik hasil buruannya spt tikus atau biawak Weeak!
Enjin quartz yang lebih setia dan amanah berbanding automatik, tak payah goncang-goncang tangan setiap kali nak menyarungnya..errr capai dan pakai aje, senang!
Jarum-jarum dan bezel yang tak tiru mana-mana jam lain.
Satu-satunya jam diver yang mempunyai 'karektor' tersendiri, sangat membezakan dirinya dengan yang lain.
Sapphire glass
Jarum jam dan minit err...tang ni aku kurang berkenan
Bezel mempunyai kelainan tersendiri
Keluar dari kotak mewahnya berserta 2 katalog sejarah TISSOT.
Korang pernah jumpa G-SHOCK model 1995 ni? Ini jam baru stock lama (NOS) buatan Japan!
Model aw-560. Buckle, skru dan jarum minit 'gold'!
Aku akau priview kemudian dan sesapa yang berminat maka maskawinnya cuma RM350nettttt!
Oh ya...esok aku nak bawakan satu kisah benar, kisah seram yang menyayat hati...
Tissot tu aku oernah jumpa sekali. Ingatkan auto pasal rega boleh tahan. Hampir saja aku angkat... tengok2 quartz. Payah jumpa model ni. Tp gshock tu aku tak pernah tengok. Nampak garang betul.
ReplyDeleteG-shock SUMO original JAPAN!! model ni pun dah lenyap...CEPAT selagi stock ada!
ReplyDelete