Wednesday, May 12, 2010

CORDURA (RM380)

Jam Swiss ni macam nama bola bulu tangkis yang main 35 tahun dulu, masa tu aku jaguh kampung yang sangat digeruni oleh pihak lawan...

Main digelanggang tanah je dengan reket diperbuat dari kayu, sementara bola tangkis yang hilang 1/2 bulu kami ganti dengan bulu ayam original yang mudah diperolehi direban ayam... Kalau dah darurat bola tangkis yang dah separuh botak pun boleh main asalkan masih lekat 4/5 kerat bulu ayam lagi. Laju? memang bola tu meluru dan berputar laju bila dipukul.. Bila aku smash! biasanya lawan akan angkat... angkat kaki sebab kalau kena kat 'situ' senak perut woo...

Oh ya..untuk pengetahuan am korang semua, aku adalah juara piala Thermos 3 kali berturut! Piala dari tiub thermos air tu jauh lebih berkilat dari piala Thomas yang menjadi rebutan pemain Malaysia, Indonesia, China dan Korea sekarang.





Saja aku letak jam dengan latarbelakang berlainan warna bagi membuktikan kepada semua bahawa sa nya, biarpun dah dibaham usia JAM INI NAMPAK SEGAR WALAU APAPUN WARNA KULIT PEMAKAINYA. Pakej design begini menjadikan sesuatu jam yang kecil/buruk kelihatan besar, kemas dan segak walau apapun keadaannya.

Enjin kunci yang terbukti lasak, ramai para kolektor yang senang simpan jam kunci berbanding auto...

Wajah yang menjadi tumpuan mata. Nampak BARU!...itulah kelebihan Cordura ni...

No comments:

Post a Comment