Wednesday, January 22, 2014

IKLAN SEIKO..KLASIKKKK!

Kekawan yang nak tau lebih lagi iklan-iklan jam Seiko dolu-dolu mari aku terbangkan korang ke seberang laut sana.. http://arlojiunity.blogspot.com/2014/01/seiko-catalog.html
Terimakasih Pak Agus kerana perkongsian ini.

Monday, January 13, 2014

BANJIR LAGI! RUGI LAGI!

 Banjir merosakkan jiwa dan harta benda. Bila tengok banyak kereta tenggelam banjir aku terasa rugi sesangat. Terbayang banyak duit perhabis untuk membaiki seluruh kerosak enjin dan litar2 elektroniknya. Lama aku fikirkan bagaimana nak membantu para penduduk yang tinggal di kawasan berseiko maap..berisiko) banjir menyelamatkan kenderaan tersayang dari menjadi tukun banjir.

Jadi apa kata korang cuba resipi aku ni hehe!:
Bahan-bahannya pun mudah iaitu, selonggok batu bata dan dua keping papan beruti.
Caranya, tengok model yang berjaya disiapkan dalam gambar dibawah ni.

 Dirikan batu bata tinggi beberapa kaki kumdian letakkan papan beruti condong meninggi macam tu.
 Masa hujan makin lebat tu jangan mengada nak cuci kereta macam jiran sebelah tu...elehh eksyen nak menunjuk kereta baru la tu.

 
Kalau hujan tak mau berhenti, bomoh hujan pun basah kuyup boleh le laksanakan langkah seterusnya. Iaitu pandu kereta pelan-pelan mendaki papan beruti itu dengan bahagian enjin duk dibahgian tinggi. Jadi kalau air naik kereta tak tenggelam semua. Hanya tenggelam belakang aje, bahagian utama enjin dan dashboard selamat, kerana bahagian ini sangat mahal kos pembaikanya.

 
Selepas hujan berhenti maka berdoadan bersyukurlah $$$ selamat.. Jadi bila banjir surut kita hanya cuci bonet dan kerusi aje.
Tapi jangan silap macam pencinta kereta klasik Waksegan ni...

 ...lupa kereta Volkwagen enjin duk belakang... Aduhhh (tu la, dia pun satu dengki ngan jirannya tu)
Walau apapun, SELAMAT MENCUBA!

 Aquadive, satu-satunya spesis banjir.

 Hanya 150 ketul yang bertaburan di muka bumi.

  Serupa volkswagen jam ni enjin duk belakang.

 Ketebalan jam ni 20mm!

 Glass sapphire 0.5cm!

 Malam takde masalah.

 Antara jenama legend Swiss yang kurang dikenali di dunia sini.

  Casing tebal dan berat lagi membebankan, begitu terasa bila sangkut ditangan.

Cutting yang mezahirkan KELASAKAN!

Kepada kau muslimin dan muslimat aku ucapkan selamat menyambut MAULIDUL RASUL...SOLLUALANABI!

Friday, January 10, 2014

HANTU B4!

"Betul ka nak jumpa aku pukul 11.00 malam kat Sungai Buloh?" Balas sms aku pada seorang kawan jam yang nak jumpa aku pada malam itu.

"Boleh bang, abang kasi alamat aje" jawab smsnya. Aku rasa dia ni tak pernah masuk jalan ke taman perumah aku ni yang tak sama susana siang berbanding malamnya, jalan ke mari melalui jalan Estate yang gelap dan menyeramkan. Pernah sekali dua orang kawan yang nak jumpa aku tengah malam  terpaksa bepatah balik kerana jantung goncang selepas melepasi sebuah kuil dan kubur hindu dilorong masuk itu.

"Baik le, kalau ko nak kemari jugak malam ni jangan lupa pakai pampers ye" jawab aku. Maklumlah dia naik kapchai sorang-sorang tengah malam. 
Errr...Kalau cam tu esok pagi aje le kita jumpa bang" Bila dengar kena pakai pampers dia terus membatalkan hasratnya haha.

Hantu di basement! Korang pernah bersua?
Berlaku beberapa tahun dulu ketika aku pulang kerja jam 1 pagi. Aku parking kereta di basement bawah yang suram dan lengang kerana sebahgian lampu disitu dah dipadam sementara hanya beberapa kereta aje yang masih di kawasan parkng yang luas itu.


Ketika aku mengambil selekoh keluar lampu kereta aku tersuluh satu lembaga berbulu yang duduk mencangkung disebalik tiang (tengok imej dalam bulatan). Bila kereta aku terlajak melepasi tiang tersebut aku cuba melihatnya melalui cermin sisi, tapi keadaan disudut itu gelap.

Sebetulnya banyak kejadian seram yang diceritakan pada aku di basement parking ni. Pengawal keselamatan bangunan yang meronda di sini menceritakan bahawa 'lembaga' itu kerap bermain 'nyorok-nyorok' disebalik tiang-tiang di basment ini. Nampak ada orang lalu di sebelah, tapi bila suluh ia hilang disebalik tiang.

 Black Samurai! Model Seiko diver ini semakin menjadi buruan sesetengah penternak Seiko.
Kini harganya dipasaran semakin menyaingi Seiko Sumo Japan! 

 Walhal ianya dipancu jentera 7S35 berbanding Sumo 6R! (Bukan 4R).

 Memilikinya satu kepuasan kini, Jika RM1.6K korang boleh beli jam-jam berjenama yang banyak dikedai, tapi Black Samurai ini memberikan kelainan tersendiri.

 Nampaknya Black Samurai mengatasi populariti Sumo dan model Tatinumnya.
KOLEKSI WAJIB!

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014...

...yang mungkin mencabar. Penyiasat bebas meramalkan kenaikan harga beberapa barang keperluan seperti gula, milo dan maggi akan menurunkan harga jam. Sejauh mana benarnya ramalan tersebut kita tunggu dan lihat 2014 ini.

Eeerkk...!