Thursday, November 21, 2013

WELCOME TO MALAYSIA MR. SHOGUN!

 Semut bersarang di rumah, kata orang tua itu tanda datangnya musim tengkujuh. Hujan dan banjir sememangnya perangai cuaca disini. Bagi berdepan musim basah ini  maka spesis air menjadi pilihan para penternak jam...

...Seiko SBDC007yang didatangkan khas oleh seorang rakan dari Jepun! WELCOME TO MALAYSIA Mr. SHOGUN!

 Cerita pasal musim tengkujuh ni aku teringat tahun 1970-an ketika aku dan rakan-rakan sebaya di sekolah rendah. Tiap kali hujan semesti kekawan aku riuh berbasikal lalu depan rumah, sebenarnya itu adalah isyarat untuk mengajak aku dan kekawan lain berpesta hujan di padang sekolah, maklum la kalau minta izin emak memang sangkut!...hehe .

Sampai ajedisekolah kami sorok basikal disemak dan masuk padang dengan memanjat pagar sekolah. Sekalipun padang sekolah hanya sekangkang kera tapi dikatupi rumput menghijau kerana dijaga rapi oleh Wak Giman tukang kebun sekolah, bahkan adakalanya dia melarang budak-budak sekolah pijak rumput haha.

 "HUJANNN..JOM!"
Sampai dipadang semua macam badak sumbu jumpa lopak, buka baju terus berlari ke tengah padang mengelunsur dan berguling-guling di becak, warm-up katakan. Lagi lebat hujan lagi seronok bermain bola,  Bola kampung katakan!

Main bola kampung ni tak pakai refree, tiang gol pun gunakan selipar je, kekadang penjaga gol senyap-senyap kecilkan pintu golnya haha . Kalau penat tak de maslah, bila-bila masa boleh tukar posisi jadi penjaga gol pula. Penyerang pasukan pula boleh lepak dekat pintu gol lawan tunggu bola datang je, takde offside haha.

Paling syok bila kaki dapat bola, bukan senang nak dapat bola! Masing-masing nak makan sorang aje. Tah mana-mana tendang, kekadang terasa macam main bola rugbi je.
Kami berhenti main apabila hujan berhenti atau...

...bila dihambat Wak Giman yang ditauliahkan menjaga harta benda sekolah. Tapi kekawan aku memang nakal, makin diperhambat semakin seronok mereka berlari pusing-pusing sekolah haha.

Musim cuti sekolah kembali, kalau kecik-kecik dulu aku suka buat mainan sendiri menggunakan papan terbuang yang ada sekeliling rumah, kini aku cuba perturunkan ilmu pusaka tu pada anak-anak pulak...

Juga dikenali dengan nama Shogun model diver ini berbadankan logam titanium.

Biasanya logam ringan titanium melonjakkan harga jam sekali ganda dari biasa.

Jujurnya aku dan rakan-rakan keliling tak pernah melihat secara live model ni. Sebelum ni kami hanya bersuanya melalui gambar google atau di dalam mimpi aje.

Oleh kerana kayu tak cukup besar kita potong dan bentuk bahagian masing-masing sebelum dicantumkan. Masa kecik-kecik dulu aku potong papan guna parang aje.

Kedua-dua spesis air ni berbadan titanium. Mudah dikenali apabila 

Tradisinya crown Seiko pada 'jam 4', tapi ada juga peminat jam yang tak minat kedudukan crown yang tak 'centre' sebegitu, maka model ini memberikan mereka kepuasan itu.

'S' simbol bagi SEIKO. Tapi uniknya simbol 'S' itu juga menepati gelaran kebanyakan model divernya seperti Stargate, Spork, Samurai, Sumo dan ini pula Shogun.

Elemen dial dipengaruhi model-model legend Seiko yang lain.

Yang tak pernah bersua pasti keliru, panik dan tertanya-tanya... 'Model apa ni? Tak pernah nampak pun?"

Bagi sesetengah kolektor pertanyaan itu pun sudah memberikan satu kepuasan haha..

Satu demi satu akhirnya 10 siap. Senapang kayu ni mudah dan ringkas, tak perlu buat detail sehingga melenyapkan unsur 'mainan kampung' padanya. Gunakan aje papan terbuang dan perlatan yang ada dan buatlah dengan seronok...haha