Saturday, September 21, 2013

MISTERI LORONG KECIL KAMPUNG PARIT SAKAI!

Kampung Parit Sakai Jalan Kereta Lembu, begitu nama jalan yang menghubungkan 4 buah kampung pada 50 tahun dulu kerana ketika itu jalan tanah merah itu kerap dilalui oleh kereta lembu yang membawa kayu, buluh dan hasil tani orang kampung.

Kini nama itu telah pupus, di ganti nama Jalan Datok Haji Kusai. Kampung Parit Sakai ni berjiranan dengan Kampung Parit Keroma. Bersebelahan balai raya kampung Parit Sakai itu ada sebuah lorong kecil tak berturap, menghala kedalam terdapat kebun getah dan kelapa sawit serta dusun terbiar.

Cerita misteri yang nak aku ceritakan ni berlaku 2 tahun lepas di lorong tersebut dimana seorang kawan dari Perak ke kampung itu menziarah abangnya yang lama menetap di situ.

Kerana minat memancing maka suatu petang sekitar jam 1 petang dia bermotosikal menyusur parit panjang bersebelahan lorong itu mencari lubuk untuk mencampakan kailnya.

Sedang tekun meninjau parit disepanjang lorong itu dia ternampak di celahan pokok sawit sana sebuah kolam besar! Dia menghampiri kolam itu dan nampak ramai orang sedang memancing, di sebelah kolam itu terdapat gerai-gerai makan. Gembira hatinya bukan kepialanggg terus aje dia meletakkan motosikal untuk memacakkan jorannya.

“Kenapa la kawan aku tak bagi tau sini ada kolam besar?” kata hatinya ketika melihat keindahan kolam besar itu. Beberapa jam memancing dia dapat 3 ekor ikan keli besar lengan. Balik  memancing dia singgah bertemu seorang rakannya.

“Gila! Mana ada kolam besar!” Jawab rakannya yang lama tinggal di kampung itu.
“Sumpah memang ada! Abis keli 3 ekor ni apa?” Dia menunjukkan bukti.
“Mungkin jugak? Mungkin ada orang bukak kolam ikan kat sana kut?”rakannya mula percaya.
"Kalau cam tu esok balik kerja aku ajak Rahim mancing sana, lepas maghrib kita jumpa kat tembok sebelah balai raya tu" cadang kawannya.

Maka esoknya selepas maghrib dia bersama 2 rakannya menaiki 2 motosikal menyusur lorong tersebut menuju kolam besar itu, lengkap membawa joran masing-masing. Semakin jauh ke dalam keadaan makin gelap dan sunyi, semalam hanya 3-5minit tapi kini dah setengah jam berjalan mereka masih tak jumpa kolam besar itu. Toleh kanan dan kiri gelap belaka, bayangan lampu pun tak ada. Akhirnya mereka berhenti ditengah-tengah kebun disitu.

“Biar betulll...setahu aku dalam ni tak ada kolam, kubur jepun ada la”  bisik kawannya. Masing-masing mula terkedu.
"Tak de belok mana pun, kolam tu betul-betul sebelah kiri!" balasnya.
“Balik laa, aku rasa semacam la” balas seorang lagi rakannya yang mula nampak sesuatu yang tak kena.

Tanpa soal jawab lagi mereka pecut keluar dari lorong gelap itu. Sehingga kini tiada pekebun atau penduduk disitu menemui kolam besar yang dikatakan itu. Ramai yang menganggap kolam besar yang didakwa itu adalah sebuah perkampungan bunian (jin).

Mungkin inilah 3 ekor ikan keli datang dari kolam orang bunian tu. LAYANNNN!

Sibuk mengail spesis Bullhead, Panda dan UFO yang menjadi buruan dipasaran kita lupa keluarga Big Blue ini.

Biarpun populariti tak sehebat UFO atau Bullhead apa yang jelas spesis Big Blue ini tersangat payah ditemui! Ramai penternak Seiko langsung tak pernah nampak model ini.

Pertamakali jumpa aku belek-belek jam ni bersama seorang rakan jam. Nak beli atau tak ye? hati aku berbelah bagi. Nampak dial tulis Speedtimer, bila aku pulas crown pepelan tiba-tiba kawan aku menjerit pelahan "KANJI!!!" Rupanya ketika aku pulas crown muncul tulisan KANJI pada 'window day'.

Jeritannya buat aku panik dan terbeli.... kalau tak melepasss. Bukan senang nak jumpa weii.

Kondisi sangat memuaskan hati sehinggkan aku rasa risau nak pakai selalu haha.

Ada yang mengelarnya Seiko Big Brown.


Atas jarum lain dari yang bawah. Dari komen beberapa rakan aku percaya kedua-dua model ni memang wujud.





Friday, September 13, 2013

HOROLOGI FOR UKHUWAH: UNTUK PENCINTA KEDAMAIAN...

 "Salam bang, saya bukan member H4U tapi nak tempah sehelai boleh?" Satu sms berbaur ugutan aku terima dari seorang yang tak aku kenali, dia nak tempah baju H4U 'SAVE SYRIA! SAVE EGYPT!'.

"Boleh, H4U terbuka pada semua manusia serata dunia yang suka jam, syarat minima ada jam, tak kira jam apa pun" jawapan aku dengan penuh sopan santun.

 Alhamdulilah, akhirnya T-shirt H4U yang menyangkut isu sejagat/antarabangsa siap pada masanya. Dengan edaran serata dunia sebanyak 45 helai menjadikan ia begitu bermakna buat warga H4U yang cintakan kedamaian.

 Bro Ali seorang penagih tegar Seiko sempat menunjuk perasaan sekejap tadi. Terimakasih semua kekawan!

Kelmarin aku terima panggilan kecemasan dari seorang sahabat H4U. Setelah sabar menunggu di Restoran Al Fareed, Sungai Buloh jam 12.30 pagi dia tiba bersama rakanya. Banyak isu-isu hangat kami perbahaskan termasuk model hangat ini.
 
 Seiko diver milik salah seorang rakan yang diberi sentuhan berbisa.

Bersimpuh gagah dengan st. steel tuna can dan mesh bracelet!

Kukuh! Boleh gari tangan penjenayah nih!

Rasanya ni model Seiko diver terhangat tahun ni.







Aku cuba gandingkan dengan model limited.

Mana lebih segak?