Tuesday, July 30, 2013

DODOL! DODOL! DODOL!

 Bukan saja durian, malah dodol juga merupakan juadah bermusim, iaitu ketika Aidilfitri sahaja. Era 1970-an mengaul dodol merupakan 'acara' wajib bagi kebanyakan orang kampung. Dan uniknya rasa dodol di setiap rumah berbeza!

Memasak dodol memang kerja berat. Serba serbinya berat belaka, tu sebab tugas mendodol digalas diperut kaum lelaki...(maaf) dibahu kaum lelaki. Paling mencabar ialah menggaul dodol! Tambah berat ketika hampir masak dan likat dimana aksi menggaul perlu dibuat dengan lebih rancak! Fuhh...boleh tercabut tangan!

Kuali dodol yang terlalu lama berkhidmat biasanya semakin nipis dasanya. Pernah berlaku kuali dodol bocor ketika dodol digaul...habisss terpaksalah beraya secara sederhana tapi meriah. (Dulu kuali bocor dicari orang kerana kononnya ada kegunaan dalam kerja-kerja kebomohan...wallahualam)

Untuk membuat dodol yang ranum petua tradisi mesti dipatuhi, kalau ingkar dodol jadi terlalu melekit dan suka melekat. Biasanya melekat dipinggan ketika dihidang, nak makan pun susah kerana ia lekat kat tangan pulak. Dan lebih teruk lagi ada yang melekat-lekat di mulut ketika memakannya. Dodol yang tak cukup masak sebegini cepat berkulat dan tak tahan lama.


Bila bercerita pasal dodol aku teringat si Akob kawan sekampung. Akob ni baik budaknya, tapi mana-mana berjalan dia selalu pakai baju labuh (mungkin baju abang-abangnya). Oleh kerana baju labuh ke lutut maka selalu aje dia tak pakai seluar. "pakai seluar tak ni?" begitulah selalu pakcik-makcik menyakatnya, tapi dia gelak dan tersenggih aje.

Akob ni budak lasak. Ulat, cacing, lipas, katak atau cicak selamba aje dia pegang dengan tangan. Mercun?! tak payah cakap la. Kalau kawan-kawan campak mercun ketika sumbu masih panjang, tapi dia campak bila sumbu dah betul2 pendek! kekadang kami pulak yang seriau tengok adegan ngerinya. Tapi yang tak bestnya dia ni kerexxx..

Tapi pada malam tujuh lekor mercun yang dibakarnya meletup ditangan..

Kebah habis tangan dia! Kesian kami tengok kerepot muka dia menahan sakit.
Tanya dia kenapa tak lontar mercun cepat-cepat!
"Aku dah lontar tapi mercun lekat tangan, tak mau pegi...." jawabnya
Bila dia tunjuk tangannya nampak sisa dodol yang dimakannya masih melekat-lekat di jari...
... "Padan laa.." jawab aku.

Kepada kekawan semua aku ucapkan Selamat memasuki 10 RAMADAN terakhir. Semoga ibadah puasa kita mencapai ganjaran rohani iaitulah LAILATUL QADAR.
 

Friday, July 19, 2013

HANTU SEBELAH!...

 Tengah-tengah malam jumaat ni aku nak bawa satu kisah seram... Ishh, meremang pulak bulu tengkok aku nih... Ah ni kan malam Ramadan, malam berkat.

Diceritakan berlaku di tahun 2000, di asrama pelajar di sebuah negeri di pantai barat...

Malam itu beberapa blok asrama dah gelap kerana hampir keseluruhan pelajar balik kampung kerana cuti semester. Namun ada beberapa bilik yang masih terang berpenghuni kerana ada diantara pelajar khususnya dari Sabah dan Sarawak yang tinggal beberapa hari lagi kerana terikat dengan jadual penerbangan.

Oleh kerana rakan sebilik masing-masing pulang awal maka Siti bersama Azura berpakat berkongsi bilik dengan Salina rakan senegerinya yang tinggal ditingkat 2 asrama itu. Jadi, ditingkat 2 hanya bilik mereka yang terang berlampu malam itu, di tingkat lain ada beberapa bilik yang masih berpenghuni.

Esok semua mereka akan balik kampung! Memandangkan malam ini adalah malam akhir maka mereka berseronok bancuh air dan cecah biskut sambil bersembang hingga jam hampir 2.30 pagi!

Malam itu mereka leka bercerita hal masing-masing sehinggalah seorang dari mereka bercerita kisah hantu yang pernah terjadi dikampungnya, sedang asyik melayan seram cerita itu tiba-tiba pintu bilik mereka di ketuk!
TUK! TUK! TUK!
"BUKA PINTU, BUKA PINTU..." suara seorang perempuan di sebalik pintu.
Masing-masing terkejut dan berpandang sesama mereka, jam di meja dah 4.00 pagi.
"Ehh...Lina, siapa ketuk tu?" Tanya Siti.
Salina terdiam sekejap, cuba mengecam barangkali...

"SIAPA TU?" Tanya Salina.
"AKU ORANG SEBELAH.." jawab suara itu lagi.
"Lina, pergi la awak bukak pintu tu, jiran awak bilik sebelah katanya" Azira bersuara.

"Err setahu aku bilik sebelah tu dah kosong 2 hari lepas. Mungkin dia balik semula nak ambil barang? err.. Siti, tolong buka pintu." Desak Salina kepada Siti yang duduk paling hampir dengan pintu.

TUK! TUK TUK! 
"TOLONGLAH BUKA PINTU SEKEJAP, AKU ORANG SEBELAH LAH..." kata suara tu lagi.

Rasa didesak maka Siti pun mencapai tombol pintu dan buka pelahan-lahan....
Sebaik aje dia menjengokan kepalanya di pintu dia terus menjerit sekuat hati! Terpacak didepannya satu lembaga manusia berbadan sebelah, seperti hancur dicincang.

Mendengar jeritan Siti yang kuat membuatkan Lina dan Azira turut menjerit histeria dan jatuh pengsan. Kekecohan yang berlarutan sehingga subuh itu mula reda setelah tok bomoh dipanggil merawat mereka. Sejak itulah asrama itu di takuti kerana kemunculan HANTU SEBELAH.

JAM MERAH SEBELAH! (Ni pun lembaga seram)

Puasa hari ini aku pakai epos diver..

 Di pejabat setia menunggu pencabarnya Seiko.

Petarungan timur dan barat.

Seiko diver 200m ini dah dianggap klasik.

Epos juga begitu, bezel merah/hitam tambah klasik.

Mana lebih kacak?

Aku serahkan mengikut selera masing-masing.

Namun dari perbezaan harga Epos 2.5X lebih mahal dari pesaingnya itu.

Perbezaan harga yang ketara memang tidak menonjol pada aspek luaran. Mungkin ia boleh dikesan melalui uji pakai beberapa tahun.

Indek jam masing-masing berbeza.

Bezel Seiko yang tebal lebih mudah di putar dengan jari. Duduk berkerja sambil memutar bezelnya memang seronok, bunyi TING! TING TING best. (Kalau bunyi TUK! TUK! TUK !..awas tu hantu sebelah ye!)

Jarum pangkal hitam membuatkan dial tampak lebih ringkas. Untuk Swiss diver aku lebih seronok memiliki model ala-ala klasik macam ni.

Tuesday, July 9, 2013

RAMADAN DATANG LAGI...

Semoga di bulan mulia ini terhindar kita dari bisikan shahwat serta dapatlah kita mempertahankan puasa sehingga waktu berbuka...
 



Dari Batang Kali turun ke Segambut,
Singgah minum di Sungai Petani, (mak aiii... jauh tu)
Datangnya bagai tak disambut,
Perginya tak siapa pun peduli.

 Seiko 'Laurel' model Anniversary ini muncul dan hilang dipasaran begitu pantas sekali. Dengarnya dari 1500 utas terhad hanya 50 sahaja yang singgah di Malaysia. Kerana bilangannya yang terhad maka ada tokey kedai jam yang aku jumpa berkeras tak menjual stock yang ada, diacu RM1500,\ sekalipun sumpah laknat beliau tak akan melepaskan sama sekali! Mereka simpan menjadi koleksi seumur hidup.  Dasat...

Sebenarnya model 100th anniversary ini datang dengan 3 warna dial, iaitu biru, hitam dan putih di mana setiap siri terhad 1500 utas aje. Tapi dari semua itu hanya dial putih yang mendapat kemanjaan aku. 

Namun begitu keterapilan asalnya dengan strap hitam kulit buaya begitu membosan aku, berkilat tapi tak bermaya.

 Berminggu-minggu aku ronda kedai mencari strap berwarna untuk aku padankan agar ia tampak lebih ceria dan bersemangat!
 Akhirnya, kulit buaya kemerahan....

 Lebih lawa dan menjolok mata...

..dan nampak lebih ganas macam buaya.

Bentuk 'laurel' di pangkal jarum saat seperti bulan sabit.

Ringkas dan cerah, sesuai menjadi petunjuk waktu sahur atau berbuka puasa.

Jarum saat panjang membuatkan gerak pusingannya lebih jelas.

Hanya jam '12' berwarna merah merupakan ciri klasik 10 abad yang lalu.