Wednesday, May 29, 2013

Apin...

Korang pernah nampak anak kambing? Apin (bukan nama sebenar) adalah panggilan aku pada seekor anak kambing Wak Seman jiran kampung aku dulu. Di luar kandang Apin melompat-lompat sana-sini macam kera kena black pepper, kira hiperaktif la. Sambil menjaga ternakan di kebun kekadang aku tengok Wak Seman mendukung sambil membelai manja Apin...



tui,tui,tui...



Dan kebetulan nama si Apin tu mirip nama hebat dari Swiss, koleksi tersayang seorang kawan jam.

Alpina, tak sangka aku rupa-rupanya nama tu milik sebuah jam terkenal.

 Tu dia... sepasang 'telo' Alpina.

 ...sebelah beso dan sebelah kecik dimana 'telo' yang kecik berpungsi untuk memutar inner bezel..

Klasik! Jenama Alpina dah dikenali berabad-abad lamannya, tapi mungkin agak asing bagi sesetengah penternak jam di sini.

Jarang sekali jam muka putih yang kacak sebegini.

Jari jemari aku leka...

Letak kat tangan cantik, letak kat meja pun dia cantik!

Menerusi caseback yang berkaca korang dapat menikmati pemandangan indah jenteranya. Kalau enjin bateri (quartz) caseback cam ni itu memang melampau!

Kepuasan bukan diterjemah menerusi harga, sebaliknya oleh 'gaya' yang digagahi oleh satu jenama warisan kegemilangan lampau.

Kalau aku paparkan 100 gambarnya pun aku percaya korang akan tatap satu persatu tanpa jemu.

Seronok dipakai ke pejabat dan tentunya ia juga membuatkan kita seronok menghayun tangan ketika berjalan...hehe

Untuk para penternak Seiko aku sarankan elok jika korang simpan satu-dua jenama Swiss sebagai pelengkap koleksi...

Monday, May 13, 2013

BAHANG, BAHANG, BAHANG...

Seminggu dua ni  cuaca memang panas gila, bahangnya terasa sampai ke malam. Jalan terbaik ialah kerap mandi. Tapi perlu hati-hati menggunakan air paip di siang hari, khususnya time 'bersuci hadas kecik', ramai dah terkena! ...

"ADOIII! AIR PAIP PANASSS!!!" 
"Sah dah terkena! Mula-mula paip keluar air sejuk, tiba-tiba keluar panas pulak. 
Aku rasa air tangki tu dah boleh rebus telo la.."

BAHANG MAJALAH 3!
HOROLOGI dalam MAJALAH 3 (M3) telah bersiaran di TV3 jam 9 malam kelmarin. Sejam segmen kali ini membongkar dunia misteri horologi tanahair yang menfokus aktiviti golongan pembaik jam dan pembiak jam. Selesai siaran M3 aku dihujani sms dari rakan-rakan yang mengenali bagi mencungapkan lafas tahniah.

Terimakasih pada pihak TV3 serta krew dan semua kekawan yang terlibat memertabatkan H4U (Horologi for unity) menjadi platform berukuwah yang semakin berkembang rancak.

"PERGHH malam tadi keluar M3 tuu" -satu sms aku terima.
"Lama kau senyap! mana pergi"-balas aku
"Aku dah tak main (jam) la, semua dah jual"-balasnya.

Sebelum sahabat ini kami kerap berhubung dan bersembang, namun bila beliau 'pencen jam' kami seolah-olah terputus hubungan. Jelaslah betapa berfaedahnya berhobi ini, kerana dengan berhobi kita dapat meramaikan 'saudara' tanpa pertalian darah atau keturunan.
 
 BAHANG PRU13!
Hujan petang sehingga ke malam menyejukan sedikit bahang pilihanraya (PRU13). Seminggu aku diserang kesibukan berkaitan PRU13 namun alhmdulillah, dalam kesibukan itu aku dapat memekakkan diri dari suara-suara berbaur provokasi dan pitnah dengan mengalihkan pandangan pada seketul besi ditangan...

 ....Seiko Profesional Diver 300m yang sarat dengan kualiti! Tak aku termakan oleh sorakan atau pujukan perayu undi, aku keluar mengundi bertemankan si gagah ini.

'2 lebih baik dari 1', seronok memerhati dan membandingkan perbezaan.

 Kalau korang perhatikan dekat-dekat keduanya ada sikit perbezaan khususnya pada bucu dan penjuru tuna case...

...Ada nampak?

Hanya jam diver yang menampilkan ciri-ciri berani dan lasak.

Seiko tuna merupakan jam idaman sejak aku kecik lagi iaitu 5 tahun dulu, namun memandangkan sukar nak dapat dan dibantutkan lagi dengan harganya yang mahal maka aku simpan saja niat suci ku itu.

Model baru mencecah RM3,500. Manakala nilai 2nd hand (lama) masih RM2,000-2,500. Tapi itu bukan soalnya, model pertengahan  ini lebih dicemburui dari model barunya.

Dengan tali kulit hijau dan coklat lagi nampak segak.

 Wajah yang kanan dilindungi glass sapphire.

Cuaca basah atau kering, hujan atau panas semua itu berubah menjadi keseronokan kalau tuna sangkut di tangan.

Tak semua jam selam mampu memberikan 2 kepuasan, iaitu kepuasan mata dan tangan, tapi ini satu-satunya paling lama bertakhta ditangan.

Wednesday, May 8, 2013

H4U MAJALAH 3 PADA....

 Setelah lama tertunda maka tadi aku mendapat kepastian dari pihak MAJALAH 3 (M3) bahawa...
M3-H4U akan disiarkan pada 11hb Mei 2013. 
Harap semua warga H4U dapat meluangkan masa memberi sokongan...HIDUP H4U!

 
Ini? Tungguuu...