Wednesday, March 27, 2013

HARUMNYA SAMPAI MELINTASI GUNUNG...

HARUM BAU MU SI BUNGA LAH TANJUNG
HARUMNYA SAMPAI MELINTASI GUNUNG"

Serangkap pantun dari lagu klasik 'Bunga Tanjung' dendangan Addy Silitonga.
Begitulah juga OMEGA PIE PAN yang harum namanya melintasi benua, lautan dan melangkaui zaman!

 Model keluaran 1960-an ini adalah pelengkap bagi peminat Omega. Selagi tak dapat selagi itu hati rasa terkiram...errr KIRAM?

 Dan bagi aku memiliki sebutir Omega Pie Pan sama seperti memiliki seluruh model Omega! err... melampau tu San!
Ahh...aku pedulik apa!

 Pemandangan indah yang mententeramkan jiwa.

 Datang dengan brecelet original yang langsung tak mengoda hati nurani ku. Maka untuk nampak lebih merbahaya aku sarungkan ia dengan kulit buaya, nampak tenang tapi ganas macam buaya.

 Aku gandingkan lagenda Swiss ini dengan pencabarnya dari Jepun Grand Seiko (GS) hi-beat! Nama yang digeruni timur dan barat.

 Disebalik kelopaknya tertanam jentera yang dikagumi kaum harulogi.

 Setelah dikupas nampaklah isinya. Enjin CHRONOMETER! Untuk mendapatkan status 'chronometer' ia perlu melalui piawaian ketat COSC. Jadi untuk melepasi standard tertinggi itu setiap jentera chronometer mesti melepas ujian 'komando VAT 69'!

Megah mempamerkan ketulinan alat sulit memasing.

 Kedua-dua mereka memiliki reka bentuk yang elegent! Ringkas dan selamba, tak semak dengan garis-garis atau warna-warni yang merimaskan mata, ciri jam dress yang aku tersuka.

 Permukaan dial cembung meminimakan ruang enjin, ini membuatkan jam kelihatan nipis dan ranggup.


 Perhatikan ketingnya yang kurus dan unik.

 Dial, crown dan lug bersegi, ciri-ciri unik yang sangat membezakannya dengan yang lain.

 Gaya dan rekabentuk moden rancak pada era 60-70an. Korang boleh perhatikan era kemodenan dalam rekabentuk bangunan-bangunan diera tersebut, berkotak dan bersegi.

 Pada 1952 Omega melahirkan model pie pan pertamanya, dan ini generasi pelangsungnya lahir sekitar 1968.


Segala kepakaran dikerah dalam menciptanya dan hasilnya mampu bertahan sehingga berdekad-dekad lamanya.

Ringan sikit berbanding GS disebelahnya.


"....TUAN KU HARAP UMPAMAKAN PAYUNG
HUJAN DAN PANAS 
TEMPAT BERLINDUNG"
Barangkali itulah yang dia diharapkan pada ku... 
 Nak dengar lagu klasik 'BUNGA TANJUNG'? (sila klik)

Sunday, March 17, 2013

"Kalau kail panjang sejengkal...

... Lautan dalam jangan nak diduga". Begitulah pesan Seiko 7c46-6009 ini sebaik aku mengenggamnya, barangkali sebentar tadi aku leka berangan tejun laut bersamanya haha.
 
Dengan kuasa selaman 600m, rata-rata perairan Malaysia yang cetek tak sesuai menjadi habitatnya. Maka itulah barangkali spesis ini sangat jarang ditemui di sini.

 Keupayaan yang membuatkan yang besar terasa kecik, yang dalam terasa cetek.

Mewarisi DNA genatik serupa Seiko tuna yang sangat popular kini, buruan utama pengganas-pengganas Seiko.

Jarum dan indek berwarna kuning.

 Indek jam dengan garis halus kelilingnya...sangat cantik. Model terbaharu Seiko tuna tidak lagi mewarisi rupa indek sebegini.

Model keluaran 1986 ini adalah hasil buruan selama 3 tahun seorang Mr. Liau dan menjadi pelengkap koleksinya.

Memang sukar nak dapat! Disukarkan lagi dengan harganya yang mencecah RM7K diluar sana.

 Perlu di ingat, walaupun model ini dijana oleh kuasa bateri, namun komponen eletroniknya tak serupa dengan model quartz Seiko biasa yang melacak dipasaran, jurang bezanya umpama BMW 7 siri dengan model bawahannya. Model tahun 1986 ini mampu menjimatkan bateri melebihi 5 tahun dan detikkan lebih mantap.

Punat pada kedudukan jam 4, tradisi turun-temurun Seiko.

Ombak raksasa Tsunami menjadi simbol semua jam selam Seiko, tradisinya Seiko telah menjadi pencabarnya sejak zaman berzaman..



Mirip Citizen Ecozilla yang mempunyai struktur badan yang gagah perkasa.




 Aku cuba gandingkan dengan 6105-8110 keluaran 1974, 12 tahun beza.

 

Dua spesis yang sudah tertimbus dalam sejarah, namun saki-bakinya masih diburu hingga kini..

Wednesday, March 6, 2013

'KAPAL SELAM' JEPUN!

 Aku teringat al-kisah di zaman jurassic ketika aku masih hingusan dulu, zaman nakal, degil dan tak dengor kata! Ketika tu, musim hujan adalah musim bebudak kampung berpesta terjun parit dan bermandi-manda. Tapi kalau emak tau memang kena rotan mandotori. 

Ye la, kita mau suka tapi orang tua fikirkan bahaya. Maka nak sembunyikan aktiviti terlarang tu dari terhidu maka aku dan kekawan terjun parit tanpa basahkan pakaian, pelik? Haha mudah aje... caranya sebelum terjun parit pakaian kasi tanggal (lucut) dulu laaa.

Tapi sebelum tanggalkan pakaian tip melintas jalanraya perlu dipatuhi. Tengok kanan tengok kiri dulu, bila keadaan sekeliling selamat semua lompat ke parit macam kerbau dapat lopak!

Tapi kawan aku Si Seman mempunyai bakat menyelam luar biasa! Dia terjun titi sini, tiba-tiba muncul pulak kat titi sana, bukan dekat woo. Kekadang dia buat aksi pelik dengan menimbulkan hujung kakinya dipermukaan air mengikut arus! Sebijik macam teropong kapal selam timbul. Kekawan gelar aksinya tu sebagai 'kapal selam'.

Cerita pasal kapal selam ni aku ada satu imej menarik dari satu web site asing.

Dalam perang dunia dulu Jepun memiliki beratus kapal selam, tapi semua dah tenggelam...kapal selam memang la tenggelam weiii! Tapi hari ini ada beberapa model kapal selam Jepun yang masih utuh beroperasi, satu darinya ialah model 6105-8000 ini!
 
Dengan kuasa selaman 150m, kapal selam berjenterakan enjin 6105 ini masih kencang menongkah arus!

Berdaki, lusuh dan kerepot akibat usia, tapi bagi para peminatnya itu bukan halangan!

 Bagi mereka, itu semua kesan sejarah dan bukti keunggulan yang tak wajar dibersihkan.

 Dial, jarum dan bezel lusuh seragam, bukti keasliannya!

Model 8000 ini semakin sukar ditemui, 3 tahun lepas ia berharga sekitar RM900, tapi kini ia dijual RM1400-1600!

 Mengikut trand pasaran model Seiko sebelumnya aku jangka harganya bakal mendadak lagi.

 Bagi aku model-model 'pencen' lebih anggun dengan tali kulit.

 Kerana tali kulit sangat mujarab mengimbangi kelusuhan jam-jam lama. Maka itu aku  mengumpul/membeli tali-tali jam terpakai yang lusuh untuk digandingkan dengan koleksi lama sebegini.

Berat mata memandang berat lagi tangan menghayun, sebut saja jam vintaj maka terbayang sudah kualiti steel yang membungkusi jenteranya. Apatah lagi jam diver yang nyata lebih berat berbanding model lainnya.

Maka bila dipakai jam ini begitu terasa ditangan dan terkesan dihati.

Glass cembung seperti lensa kamera, kebanyakan jam-jam hari ini guna glass rata (flat), sebab kos agaknya.

Gigi bezel yang cantik seperti siling 50sen lama.

Alhamdulillah, selesai sesi khas bersama Seiko 6105-8000 milik Adi ini aku berhenti sejenak di satu sudut di pinggiran Kuala Lumpur.
 Little India, Lama aku tak ke mari. Empat tahun berlalu kesibukan merubah wajahnya. Sebaik berhenti di sini bisikan yang melintasi difikiran aku ialah "Sini ada kedai jam?" haha...