Sunday, February 17, 2013

MINI H4U DI KAMPUNG PARIT KEROMA DARAT!

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini Muar menjadi rumah persidangan mini H4U.

Sejak pagi langit teduh memayungi Bandar Di Raja ini, 5km dipinggirnya terletak Kampung Parit Keroma Darat yang merupakan desa kelahiran ku.

Bertempat di tengah kebun getah dan sawit berdiri rumah kecil tiang seribu. Lantainya terbentang menanti tetamu ku dan sekitar jam 4 petang...

 ... Sdr Razif dari Tanjung Agas, Sdr Amar dari Batu Pahat dan Sdr Zul Oyster dari Melaka sampai dengan ternakan masing-masing.

Sekitar awal 1970 tapak tempat kami bersimpuh ini adalah rumah papan yang dikelilingi kebun getah dan semak, dan halamannya tempat aku bermain dan berkejar-kejaran bersama ayam, kucing dan kawan-kawan ku....

Kenangan silam rumah lama ...
Kisah 40 tahun dulu dimana asalnya ia adalah rumah papan beratap zink karat. Dari anjung hingga ke dapur tingkapnya tak boleh ditutup rapat, bila senja tingkap ditutup begitu aje tanpa dikunci, kalau longgar disendal aje dengan kertas atau kain asalkan tingkap dapat ditutup.

Bukan setakat jam, beberapa koleksi Ray-ban milik Zul begitu memukau pandangan ku! Mai try pakai! Depa kata aku nampak muda 20 tahun! Nak awet muda tak payah krem sapu atau ubat telan lagi haha.

Makanya kalau hujan tengah malam dan angin bertiup kuat maka ada tingkap yang terbuka. Nak tutup semula tingkap-tingkap yang terbuka agak mencabar perasaan, aku takut kalau-kalau ketika nak tutup tiba-tiba terpancul lembaga dimuka tingkap! Sebab...

Pernah terjadi pada jiran aku Izan, malam ketika dia nak menutup satu tingkap rumahnya yang terbuka, ceritanya...
 "Masa nak tutup tingkap aku nampak lembu terapung depan tingkap!". Kawan aku ni beumur 6 tahun sebaya aku ketika tu. Tingkap rumahnya tinggi 7 kaki dari tanah, jadi mengikut logiknya masakan lembu boleh menjenguk setinggi itu? jadi dia menyangka 'lembu' itu terapung.

Sebetulnya bukan binatang lembu yang dilihatnya, sebaliknya apa yang dilihatnya itu adalah hantu/jin bertanduk tinggi 10 kaki separas tingkap rumah dulu-dulu, telinga capang sejengkal dan muka berbulu, dalam keadaan malam yang berbalam-balam ia kelihatan seperti lembu.

 Menurut atuk aku, dulu manusia dan jin selalu bertembung sebab kedua-duanya 'sekampung'.
 "Dulu kampung ni adalah hutan tempat jin bertandang..." katanya.
Persidangan mini H4U kali ini dimantapkan dengan barisan koleksi-koleksi terhangat! Spesis Omega yang unik milik Zul 'tanpa caseback'! Payah jumpa nih...

Inilah wajah tampannya yang unik. Nak tengok enjin kena kopak depan!

Omega sub-second yang jarang-jarang jumpa.

Dan banyak lagi koleksi berbisa yang ikut serta.

Di antara spesis berhantu!

Tahun 1973 bapak aku bawa balik sebuah talibesen (TV) 2nd yang dibeli dgn harga RM260! Mahal tu! Tak silap aku masa tu siaran TV bermula jam 6 hingga 10 malam.

Selepas isyak aku sekeluarga berlonggok depan TV, kucing-kucing aku pula berlonggok atas TV. TV dulu boleh keringkan baju sekolah. 

Filem Melayu klasik dimainkan pada tiap malam Jumaat. Filem hantu pernah aku tonton ketika itu ialah 'Pontianak Gua Musang'! Seram beb! Bila habis menonton aku susah nak tidur, adegan seram tadi bermain-main semula di kelopak mata. Untuk mengurangkan perasaan takut aku ajak Tompok sekeluarga tidur keliling aku haha. Itulah pengalaman  pertama aku tengok 'hantu' hehe...

 Beberapa jenama silam yang keluar dari petinya...

Benrus dan Elgin jenama yang tinggal sejarah.

5 spesis lama yang sangat unik kerana jentera pengeraknya...

...menggunakan micro-rotor!

Bellmatic Rado yang sangat jarang ditemui.


Tapi tengok hantu di luar kaca TV aku belum pernah, tapi kawan aku kasi petua mudah tengok hantu! Tak perlu berpantang, tak perlu makan ubat, tak perlu bersenam dan tak perlu keluar duit se-sen pun!...

"Jam 12 malam ketika anjing menyalak sorang-sorang ko tangkap sekor, ambik air matanya dan sapu kat mata ko, garanti ko nampak hantu!" katanya. Nak tangkap anjing? Err... tapi walau apapun masa tu aku percaya hehe.

Tapi balik rumah aku terfikir, macamana nak tadah air mata anjing? Seumur idup tak pernah aku tengok kucing-kucing aku menangis berderai-derai air mata macam manusia...emmm

Dah dapat air mata anjing kena titikkan pulak kat mata, supaya nampak lebih jelas... ishhh geli pulak aku.

 "Hai... I lah Hantu Mak Limah dalam TV tu... TERUJA NAMPAK? hehe  " 

Model ultra-rare Rolex!



Bukan seketul dua tapi...

Sekeluarga bertandang ke mari!

West End Watch Co, jarang jumpa spesis gold.

Gold Panda! 1 dalam 1000!

Menurut kawan aku lagi, hantu boleh menyerupai manusia! Wah payah ni.. Camana nak tau? tanya aku. Katanya kalau jumpa pempuan tengah malam... "Ko tonggeng depan dia konon-konon nak ambik barang jatuh, sambil tu tengok dari kelengkang samada kaki dia cecah tanah atau tak. Kalau cecah itu manusia, kalau tak cecah itu hantu!...boleh cabuttt!" katanya.

Dengan menggunakan petua mudah periksa terlebih dulu samada ianya manusia tulin atau sebaliknya....selamat mencuba!

 Jam 6.40 petang H4U bersurai, kehadiran 3 orang kuat H4U ini menghimpunkan koleksi yang sangat bernilai! Terimakasih!

Wednesday, February 6, 2013

H4U bakal bersiaran di MAJALAH 3!

 MAJALAH 3 salah satu program talibesen paling popular di Malaysia mula menyelongkar dunia misteri para penternak jam. Alhamdulillah aktiviti h4u yang sedia maklum membiak subur di serata Malaysia kini menjadi bahan dan perhatian pihak TV3 menerusi segmen terbarunya yang bakal tersiar pada 9 Mac nanti.

Krew MAJALAH 3 diketuai sdr Mazidul Akmal bersama para juru kamera mengembara ke utara dan selatan tanahair mencungkil keunikan warga horologi tanah air, dan persidangan di Kota Damansara kelmarin dibuat dalam suasana santai dan meriah.

"Ini harta bukan Ahmad Albab yang punya...Tapi ini harta Razif yang punya HEHEEE!". Barisan ternakan kesayangan memeluk bantal bucuknya.

Aku jadi bomoh jam daaa... sdr Mazidul mintak aku tilikan jam tangannya. Seiko Quartz dengan 7 batang jarum! "Ini jam alarm chrono yang bertugas macam jam lonceng meja" jawab aku."Ooo gitu, dah lama saya pakai tak tau pulak ada loceng haha" jawabnya, sebetulnya aku pun begitu, beli jam tapi malas nak ambik tau fungsi lainnya, kita lupa bahawa jam era terkini bukan lagi setakat jaga waktu, bahkan lebih dari itu.

Hidup bergelumangkan jam-jam lama memang seronok, bukan seronok melayan koleksi semata-mata bahkan nikmat persahabatan, persaudaraan dan pengorbanan juga terhidang didalamnya. Selain itu minat mengilap, mencuci, perihatin memeliharanya agar jantung jam berdegup sihat supaya jarum pusing tak sangkut-sangkut merupakan nilai-nilai murni seorang penternak (jam), bukan senang nak bela jam lama berbanding jam baru wooo!

Sdr Amar dari BATU PAHAT yang sanggup meredah kesibukan dunia bagi menyerikan program.

'KING OF RADO' sdr Razif dari BATU GAJAH turun ke mari. Kepada kedua-dua orang 'Batu' ni aku tabikk! Korang hebat!

 Tanpa pengorbanan mereka susah kita tak nak jumpa spesis-spesis rare ni.

Turut muncul Penganalisis Jenayah Tuan Kamal Affandi. Beliau juga seorang peminat jam lama! Tapi peliknya malam tu aku tak nampak tangan beliau sangkut apa-apa jam!

Sebagaimana maklum Tuan Kamal pernah melalui detik ngeri dalam tugasnya..."Yang sana tu Seiko diver water-proof, sebelah tu Orient bullet-proof, yang sebelah lagi tu parang-proof hahaa...." gurau aku haha.

 Sampai ketika detik 'soal-siasat'. Program pengambaran MAJALAH 3 ini berakhir jam 1 pagi, dan syukur semua berjalan lancar.

Maka aku bagi semua warga H4U berbesar hati mengucapkan ribuan terimakasih pada sdr Mazidul Akmal, Tuan Kamal serta juru kamera profesional yang terbabit menjayakan pertemuan kali ini. Syabas semua!