Tuesday, January 29, 2013

Bertandang ke Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam.

 Ahad lepas aku sempat bertandang secara mengejut ke Garage Sale di Anggerik Mall Shah Alam. Rupa-rupanya dah setahun aktiviti jualan berjalan disitu pada setiap hujung minggu, dan kelmarin pihak penganjur mengadakan majlis ulang tahun pertamanya.

Tapi sebelum itu aku nak kasi ingat korang tentang alat bernama 'KENTUNG'. Masa aku kecik-kecik dulu alat ini tergantung di masjid kampung. Ia diperbuat dari kayu yang dilubangkan ditengahnya dan digantung di luar masjid.

 
TUK!......TUK!....TUK!...TUK!..TUK! TUK!. Bila kentung ini dipalu itu petanda ada kematian di kampung, maka datanglah penduduk kampung ke masjid berkerjasama menguruskan. 

Kentung ini dipalu hanya pada siang hari, seawal-awalnya adalah ketika waktu subuh. Maka kalau ditengah malam  sayup-sayup terdengar bunyi kentung dipalu itu pasti meremangkan bulu tengkok. Tu sebab masa kecik-kecik dulu kalau potong rambut aku minta Wak Man cukur sekali bulu tengkuk hahaa....

Sambil menjamu selera apa kata kita dengar lagu versi originalnya dari kumpulan Panca Sitara berjudul AKU DEBUK (klik jer)

 

Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam.

 Tak tau pulak aku di sini ada aktiviti jualan hujung minggu serupa di Amcorp Mall. Aku sampai sekitar jam 3 petang.

 Walaupun tak sebesar Amcorp namun longgokan barangan terpakai disini mampu merabakkan poket.

Satu-satunya garage yang menarik perhatian aku! Di kendalikan oleh Al-Hakim dan Azri! Jam apa depa bentangkan tu? Nanti aku tengok...

 Fuh! Kalau tak beli pun hati puas dengan membeleknya aje! Bukan senang nak jumpa koleksi-koleksi unik sebegini.

Banyak barangan lain yang diperagakan, murah-murah.

 Omega Seamaster! Nak kering biji mata kerana lama sangat menatapnya haha. Sekian banyak Omega namun model military ini sangat aku suka.

 Tissot sub-second!

Satu lagi spesis sub-second yang keluar dari petinya.

Longines Legend diver! kelemasan aku menatapnya.

'Sesekali ku rasa teringin, melewati hati mu yang dingin, mendengar keluh kesah semenjak ku kehilangan mu....' Lagu nyanyian Shima, begitulah senikata yang meruntun kalbu bila aku menatapnya...

....'Tiap kali ku cuba hampiri, makin deras degup jantung ini...' dab dub, dab dub, gedebukkk! Aduhh...memang lawa.

Tak tertahan melihat pembentangan model-model hangat aku bersiar-siar sekeliling sejukan perasaan...Ahhhh

Wow! Kereta tank klasik yang pernah berjasa membenteras komunis! Ini mainan anak-anak orang kaya zaman aku kecik-kecik dulu. Tak serupa mainan sekarang mainan dulu-dulu diperbuat dari besi, tahan lama dan tak lut peluru!

  Dua jam  bersiar digerai-gerai jualan sempat juga anak aku menyambar barang 'keperluannya'. Balik  rumah aku minum petang di luar...

...duduk bersama keluarga sambil merehatkan Oris pointer date 'XL' yang mengurus waktu ku disepanjang berada di Anggerik Mall tadi.

Saturday, January 26, 2013

PENTERNAK TEGAR...

Tiba-tiba aku 'terkenang' sesuatu ketika melakarkan cover illustration ni hehe. Tau kenapa?...
...kerana lukisan ini juga memberi gambaran sinis buat penternak-penternak tegar dunia jam haha!.
Biarpun cover illustration Fit 4Life ini tak berkaitan dengan dunia jam, tapi ia juga memberikan gambaran serupa bagi mereka yg terjebak dalam dunia horu-logi. Namun anggaplah itu semua cabaran dan gudang garam kehidupan yang bakal ditempuhi oleh setiap insan haha... (Cover illustration: The Star, Fit4Life Ahad, 27 Januari 2013).


Monday, January 21, 2013

SPESIS 6139 YANG DIANCAM KEPUPUSAN...

Spesis terancam Seiko Pepsi 6319, senasib dengan badak sumbu sumetera.

Semakin susah nak jumpa, dah 3 tahun buru baru jempa seketul! Itu petanda yang menunjukkan kadar populasinya semakin mengecut dipasaran.

Namun syukur setelah bertahun tak bersua aku temui ia melekat ditangan seorang penternak Seiko.

Dial biru gelap ini menjadi kegilaan para pemburu tegar. Ramai yang bertanya aku model ni. 

Perkataan 'WATER70ft PROOF'! serupa badak la...






Kepada kekawan yang masih simpan spesis 'badak sumetera' ini aku sarankan peliharalah ia dengan sabar dan kasih sayang. Usahlah rasa jemu membuatkan korang  mudah melepaskannya. Jemu ni penyakit yang bersifat 'datang dan pergi', time ada kita jemu, time takde kita rindu semula. 

 Bagi aku model ini lebih berharga dari RM nilai pasarannya.

Lagipun dengan keadaan handsome sebegini bukan senang nak cari lagi...

Tuesday, January 15, 2013

LORD MARVEL... (Kamikaze: siri mutakhir dan terakhir)

30 tahun selepas Jepun menyerah kalah dalam perang Dunia ke-2 (September 1945) berlaku pertempuran di sebuah kebun getah di Kampung Parit Keroma, Muar. Dengan senjata buatan sendiri aku dan beberapa rakan sekampung berrmain 'perang-perang'. "Sapa nak jadi kominis (komunis) angkat tangan!" begitulah kata kawan aku Si Seman ketika memilih pasukan perang.

Dulu pertengah 70-an, permainan budak-budak kampung bagai ada musimnya. Musim panas main layang-layang, musim banjir main air, musim kemarau main gasing , musim cuti sekolah main sunat-sunat (khatan daaa), musim daun getah luruh main lestik, musim salji main perang-perang pulak haha...

Mana dapat berenggan (mesingan)? Tak seperti hari ni dulu susah nak dapatkan senapang mainan, susah takde duit jadi kami budak-budak kampung buat berenggan sendiri mengunakan kayu. Walaupun tak serupa brenggan sebenar tapi kami berbangga dengan hasil kerja tangan sendiri. Macamana nak buat berenggan? Ini dia cara yang diwarisi turun temurun.

Bahan-bahan mentah yang diperlukan: 1) Dahan kayu berbentuk 'Y'. 2) Parang kontot, dan 3) Sebatang pokok getah. 

Cara membuatnya: Potong dahan-dahan itu mengikut ukurannya, kemudian sambung kayu-kayu itu mengikut rupa berenggan mengunakan tali getah skrap yang ditarik keluar dari alur/bekas torehan pokok getah.

Dah siap tau macamana nak gunakan? Senang aje, pegang laras berenggan tu dengan dua tangan, kumdian halakan  ke sasaran dan tarik pincu!.......... "Err tak meletup pun?"..Opss aku lupa, selepas tarik pincu sendiri sebut kuat-kuat "TRATATATATTTT...", mudah kan? hehe

Ini kawan aku Si Ayob, kalau main perang-perang dia selalu 'jadi komunis'! Sebetulnya dia suka menyorok dan suka diburu. Bila dia menghilang dalam semak susah gila nak jumpa, senang lagi jumpa tenggiling sembunyi, dia memang licik! Tahan dia menyorok berjam-jam tak mau keluar walaupun kami dah menjerit buat pengistiharan tak mau main lagi kerana letih cari dia (sebetulnya dia takut kami tipu dia, jerit bagi tau dah tak mau main tapi bila dia keluar semak kami tembak dia hehe). Pernah kami pakat-pakat tinggalkan permainan senyap-senyap dan biarkan dia menyorok sorang-sorang sampai senja haha. 

Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tergolek ke tanah jugak. Ketika Seman bersembunyi dalam semak beberapa ekor semut berjaya menyusup ke dalam seluarnya...

... Bisa sangat barangkali maka bergegas dia keluar semak sambil menjerit dengan tangan meremas-remas seluar...

Mulanya kami sangkakan itu hanya helah, tapi bila dia menjerit sambil tanggalkan seluar baru kami percaya. Kesian, nak tembak tak gamak pulak...hehe

LORD MARVEL, model untuk tentera elit Jepun barangkali.

Selain Seiko tak pernah aku jumpa jenama lain dengan enjin kunci hi-beat!

Permukaan dial klasik.

Tak tau apa strap yang sepadan dengan parasnya yang menawan dan sesuai bila menyarung tangan ku. Maklumlah aku agak kurang gemar memakai jam kuning emas.


Muak dengan tali kulit aku cuba kenakan strap hijau!





Tapi ia lebih anggun tanpa 'pakaian' haha...




LORD MARVEL, sehebat namanya!

Sunday, January 6, 2013

ASKAR KAMIKAZE! (Episod ke-2 siri Kamikaze)

Menurut nenek aku dulu, askar-askar jepun mara ke pelusuk negeri dengan mengayuh basikal aje. Begitu pun penjajah British terpaksa berundur dan menyerah akhirnya.

  Tapi nenek tak sebut pulak taktik serangan kamikaze ketika Jepun mengempur British di Malaya ...

Berbeza dengan jam military Swiss skuad 'kamikaze' Jepun mempunyai sejarahnya sendiri. Walaupun 7s26 ini lahir 30 tahun kemudian namun ia masih melekat 'bau' sejarah perang Jepun.

 Berbeza dengan jam pilot kebanyakan jam military agak kecik-kecik belaka. Sebetulnya tangan aku segan nak pakai jam kecil, tapi ia tak segan menyarung jam MILITARY BIAR PUN KECIK!

 Err...tapi kalau kecik sangat jenuh askar gurkha ni nak selak-selak tangan setiap kali nak tengok jam...

Wajah klasik sebuah jam military! Berbagai jenama silam jam military memiliki wajah serupa ni.

Sungguh pun body tak segagah jam diver namun ia kelihatan lincah dan lasak. 

Ciri-ciri military begitu mesra dengan keadaan persekitaranya.

 "Model apa boleh simpan bang?" Itulah bunyi soalan yang selalu di kamikaze kepada aku. Jawapan aku ialah "Model diver atau military".

 Jenis tali apa pun boleh masuk.

 Hijau celoreng ni memang uniformnya tapi kalau jam tanggal jatuh semak memang wasalammm...

 Muka hijau boleh digandingkan dengan banyak strap warna kegemaran.

Model kiri dan kanan berbeza bentuk dan saiz. Seiko kiri berdiameter 36mm manakala kanan (Seiko5) 38mm.

Yang ini agak unik, tertera 'LNT 1972-2002' pada glassnya. Apa maknanya ye? Haha...dulu puas aku ngecek tapi tokey tak mau jual, dekat 3 tahun akhirnya aku berhasil...hehe.

 KAMIKAZE... satu kepuasan memakai sebuah jam military!