Friday, November 30, 2012

PERJALANAN DI TANAH GERSANG...

Salam Jumaat penuh berkat.


Ya, kehidupan ini suatu PERJALANAN/KEMBARA. Kembara yang tidak tak seharusnya bergantung  pada  langkah haiwan tunggangan semata-mata. Kerana selagi diri dikeldai selagi itu diri berputaran di kawasannya saja, terasa banyak melangkah tapi hakikatnya masih di situ...nauzubilah.

Al Quran sendiri penuh dengan kisah-kisah yang 'jauh' (jauh dari 'kampung' kita). Surah-surahnya seolah-olah mengajak kita mengembara merentas sempadan waktu, timur maupun barat. Kisah rasul, kiamat, akhirat, syurga dan neraka memerlukan langkah padu sekian penganutnya supaya suraht itu tidak sekadar menjadi cerita, sebaliknya menjadi berita. Kerana cerita dan berita berbeza makna...emm 

Berbalik soal PERJALANAN/KEMBARA maka begitulah setiap insan yang  mengembara ke alam jin... err maap silap, ke alam jam.

Perubah selera seseorang akan mengubah juga barisan koleksinya, itu petanda jiwanya dalam langkah kembara/perjalanan.

Jadi kita boleh ketahui seseorang yang jiwa kembara dengan mereka yang jiwa bermukim melalui kalam koleksinya yang berubah-rubah atau berkembang. err...jangan diukur kekuatan mereka pada keupayaan wang ringgit semata-mata ye, tapi ukurlah ia pada keupayaan jiwa yang sanggup meleburkan wang ringgit dalam angka tersayangnya...emmm 

Jiwa seorang pengembara sentiasa dalam kehausan. Ye la...sentiasa berjalan manakan tak haus? Maka itu kehausan jangan membuat sang pengembara dipadang pasir lupa akan hala tujuan sebenarnya, biarpun derita kehausan destinasi sebenar bukanlah telaga! Maka jika salah tujuan kita akan derita digodam rasa letih dan rugi.

KEMBARA dalam erti kata orang disana, iaitu erti kata yang tak pernah dijamah kita disini ialah 'MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN'. Pengertian mereka ini selalu diterjemahkan melalui kalimat mereka yang segar, asing dan luarbiasa. Dalam kembara penternak jam koleksi luarbiasa lebih berbisa.

Longines ini merupakan model lagenda kelahiran semula.

Bersih dan terasa ia tak sesuai mendampingi tangan aku yang kasar.

Tapi aku beli juga kerana bagi aku rezeki bukan sekadar yg dipakai/makan.

Kerana bagi aku apabila melihat sesuatu yang indah dan indahnya itu turun menyerap ke dalam hati, itu cara unik insan menikmati rezekiNya ini.

Jadi, janganlah kita sedih jika kita tak dapat menikamati jam ini dengan cara memiliki, memakai atau memakanya. Kerana kita masih ada jalan untuk mengucap syukur kepadaNya dengan jamahan mata.

Depan maupun belakang tak diabaikan, kalau jemu depan korang boleh jamah bahagian belakan hehe

Sayap lambang kekuatan, namun bagi kita yang tak bersayap usahlah iri hati, kerana bukanlah setiap mahluk bersayap itu memagut rezkinya di langit, tinggi mana pun terbang mereka memagut tanah seperti kita juga.

Disinlah doifnya kita, selalu aje teruja pada yang besar sehingga membutakan diri pada yang kecil, namun apabila yang kecil itu dibesarkan barulah nampak kebesarannya. Window date yang yang halus ini  begitu halus sentuhannya! Tak perasan kalau dipandang begitu aje.

Begitu juga bahagian sulitnya, kemas berkilauan.

Harga selepas diskaun bersamaan seketul bar emas 999 berjisim 20g.

Itulah bagai yang dikatakan pada seorang kawan, jika dibelikan bar emas nak pakai atau digosok memang tak boleh, tapi kalau dibelikan jam boleh dipakai dan dipandang setiap detik.

Maka bagi yang diberikan rezeki dari pintu ini keuntungan dan kenikmatan berbeza dengan mereka yang lain.

Butiran sejarah masih dikekalkan

Longines Conquest ini seperti bintang dimalam hari, cahayanya tidak menyuluh kegelapan, namun ia memberi petunjuk buat sang pengembara.

Begitulah keutuhan apa-apapun yang dinamakan KLASIK.. Ia hidup dan terus hidup biarpun yang tinggal hanya nama.
Salam Jumaat buat semua...

Wednesday, November 21, 2012

MUSIM CUTI SEKOLAH!...JOM BERSUNAT HAHA.

Cuti sekolah panjang akhir tahun seperti sekarang ini adalah juga musim bersunat 40 tahun dulu. Bersunat atau berkhatan ringkasnya sebut 'potong ', iaitu membuang kulit ekstra yang menutupi bahagian hujung kemaluan lelaki, ada paham? Haha sini serba sedikit cerita  klasik tentang BERSUNAT zaman aku kanak-kanak.

Bersunat dulu-dulu iaitu sekitar awal (70-an) jauh lebih 'meriah' berbanding sekarang. Dulu majlis bersunat macam kenduri potong kambing yang bersalutkan adat dimana budak-budak yang nak dikhatan dikompang macam pengantin, tapi ada juga yang buat ala kadar aje.

Kerja 'potong' dibuat oleh tok mudim! Nama yang sangat digeruni budak-budak kampung. "Wak potong mau?!!" gitulah bila budak-budak bising tak duduk diam belakang mejid haha.

Ada beberapa pantang larang sebelum bersunat, salah satu yang aku ingat ialah jangan makan kulit ayam takut 'kulit' liat, siksa nak potong nanti, kalau kulit lembut darah tak keluar banyak.  Maka petua melembutkan 'kulit'  ialah berendam dalam kolam...sejuk!

Berendam sampai kecut dan lembut.

Dulu, tiap rumah mesti ada kolam depan rumah yang menjadi sumber air bersih kerana ketika itu batang paip tak masuk kampung lagi. Di kolam itu mereka berendam sampai 'kecut', petua ini membatu mengurangkan rasa sakit ketika dipotong nanti. Tapi yang buat mereka bertambah- tambah kecut ialah kehadiran tok mudim dengan beg hitamnya! Yang panik lari terjun kolam semula, tak kurang juga yang panjat pokok rambutan kerana takut.

Potonggg! Ini imaginasi aku je haha

 Kaedah lama bersunat menggunakan batang pisang sebagai tempat duduk, tapi ada yang guna kerusi aje, kenapa bersunat dulu kena duduk? Aku pun tak tau. Namun tempurung kelapa berisi abu masih digunakan, ia diletak dibawah sebagai penyerap titik-titik darah. Selesai potong tok mudim sebut "WES TUGALLL!" (Bahasa jawa, yang maksudnya 'dah potong!' haha)

Memandangkan kaedah tradisional ini agak menakutkan ramai maka tak heranlah ada yang lewat bersunat...

Pak Usop tersipu-sipu mengambil gilirannya....

Pak usop (nama samaran) satu-satunya calon veteran yang melakar sejarah kampung. Alasannya 'kulit' tumbuh balik haha...itu mungkin juga sebab kaedah tradisional cuma potong aje berbeza dengan kaedah moden/bius dimana 'kulit' yang dipotong dijahit dan disulam supaya tak tumbuh balik, tapi ada juga tok mudim jahit macam jahit guni.

Awal tahun 1980-an bius mula banyak digunakan, bermulalah kaedah moden bersunat. Masalahnya...jarum suntikan pulak yang ditakuti! Aduhhh!!

Kalau takut tengok jarum tutup mata aje, sebelum cucuk jarum biasanya tok mudim berjenaka kemudian rasa sakit sekejap selepas tu kebah habihhh. 

Selepas potong tok mudim kasi ubat makan dan ubat sapu dan yang penting kena patuhi pantang larang supaya luka cepat sembuh. Tak boleh makan udang, burger bakar, kfc dsb. Kalau nak luka cepat kering 'anu' perlu dijemur tiap pagi, kena buat hari-hari..

Sebut pasal 'berjemuran' ni Seman (kawan sekampung yang eksen) melalui pengalaman pilu disepanjang usianya. Milah (awek cun yang selalu disakatnya) selalu sorong basikal bawa getah skrap melalui lorong depan rumahnya, rajin dia menolong emaknya. 

Tapi suatu hari tu entah macaman Milah tak lalu lorong depan, sebaliknya dia lalu lorong belakang yang kebetulannya pintu belakang tempat Seman menjemur 'anu'nya tiap pagi, barangkali jalan depan tu becak kut.

Kodoq dan kadar ditangan tuhan kehadiran Milah tak disedari Seman yang leka terkangkang depan pintu  macam mat salleh berjemur di pantai. Apa lagi... Begitulah asam garam yang bersunat era 70-an dulu. 

Kepada kekawan yang ingin menyimpan koleksi T-shirt H4U2013 bolehlah sms-kan tempahan (0123939084) sebelum 5 hb Disember ni.

Friday, November 9, 2012

T-shirt H4U 2013 terbaru!

Tahun 2012 bakal melabuhkan jubahnya.Walaupun sibuk dengan tugasan kerja, aku cuba mencuri sedikit masa untuk meneruskan tradisi membuat/mereka T-shirt H4U edisi ke-3 sebagai kenangan tahunan.

'YELLOW STRAP'

'ORANGE STRAP'

GRAFIK: MANA DATANG ILHAM?
Alkisahnya suatu ketika dulu ketika aku dihurung kebosanan, aku cuba sangkut 3 ketul jam berlainan  bentuk pada seutas zulu strap (3 ketul jam berkongsi satu tali), wow..nampak pelik sekali, disitulah sumber ilham design terbaru T-shirt H4U2013 ini!. UNITY masih menjadi pegangannya dimana bersumberkan minat yang sama para penternak berbeza desa dan rasa berkampung dalam satu ikatan.

 SEUTAS TALI (strap) + 5 KETUL JAM (berbagai era teknologi) =...

...= HETEROGENEITY IN ONE PASSION TIE US (slogan)

SLOGAN: MANA DATANGNYA SLOGAN TU? 
Biasa la...Setelah grafik T-shirt siap aku perlukan slogan sesuai untuk memantapkannya, kerana tanpa slogan grafik umpama muzik tanpa penyanyi. Maka sekali lagi aku dapatkan khidmat bomoh jam sdr Radzi, payah nak tangkap dia ni, sibuk dengan businesnya aje, jadi aku email aje...

Alhamdulillah, setelah seminggu betapa beliau membalas e-mail aku,  "HETEROGENEITY IN ONE PASSION TIE US ALL" (Kepelbagaian dalam satu minat menyatukan semua kita), slogan yang sangat mantap untuk versi terbaru T-shirt H4U2013 ini! Terimakasih sifu Radzi....BEEKK, BAEKKK, BAIKKK!

APAKAH WARNA T-SHIRT H4U2012?
Bagi memeriahkan dunia HARULOGI tanah air 4 warna disediakan! Ada perbezaan sikit pada warna 'strap' pada grafik. Iaitu bagi T-shirt HITAM dan MERAH 'strap' berwarna OREN, manakala T-shirt BIRU dan HIJAU 'strap' berwarna KUNING. (Rujuk dibawah). Dan warna putih bercahya  (glow in the dark) tradisi yang diteruskan.

HITAM (strap oren)

MERAH (strap oren)

HIJAU (strap kuning)

BIRU (strap kuning)

Berikut butir-butir T-shirt H4U 2013 dan terbuka untuk tempahan sekarang:
Saiz: S,M,L,XL,XXL
Warna: HITAM, MERAH, BIRU, HIJAU (warna selain hitam mungkin ada sikit perbezaan dari yang dipaparkan di atas, tertakluk pada stok pembekal)
Harga sehelai: RM50 pcs (termasuk pos) (+ RM5 untuk Sabah/Sarawak)
Harga pakej 4 T-shirt: RM180 (termasuk pos)
Tarikh akhir tempahan: 5hb Disember 2012 (tertakluk pada perubahan)
Cara tempahan: SMS ke 012 3939 084 (NAMA/WARNA S/M/L/XL/XXL)
Bayaran: Yang dah selesaikan bayaran (MAYBANK-HASSAN: 114011119462) bolehlah terus SMS alamat penuh ke 012 3939 084 berserta no h/p utk persediaan penghantaran. Timakasih kekawan!

Sunday, November 4, 2012

Sayang bini tinggal-tinggalkan... Sayang jam?

Dunia horologi memang luas dan berbagai rencam. Jam tangan, jam poket, jam meja dan jam dinding berbagai bentuk dan berbagai nama, semua mempunyai penganutnya sendiri.

Dari berbagai bangsa itu sebahgian besar ternakan aku pandai menyelam, maklumlah aku lebih suka jam diver kerana tak cerewet dibawa kemana pun dan kebanyakannya mempunyai kuasa selaman 200 meter! Sewajarnya semua jam-jam itu aku simpan aje dalam tangki air kerana situ memang habitatnya, sayangnya aku tak tergamak nak bawak menyelam maupun dibawa mandi kerna takut jam tersedak air...alasan yang memang tak munasabah haha.

"Buat apa jam mahal tapi duk simpan dalam laci!.. tak tau pakai jam kut haha... "

Kerana menurut pendapat aku apabila jam dibawa mandi laut, air masin akan terperangkap dalam tiub pin bar dan celah komponen bezel, tanpa ditanggal dan dibilas ia bakal merosakan organ-organ dalaman itu.

Disinilah ruginya aku kerana tak mengalami bakat menyelam jam-jam diver aku. Tapi sebenarnya aku masih ada cemburu bila tengok kekawan terjun kolam/laut dengan jamnya, bila timbul sikit-sikit tengok jam, sikit-sikit tengok jam. 

Sayang bini ditinggal-tinggalkan
Sayang jam tanggalkan...

"Makkk... Tahap gaban peminat jam dinding!"

Bukan jam untuk menyelam, tapi jam untuk diselami keindahan lagenda nenek-moyangnya...
Siap korang!