Sunday, October 28, 2012

Salam Aidiladha




Terimakasih kepada kekawan yang sudi menghantar kiriman sms bagi mengucapkan salam aidiladha. Salam Aidiladaha! Mengorbankan hawa nafsu yang selalu membinatangi diri kita!

Tuesday, October 23, 2012

You are not just buying a watch,...


...you bought the "HISTORY" : Mutiara kata diatas aku kutip dari rakan FB. Namun malangnya ia tak dinikmati oleh sebilangan peminat-peminat baru hari ini. Mereka lupa disebalik kelusuhan jam-jam lama tersirat sejarah yang lebih bernilai dari sejumlah wang mereka bayar. Ada sebilangan penternak yang aku jumpai menyimpan jam-jam lama ditangan umpama menyimpan emas pusaka.Sebelum itu mari minum dulu...

Gambar kambing berendam? Kalau nampak si Bobot tentunya dia rasa bangga hehe.

Tahun 1960-an seorang jemaah meninggal di Mekah ketika menunaikan ibadah haji. Beliau dikebumikan disana manakala barangan peribadi arwah berupa wang rm300 dan satu kotak kotak berisi seutas jam tangan Roskoph di pulangkan pada warisnya di sini.

Tapi sebaik menerima kiriman itu semua barangan bernilai itu ada kecuali seutas jam jenama Roskopf yg hilang, yang tinggal kotaknya aje. Kenapa sipencuri berminat pada jam itu berbanding wang menjadi persoalan yang boleh korang jawab sendiri. Namun jenama jam itu masih di ingatan warisnya sekalipun nama itu dah terkubur lama dari dunia horologi kini.

Begitulah kenangan yang dicipta oleh jenama klasik itu. Kini satu-satu nama seangkatannya yang masih bertahan ialah Longines. Roskopf dan Longines, dua nama yang lunak disebut.

Model klasik ini milik seorang teman, katanya ia tinggalan arwah ayahnya yang juga sarat dengan memoir. Jam ini sentiasa dipakai ayahnya ketika memimpinnya berjalan-jalan.

Longines juga nama idaman yang aku cuba abadikan dalam koleksi peribadi, insyallah jika ada rejeki.

Casing sebegini sangat aku tersuka, slim dan ringkas.

Kebanyakan jam swiss memang ada logo pada crownnya, tapi ada juga yang tiada.

Berusia tapi tampan, klasik memang mudah mesra dengan sesiapapun.

Beruntung sesiapa yang masih setia menyimpannya.

Tali hitam nampak agak muram....Kalau tukar tali coklat cerah tentu nampak lebih berseri.

Wednesday, October 17, 2012

"Ishh...pempuan mana bergayut tengah-tengah malam tu?"

(UNTUK KESAN 3D SILA BACA KISAH NI SORANG-SORANG SELEPAS DETIK 12 MALAM, NAK LEBIH PERISA PADAM LAMPU! HEHEEEE...)

Kisah yang meremangkan bulu dada ni berlaku sekitar tahun 70-an. Seingat aku ketika tu pondok talipon diperbuat dari rangka aluminium berdinding plastik biru, dindingnya sampai ke paras lutut. Dipondok talipon itu jugalah kekadang kekawan aku meraih rejeki dengan menjolok lubang silingnya, kalau ada duit sangkut dapat le seposen-dua buat beli jajan, ada ketikanya mencurah duit siling keluar macam mesin jackpot haha lumayan...

Kekadang budak-budak lepak situ, saja-saja dial '0' (free line-operator talipon) smbang dengan minah operator, walaupun kencing masih bercabang tapi ada hati nak mengorat kerana tersangatlah ramahnya haha.

Sebelah malamnya pula talipon awam itu menjadi tumpuan kaum dewasa yang terpaksa beratur untuk menggunakannya, lama atau sekejap bergantung tempoh bergayut masing-masing. 

Kerana tak mau sakit hati menunggu dan beratur maka si Lias (Alias) menggunakan talipon tersebut hanya di lewat malam, bermadu cinta dngan aweknya. Bergayut lama manapun takde siapa nak tunggu.. lagipun selepas jam 12 malam rate murah. 

Boleh dikatakan hampir tiap malam dia bermadu kasih dipondok talipon itu.. Tapi kejadian seram di satu malam itu menyekat kebebasan bersuaranya tu dan permulaan detik suram malamnya...

Jam 11.30 malam seperti biasa dia berjalan kaki kesitu. Sememangnya dia tahu disaat begini tiada siapa lagi menggunakan talipon awam itu ditepi jalan itu. Tapi lain pulak pada malam tu apabila dari jauh dia nampak seorang perempuan di dalam pondok talipon itu, "Ehh..pempuan mana gayut tengah-tengah malam ni? emergency call agaknya" bisik hatinya. 

Dalam samar-samar cahaya bulan itu dia menunggu berhampiran serumpun pokok pisang beberapa depa dari pondok talipon itu. Keadaan begitu sunyi sepi namun tak terdengar langsung suara perbualan perempuan tu...mungkin sedang berbisikkan cinta dengan kekasih sangkanya. Sambil menunggu Lias menyuluh suasana keliling dengan lampu picit buruknya... kekadang terang kekadang kelam, kekadang kena ketuk-ketuk baru nyala.

...Ketika menyuluh-nyuluh sekeliling dia terlihat ke bawah dinding pondok talipon, "Ehh.. mana kaki minah ni?" memandangkan lampu picitnya pun rabun pelan-pelan dia cuba mendekatinya... alangkah terkejutnya dia apabila melihat 'perempuan' itu takde kaki! (kaki tak cecah tanah)! Bergentayangan diam kaku dengan rambut mengerbang menutup muka, seolah-olah perempuan itu membongkok membelakanginya!... Apa lagi, dalam gelap malam itu dia berlari ke rumah sekuat kaki.

Sejak melihat 'perempuan bergayut' dipondok talipon itu dia tak berani lagi bergayut tengah malam di situ.

Ok lah, kita alih satu lagi kisah benar.
Kelmarin aku sempat bersiar-siar 4 jam di Setia City Mall, Shah Alam.

Pomar subsecond ini menjadi temannya, first time aku pakai buat test-drive.

Detikan enjin (kunci) sangat deras dan cergas, boleh didengar ketukannya.

Warna keemasan sebegini cukup aj dngan rekabentuk ringkas dan tak berlebih-lebih.

Jenama ni pertama kali aku jumpa pada tahun 1970-an. Jenama ni malap dan terus malap dikambus teknologi terkini digital/quartz ketika itu.

Namun kemunculannya kini lebih mnyramkan keadaan , lebih seram dari hantu bergentayangan tu!

Tuesday, October 9, 2012

GRAND...

Bukan semua rekabentuk cantik mencapai tahap 'GRAND', begitulah yang pernah aku dengar dulu.
 Kali ini aku menilai secara fizikal GRAND Seiko (GS). Jika diperhatikan secara jauh tiada apa bezanya dengan model-model Seiko lainnya. Aku sendiri pada awal menceburkan diri dalam dunia Seiko tak kisah tentangnya, ceritalah apapun tentang kehebatannya aku tetap suka apa yang aku suka aje...haha

Namun, hari itu aku bagai di pukau. Entah dari mana datangnya rasa berani tetiba aku gagah untuk memilikinya. "Nah! cuba ko pegang!" paksa pemiliknya, bila GS tergenggam ditangan mengaum bunyi didalamnya! Macam ada rimau dalam kandang! "Ko dengar tak?, degil kan?" katanya lagi. Memang betul, rotor bergerak agresif begitu terasa ketika mengerakkan tangan, malah detikan saat macam kuda belari kencang! Bukan macam lembu jalan berlenggang. Balik rumah aku belek untuk cuba mencintai model GS ni... 

Aduhhh! Potongan rata pada sudut yang sangat cantik . Gred st. steel terbaik membungkusi enjinnya terasa sejuk ketika didakap...

Belakang berkilauan emas...di sini jelas GS membezakan dirinya dari yang lain.

Tompok emas.. Boleh buat cop rasmi surat menyurat emm.

Aku intai puas-puas belakang dan depannya untuk dihirup semua keindahannya, barulah syok sangkut kat tangan.

Biarpun menampakan wajah biasa sebuah jam (sememangnya aku suka rekabentuk biasa untuk sebuah jam dress) luar biasa disitu adalah gerakan jarum saatnya yang dipalu pada kadar 10bps!

Beberapa hari aku test-drive model GS ni sebelum aku perap ia menjadi tatapan mata semata-mata.

Tak perlu digosok berlebih-lebihan berkilau sampai keluar asap, model-model klasik lebih anggun dengan keredupan st. steelnya. Calar-calar halus pada bahagian yg sepatutnya tidak mengurangi bahkan menambah nilai sejarahnya.

Untuk menikmati sesuatu yang GRAND kita perlu mempelbagaikan posisi ketika melihat waktunya.

Kerana model-model sebegini direka untuk dinikmati setiap inci sudutnya. Berbanding sesetengah model yang hanya cantik depan aje.

Jam-jam potongan klasik memang tak lapok ditelan zaman. Semakin berusia semakin berharga.

Sememangnya tabiat aku lebih suka meletakkan jam di dashboard berbanding di tangan, supaya fikiran tak jem ketika kereta merangkak di jalan jemmm

Meskipun terlewat memilikinya namun itu tak membuat aku menyesal...

..kerana sememangnya sesuatu yang GRAND suka muncul LEWAT...mungkin disitu menunggu nikmat teristimewa buat para penternak yang $$$abar... huhuu.

Tuesday, October 2, 2012

Embunan di Saujana...

Jam 11 malam aku dapat panggilan kecemasan dari seorang pengamal jam lama sdr Amar Rahymee. "Boleh turun tak malam nih?"
"Aku balik keja detik 12 malam, jam 12.30 pagi boleh la" jawab aku yang masih gelandangan dengan kerja-kerja opis. 

Alhamdulillah, jam 2 pagi di Al Fareed Saujana Utama kami berembun sambil pekena teh tarik.

Azri, Aniq, Qamarul, Zulhairi dan Amar sanggup mencemar diri berkunjung ke sana demi minat yang sama. Begitulah, hobi menyatukan kita, kemana-mana pergi jumpa dapat kawan. Seronoknya semua membawa koleksi berbeza. 

Hebat-hebat ternakan yang dibawa, kebanyakan tak pernah aku jumpa lagi. Dibawah ni beberapa ketul yang sempat aku tangkap... Nak tengok kat kedai sorry la kerana segala sisa-sisa sejarah ini hanya terkurung dalam kotak mereka.

Cari manapun dah tak jumpa...

Titoni yang sangat unik, setiap bentuk menceritakan peranannya dan bukan rekaan saja- saja. Di kala teknologi lume tak ujud atau berbahaya kerana mengandungi racun radioaktif lagi maka  batu kristal dan ketul besi diguna sebagai indek jam bagi memudahkan penglihatan waktu ketika suram malam.

Apa pentingnya sub-second tu? Kecik dan tak memberikan bacaan sepertimana jarum lain kan? Haha... Subsecond sangat penting buat pengguna jam kunci, ia menjadi indikator samada jam ditangan korang ni masih bernapas atau dah mati.

Apa perlunya corak di tengah dial? Sekadar cantik? Tepat sekali, ia juga bertujuan utk memudahkan penglihatan. Jam-jam lama muka silver juga kerap digandingkan dengan jarum kuning agar di dalam keadaan suram jarum masih terlihat jelas menunjukkan waktunya.

Ini juga serupa, tone berbeza pada dial bagi membantu penglihatan pada jarum.

Waler, nama yang dah terbenam dalam lipatan sejarah. Model-model lama sebegini tak memadai simpan seketul-dua. Sekurang-kurangnya 10 ketul untuk melengkapkan koleksi.

Ciri utama jam lama ialah dial cembung dan glass buncit. Kalau dapat jarum merah cam ni lagi best! "Jam-jam lama kecik2 la..." pernah seorang mengadu bila jam lama yg cantik di gambar sebenarnya kecik. Sebetulnya saiz juga berkait dengan reka bentuk, sesetengah design lebih cantik dengan saiz tertentu sepertimana kereta yang kelihatan cantik dgn warna tertentu.

Maka itu jam-jam lama ini kelihatan cantik kerana 'kena' dengan saiz kecilnya. Ia memberikan pandangan menarik secara keseluruhannya. Jadi bagi aku jam-jam lama sebegini sudah mempunyai pakej design dan saiz yang ideal dan sesuai.

Gruen, berbanding jam-jam jenama Jepun terlalu banyak jenama Swiss yang masih aku tak ketahui. Mungkin dulunya industri ni dah melacak sampai ke kampung seluruh Swiss.

Kena dengan tali kulit buaya.

Korang biasa dengar  nama Sandoz, tapi yang ni Henry Sandoz milik Azri Sandoz.

Jarum saat sangat cantik! Aku memang suka jam subsecond!

Rolex, biasan cahayanya pun mahal.

Beberapa model chrono yang turut serta.. Jarum runcing camni cantik.

Bentuk jarum Mido ni agak berlainan dengan kebanyakkan model lainnya, hujung dampak.

Helbros chrono, payah jumpa nih...
Jam 5.15 pagi kami bersurai secara aman. Semoga kita ketemu di lain kesempatan...
 
BOBOT dan EBEKK!