Friday, July 27, 2012

Kenangan silam kenduri moreh dan khatam al-quran

Time aku kecik-kecik dulu iaitu sekitar 1970-an kenduri moreh dan kenduri khatam (al-Quran) di buat di mejid (masjid). Kenduri moreh di buat pada hujung bulan sya'ban berupa tahlil untuk arwah-arwah yang dah meninggal dunia, kenduri khatam pula didalam bulan Ramadan, kenduri itu antara maghrib dan isyak. 

Dalam kenduri Moreh atau Khatam sebilangan penduduk yang berhajat akan bawa beberapa dulang makanan yang dikenali sebagai nasi AMBENGGG ke mejid. Tau nak sebut 'amBENGGGG..' ? idgham-bighunah kena keras sikit supaya panjang dengungnya.. haha. Sedulang nasi ambeng berlaukkan ayam/ikan, ikan kering, tempe/tauhu dan inti kelapa (ambeng) cukup untuk 4 orang makan.

Selepas maghrib dulang-dulang nasi ambeng itu dikumpul di mejid. Biasanya 3-5 dulang dibawa oleh setiap rumah. Sekali kenduri tak kurang 10 dulang tersusun di ruang masjid.

Sementara solat isyak hampir selesai setiap dulang-dulang ambeng akan disusun di kaki lima masjid, ditutup dengan surat khabar lama disertakan juga keratan daun pisang dan kertas suratkhabar atasnya untuk membungkus jika tak habis makan.

Ketika kenduri-kenduri ini masjid dikerumuni budak-budak sebaya aku, kalau bulan ramadan lagi meriah. Selesai makan sebahagian maka bakinya dibungkus untuk dibawa pulang kerumah yang disebut sebagai NASI BERKAT. "Mana BERKATnya?"haha begitulah emak tanya kalau aku pulang dari masjid.



Di mejid dulang-dulang ambeng disusun dibelakang saf bebudak. Biasanya time solat kekawan aku disaf belakang ni senyap-senyap selak setiap dulang, pakat-pakat cari mana dulang yang ada ayam hehe. Aku ambil sikit ayam kat dulang lain kumpul kat satu dulang lain, habis solat kami terus keliling dulang tu aje... budak-budak lain tak boleh joint haha... bijak kan?


Bagi mengelakkan mondus operandi kami di kesan kami kambus ayam-ayam tu dengan nasik . Setiap dulang makan 4 orang tapi kami kerjakan bertiga aje haha... 

Tapi Wak Leman selalu cemburu kat kami. Garang dan suka jerkah-jerkah bebudak, tapi kat belakang selalu kena ejek...haha. Selalu Wak Seman buat kami bengang!

Bengang la bila Wak Leman sorong Si Atan leleh joint kami! Si Atan liur leleh tu semua dia telan kecuali besi dan kayu je... Kekadang kami tak dapat bawak balik BERKAT huhu...

SAWTOOTH, apa ganasnya spesis ni? tunggu episod akan datang...


Tuesday, July 24, 2012

HOROLOGY bikin HARU LAGI!

Bagaimana aku boleh jatuh cinta pada Samurai?

Pada awal 2008 jam 12.00 malam di Keramat  Selangor, ketika aku berurusan membeli seketul 6309 dengan seorang penternak tiba-tiba dia sebut "Fuh! ...jarum saat Samurai memang cantik....bla bla bla..." aku teringat sesuatu! Apa lagi esoknya aku berdesup ke sebuah kedai di Kuala Lumpur, disitulah seketul Samurai (st. steel) aku nampak setahun sudah, alhamdulillah...masih ada di kedai itu. Apa betul jarum saat Samurai cantik?...


Ye, jarum samurai (st. steel) memang mengerikan...macam tombak Samurai yang berdarah di hujungnya. Maka versi st. steel ini yang pertama aku miliki.

Tapi aku tak berhenti di situ, dari kaji selidik aku rupa-rupanya ada spesis samurai kelahiran Jepun yang tak masuk Malaysia! Iaitulah Samurai Titanium JDM! Aduhai..Haru lagi! 

Puas aku cari merata Malaya akhirnya penghujung 2008 aku jumpa di mudah.com! Tanpa fikir panjang aku buat temu janji dengan si penternak, nak jumpa jam 8.00 malam di Kuala Lumpur, sedang asyik membalas sms dengannya di tepi jalan tiba-tiba handpon aku di ragut mat rempit...aduhhhh. Baru petang tadi aku labur rm1.3K malamnya pula habis lebur semua. Tak mengapalah, mungkin rezki aku hanya sampai disitu. 

Syukur...pagi esoknya kami bertemu dan aku berjaya memiliki seketul Samurai Titanium yang anggun dan bergaya.

Separuh lebih ringan dari versi st. steel. Mungkin korang bertanya kenapa aku memilih kereta kebal sebagai latar belakangnya? 

Haha kerana kedua-dua model ini serupa, kebal dan kalis asakan dan serangan.

Rekabentuk yang matang bagi sebuah jam diver.

Sungguhpun nampak moden ia masih di selaputi gaya ketimuran.

Lug atau 'kaki' jam yang besar! Serupa seiko Sumo!

'Bunga' ring bezel yang halus, selain Seiko samurai  bezel Alba mantaray juga serupa ini.

Zulu, nato, leather semua boleh masuk!

Nak nampak sikit garang elok dikenakan dengan zulu belang oren.

Kalau diberkan 5 pilihan jenama/model untuk dipakai... 1,2 dan 3 aku pilih samurai.

Rasanya orang ramai masih agak fobia dengan Samurai ni...

...apatah lagi mereka baru saja digemparkan dengan kejadian amuk dengan samurai baru-baru ini... Kalau keluar  berjalan dengan Samurai mungkin berlaku HARU LAGI...errr


Monday, July 16, 2012

VULCAIN

'Kembara solo H4U' Amar Rahymee akhirnya sampai ke desa kediaman ku Saujana Utama, Sungai Buloh. Seorang yang bersemangat  kental melangkah mencari rakan-rakan H4U. Sungguhpun jauh datangnya dia sudi membawa bebberapa ketul 'buah tangan' buat rakan-rakan yang dikunjungi.

Beberapa ketul yang dibawanya namun Vulcain ini meragut perhatian aku kerana panahan sinarnya.

Biasa la...tanpa segan silu tangan aku mengamuk mintak dipakaikan.

Cantik! Sangat cantik! Dan memang cantik!

Belakang macam muka duit syiling. Jenama yang dah ujud sejak 1858..

Semua 100% masih original! Termasuk kotak dan geran dan surat beranak! 1960-an kalau tak silap aku.

Vulcain centenary...

...dipalu enjin automatik 17 jewel. Fikirkanlah betapa hebatnya enjin-enjin dulu, masih bernapas biarpun dah berusia separuh abad!

Kelebihan jam chrome/st.steel ialah...

...mampu 'bertukar warna' mengikut keadaan sekeliling macam sumpah-sumpah.

Pusing sikit nampak kebiruan pula.. refleksi pada warna sekeliling.

Amar, minat kentalnya ini membawa dia menjelajah ke serata tempat menemui rakan dan otai.

Kerana semangatnya yang tak pernah duduk diam dah tentu koleksinya juga bertambah mantap!

Monday, July 9, 2012

PIRANHA!

 Bertahun-tahun napsu bergelumang Seiko tiba detiknya pintu hati ku terbuka untuk jam-jam diver Swiss (klasik) yang rancak dengan berbagai bentuk dan nama.

Selain Rolex yang gah hingga kini tak banyak dari jenama lain yang melekat dibibir merkah para penternak kini. Semuanya dah terkambus dalam sejarah. Namun begitu atas semangat segelintir insan yang mencintai warisan dunia ini maka beberapa kerat model-model tertentu masih bernapas sehingga kini. Salah satunya ialah...

...BULOVA SNORKEL. tidak semahal ROLEX SUB tapi sangat mengoda napsu, "Rasa kenyang bila dapat membeleknya" bisik seorang penternak disini...haha begitulah mujarabnya model ulung ini.

Gigi bezel yang halus sangat aku tersuka... (pinjam bahasa anak aku emmm), ditambah lagi dengan sedikit merah, wow!

Sudut yang kuat berwajah klasik...

Kanta segi empat yang jarang-jarang jumpa.

Model veteran yang masih nampak kemas dan baru...

...yang jelas auranya yang masih membahang. Kalau pergi mana-mana himpunan H4U cukup bawak Snorkel je.

Sebaik sampai ditangan aku cuba mengenakan tali yang lebih membakar selera.

Hitam? kusam. Getah? murahan. Akhirnya aku ...

...pilih tali coklat terang. 

Nah! Tali kulit ini menambahkan 50%  awet muda! Bagi aku tali kulit mesra/selesa dengan semua jenis jam dan tangan.

Oh ye, ada yang tanya kenapa aku gelar Bulova ni PIRANHA? Haha aku namakan PIRANHA kerana dial jam dikelilingi oleh 12 butir 'gigi Piranha'.

Korang tengok gigi Piranha ni... Sama kan?

Begitulah persamaan mereka ini, jinak ditangan tapi ganas mengocak perasaan. Tak hairanlah jika model ini menjadikan tangan pengemarnya lebih berharga.

BULOVA SNORKLE!

Tuesday, July 3, 2012

ORIGINAL 'MAK LAMPIR'!


Apa perasaan korang jika tersedar dari tidur jam 2 pagi dengar bunyi dengusan rakus sedang menghirup makan kat dapur?

 Itulah yang berlaku terhadap adik aku sekeluarga di Johor seminggu lalu. Petang itu berlaku kematian dirumah jirannya seorang perempuan yang lama menderita barah. Selesai dikebumikan isterinya membawa pulang  
sehelai kain bidai yang digunakan ketika mandi mayat untuk dibasuhnya. Peliknya walaupun di basuh bau stanggi masih kuat melekat. Adik aku kata malam tu rumahnya kuat bau stanggi, mulanya dia rasa semacam tapi perasaan tu di bakul sampahkan aje. Jam 10.30 malam dia bersama isteri tidur di bilik utama, manakala 2 anak perempuan dan 3 anak lelakinya di bilik masing-masing berhampiran dapur.


Sekitar jam 2 pagi anak perempuannya Zu 10 tahun terjaga oleh bunyi pinggan-mangkuk berlaga di dapur. Dari langsir pintu biliknya dia mengintai ke dapur yang terang kerana lampu dapur memang dinyalakan tiap malam ...

..."Zu nampak perempuan baju putih rambut pendek berdiri depan singki dapur sambil menyelongkar pinggan-pinggan kat situ. SRUPP! SRUPP... bunyinya macam hirup kuah mee maggi!" Kata anaknya tu. Kejadian itu juga disedari oleh anak lelakinya Amat 11 tahun yang tidur di bilik bertentangan, katanya dia lihat perempuan baju putih mundar-mandir kat dapur macam mencari sesuatu, tapi masing-masing mereka tak berani keluar bilik.

Pagi itu mereka berdua ceritakan hal itu pada ibu bapanya, apa lagi kain bidai mandi mayat yang di'syaki' semalam terus dibuang. Menurut anaknya, lembaga itu menyerupai jirannya yang meninggal petang itu. Apa yang adik aku dengar sepanjang terlantar sakit jirannya itu pernah berkata "Aku nak makan sangat tapi muntah selalu ..."

*Kalau nak rasa seram lebih berkesan aku cadangkan korang tutup lampu tengah malam dan baca kisah 'mak lampir' ni sorang-sorang.  Kalau tak seram jugak korang pegi kubur  malam-malam baca kat sana sorang-sorang!! "Melampau tu san" kata kawan aku hehe)