Monday, June 25, 2012

BELI CERTINA DS ACTION RM2K! MANA SEDEKAH AKU?

Begitulah persoalan makna SEDEQAH setiap kali aku MEMBELI dan MEMBERI. Yang mana lebih ibadah?

Tuhan tahu kita tak mampu bersedekah dengan MEMBERI saja, maka Dia ciptakan kita nafsu agar kita selesa bersedekah dengan cara MEMBELI.

Teringat aku ketika makan disebuah warung datang seorang meminta sedekah, lalu aku hulur RM1 aje. Seketika kemudian datang seorang perempuan membawa sekarung kerepek "RM10 untuk 3 bungkus" katanya, bukan nak makan pun tapi dengan niat nak tolong aku beli juga, maka yang pasti dia tentu dapat untung lebih dari RM1 manakala aku juga mendapat ganjaran sedekah berupa 3 bungkus kerepek hehe.

Certina DS ni adalah amalan SEDEKAH terbaru aku sebanyak RM2K...emmm, apande ni? Tu la tadi aku cakap, tuhan tau aku tak mampu ikhlas sedekah RM2K begitu aje, kalau RM2 mungkin boleh la lena, tapi kalau ratus/ribu-riban? Maka dia utuskan dalam diri gerak napsu/yang dengannya aku redhoo (huhuu..) melepaskan RM2K.

Jika kita di anugerahiNya kemampuan berupa wang maka usah le kita kedekut dan kikir, kerana KEMAMPUAN itu sendiri adalah HIDAYAH-Nya kepada kita. Jangan anggap hidayah Allah hanya berupa gerak hati semata-mata, begitu pesan seorang teman.

(Licin dan kemas)
Jadi, apabila berhajat barang suatu maka janganlah kita merasa untung dengan jalan pemberian/percuma berbanding mereka yang mendapatkannya dengan jalan membeli. Kerana sebenarnya orang yang membeli itu lebih baik ibadat (usaha)nya dari kita yang mendapatnya tanpa tumpah peluh! 

Selain comel dan sedap dimakan..errr (haram makan ye!) kura-kura juga  menjadi simbol DS ACTION ni. 

Sebaik jentera Swiss ni jatuh ketangan maka aku pasangkan ia dengan kulit hitam tebal teristimewa.

Penyelam Certina 2012 ni saling tak tumpah macam TAG HEUER! Bahkan menurut tokey kedai model baru ini sangat mantap dan sendat dengan kualiti setanding jenama sombong dan bongkak tu,...tah apa speselnya tak pasal-pasal TAG jual mahal...emmm bengang aku.

Jarum saat separuh merah dan bulat putih ditengahnya...CUN WEI!... (Bukan Chun Wei)

Kerana terbayang dan terngiang-ngiangkannya dekat sebulan aku tak lalu makan ayam KFC, tidur pun mata tak pejam rapat, mulut lagi la pulak...

"Tokey..Luminus indeks tarak terang, malam susah mau tengok la" aku cuba jual pantun klasik ketika bertepung tawar harga dengan tokey, mana tau dapat rega cantikk. Tapi tokey balas pantun sekerat ... "Kalau mau telang lu buka lampu laa" apek tepung aku huhu.

Fuh, model kali ni memang kaya gaya.

Jarum jam bentuk tombak beracun, racunnn.

Tingkap hari bulan sangat kecikk, antara jam 5 dan 6. bagi aku saiz tu cantik dah. Buat apa nak di perbesar-besarkan hal-hal yang kecik, kan? Sekadar nak tengok haribulan bukan masalah sekarang nih.

ISO 6425...? Dah tentu angka ni besar maknanya sehingga dipapar di muka dial.

Bezel hitam kilau macam seramic, memang seramic kut?

Maaf le kalau aksi tangan aku ni nampak kasar dan kurang ajar sikit, err...tak de niat aku nak lempang sesiapa pun, sekadar hiasan aje.

Apabila kita mendapat sesuatu dengan percuma kita cepat teruja mengucapkan syukur, sebaliknya bila mendapatnya dengan jalan membeli kita tak teruja begitu sedangkan kemampuan membeli itu juga  suatu anugerah besar yang lebih mulia dan berantai-rantai pahalanya. 

Tapi walaupun begitu hal itu bukan mudah nak dihadamkan dihati dan menjadi ibadah selalu kerana diri ku yang masih subur dengan sifat-sifat manusia.

Thursday, June 21, 2012

Memandu 340km untuk menjamah sepinggan nasi?

Sabtu aku sekeluarga bertolak ke Maran, Pahang bertujuan memenuhi jemputan majlis kawin saudara dekat (sebelah isteri). Kerana kesibukan jam 1.00 petang barulah aku dapat bertolak, hampir rasa tak bersemangat kerana kelewatan itu dan bakal memandu lebih 170km pula.

2 jam setengah memandu akhirnya aku sampai di rumah kenduri jam 3.30 petang. Lengang, tiada  lagi tetamu jemputan kecuali aku sekeluarga sahaja, rupa-rupanya majlis kenduri dah lama selesai. Setelah bersalaman dengan tuan rumah aku menceduk nasi yang tinggal sepinggan dua dengan baki lauk yang ada. Nak jumpa pengantin pun tak dapat kerana mereka dah ke rumah sedara mara,  "Kau lambat sangat Hassan, pengantin dah bukak seluar pun..." kata Pak Andak (tuan rumah) berseloroh haha.

Selesai bersembang pendek kami sedia nak bertolak balik. Belum pun hilang penat memandu tadi kini aku memandu balik pulak. "6 jam aku memandu barat ke timur semata-mata menjamah sisa nasi kenduri? Seolah-olah datang nak menampakkan muka (kehadiran) aje"- begitulah fikir singkat aku.

Namun setelah aku renungi disebalik lipatan perjalanan itu terserta berbagai bentuk urusanNya. Iaitu, bermula dirumah membeli makanan untuk persediaan perjalanan, membayar petrol di stesen minyak (hakikatnya melunaskan sebahagian rezki ku di situ), membayar tol (hakikatnya utk penyelenggaraan dan gaji ramai kaki tangannya), berhenti makan di R&R (bagi menyampaikan rezki pada peniaga gerai2 disana) dan berbagai lagi hikmah yang tak dapat aku lihat!

Sebagaimana biasa setiap hari Sabtu juga aku akan keluar bersama koleksi vintaj... Menikmati mod yang berbeza!

Ketika balik aku ternampak sebuah kedai jam di pekan Maran, harap-harap terjumpa le model lama tapi hampa...banyak jam 'plastik' aje.

Boring lama memandu aku layan muzik rock dan irama klasik sambil merakam pemandangan sekeliling yang berjerubu. Awan di sekeliling matahari itu jelas berbentuk 'tengkorak' sedang membaham matahari, aku terlewat beberapa saat sebelum imej yang sempurna itu 'pecah'.

Panda ini juga seakan-akan berbentuk tengkorak hehe...

Jam hampir 7.00 petang dan aku masih di puncak lebuhraya. Time ni aku mata aku dah mula mengantuk keletihan.

Seiko Panda sangat segak dikenakan dengan tali kulit. Aduhhh sengal...memang tangkap otot!

Sangat cantik dan masih cantik sampai kini.

Memandu 340km untuk menjamah rezeki sepinggan nasi kenduri? Kalau ada sebutir nasi yang ditakdirkan menjadi rezki kita di hujung dunia nescaya kita akan kesana untuk menjamahnya tanpa kita ketahui hakikat disebaliknya melainkan Dia, begitulah yang aku rasakan. Yang jelasnya di sepanjang perjalanan ke Maran aku ada mengeluarkan RM200, dimana semua itu telah aku 'agih-agihkan' disepanjang perjalanan itu pada yang 'berhak'. 

Begitulah ribuan urusanNya yang berlaku disebalik  'Memandu 340km untuk menjamah sepinggan nasi.' Maka itu jangan anggap sia-sia suatu urusan yang zahirnya nampak kecil/tak berbaloi dan tak menguntungkan diri. Kerana disebalik urusan kecil kita itu terkandung berlapis-lapis urusan besar (Nya). Wallhualam...

Friday, June 15, 2012

MODEL-MODEL YANG BIKIN SUASANA PANAS BERJERUBU!

Panda yang comel!

Tag Heuer automatik!

Seiko 7108-7000 dengan kanji!

Seiko 7016-7000 dengan 5 batang jarum!

>SOLD<
Dan Bulova yang menawan! Semua jejaka handsome ni sedia untuk dilamar! Harga sila tingok >>> sebelah...

Thursday, June 14, 2012

Nak power tak perlu lagi goyang gerudi...

Hanya sidaikan beberapa ketika pada cahaya mentari korang dah dapat power. 
Kaedah saintifik inilah dah lama di tiru oleh buaya/ alligator di Amerika bagi menyerap tenaga semulajadi. Menurut saintis, haiwan itu mendedahkan auratnya ditebing-tebing sungai untuk menyerap cahaya mentari yang akan mengerakkan pula sel-sel solar yang terletak pada kulit tebal dibelakangnya... Teruja kan?

Panel solar bahagian berwarna merah membara, menjadi 'rotor' model canggih kini. Panel ini tersembunyi disebalik gelap dial dan tidak begitu nampak.

Dalam keadaan gelap jarum dan indeknya memberikan suasana terang benderang, seolah-olah ada lampu...

Keluarga PROMASTER memang hebat-hebat semuanya   

Namun hanya beberapa model yang mampu kekal bersaing dalam pasaran.

Lihat pada bentuknya saja korang dah dapat mengambarkan keselesaan yang bakal diberikan apabila ia memaut tangan. Dan yang bestnya casing ditempa dari logam TATINIUM satu-saatunya logam yang boleh terbang, menjadi rangka pesawat kerna ringan.

Sedikit maklumat pada.

Perkataan Eco berkait dengan Environment atau persekitaran semulajadi yang menjadi sumber tenaganya, apa lagi kalau bukan cahaya kan?

Indek jam, jarum dan bezel betul-betul menampakan satu perubahan radikal sebuah jam diver! Oren floresent dan sedikit warna merah pada indek jam 12 mudah mengarahkan mata ketika melihat waktu pada paparan dialnya.

Satu-satunya jam bersaiz XL yang segak dan selesa dipakai oleh mereka-mereka yang tangan kecikkk.

Glass buncit yang buat aku tak tahan, jarang-jarang jumpa jam glass buncit semacam ni! Kalau ada yang lain sila bagi tau aku...hehe

Bezel macam rim kereta 18", mudah dan laju diputar.

Macam kanta pembesar pun ye, macam lensa kamera pun ye jugak... Apa kelebihan glass buncit nih?

...Glass buncit ini berfungsi seperti kanta yang mengfocus cahaya ke panel solar ditengah dial dengan lebih cekap berbanding glass leper, jadi jangan kasi calar 'kanta solar' ni!

Maka memandangkan glass ini sangat sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya calar maka bahagian bezel direka sedemikian rupa agar 'kanta solar' terlindung dari ancaman komunis... apa komunis lak?  Kasi hantam aje labuuu...

Dan tentunya ketika didalam air glass buncit ni memberikan pemandangan lebih indah.... boleh lemasss.

Model Promaster ini digelar dengan panggilan ORCA kerana hitam/putih dialnya menyamai badan sejenis ikan lumba-lumba yang pintar itu.

Emmm kalau doa jumaat esok aku tadah tangan macam ni kira riak tak?

Ringan! boleh lambung-lambung sebelah tangan aje hehe..

Model ni bakal menutup tirainya, jadi elok simpan buat tatapan anak-cucu kita...

Tuesday, June 12, 2012

SEIKO SNIPER

Bertahun-tahun aku selesa dengan jam diver kerana saiznya (diameternya melebihi 40mm). Jam military juga sangat aku minat, tapi kebanyakan spesis ini bersaiz kecik! 34-38mm aje.

Memandangkan dah terbiasa melihat tangan dengan jam bersaiz 42mm maka seiko military 34mm ini terasa begitu kecil ditangan. Puas aku fikir camana nak buat jam ni nampak beso...

Salah satu caranya ialah aku pakai jam kecik tiap-tiap hari, nak membiasakan dan menselesakan diri dengan situasi baru hehe.


Bila dah seminggu pakai aku mula serasi dengan saiznya, selesa.

Untuk aktiviti lasak jam bersaiz begini tak rasa membebankan tangan.

Tapi bila aku pakai jam diver timbul pulak situasi sebaliknya... 
Jam-jam diver terasa besar pulak kat tangan aku...emmm.

Pada tradisinya jam military, tak berkilat dan nampak suram.

Sungguhpun kecil itu tak memberi masalah ketika melihat waktu kerana paparan dial jelas dan ringkas.

Jelas pada keadaan cahaya suram.

Model ini SUDAH pupus di pasaran.

Jadi, jika korang temui dimana-mana stock lama maka aku nasihatkan baik sambar aje. 

Kerana model-model Seiko military yang baru dipasaran semakin nipis gaya klasiknya.

Dial navy blue  yang lebih segak dari hitam, kerana indek 24 jam berwarna merah.

Seiko military 7s26 ni dah tergolong dalam 'classic military '.

Sepertimana bintang lagenda ia mungkin lebih popular dikala 'mati'nya berbanding dikala 'hayat'nya.