Thursday, May 31, 2012

TELUX

Pukul 1.00 pagi aku masih di pejabat. Sunyi sepi sekeliling, tiada lagi kedengaran ngilai ketawa rakan-kawan sebelahan kerana mereka semua dah pulang. Suasana sebegini agak menyeramkan 12 tahun dulu, iaitu ketika syarikat baru berpindah di bagunan baru ini, peringkat pertama pemindahan ketika itu (selain beberapa pengawal keselamatan dibawah) aku dan boss aje yang bertugas di bangunan 16 tingkat ni.

Pernah sekali jam 2 pagi setelah selesai kerja dari tingkat 4 aku masuk lif dan tekan butang 1 (ke tingkat 1), lif yang sepatutnya turun sebaliknya bergerak naik tingkat demi tingkat sampai ke tingkat 14! "Ehh siapa pulak tekat butang 14? Siapa duk sana?" tiba2 aku jadi seram. Peliknya ditingkat itu lif 'tergantung' beberapa ketika tanpa terbuka pintu, kalau terbuka mesti aku menjerit haha, ketika tu semua tingkat atas masih tak berpenghuni dan keadaan lobi gelap beb!. Bila aku buat aduan rakyat pada seorang pengawal dia kata"Kita dah selalu terkena ... Kalau kena ganggu macam tu abang bagi bagi tau 'dia' "Jangan le gatal tangan nak tekan-tekan butang!" heheeeee 

Tapi kini jembalang tu semua tak menganggu aku lagi, mungkin mereka sedar 'taktik lama' mereka tu dah tak berkesan sebab sekarang ni aku duk layan 'lembaga' yang lebih seram dari mereka hehe. 

Lewat malam dipejabat aku buka laci dan mencapai sebuah kotak merah yang tertera jenama TELUX. didalamnya kelihatan seutas jam sedang lena memeluk bantal.


Belek beberapa ketika depan dan belakang. Beginilah aku meniti keindahan alam ciptaan yang terbentang...

...di tapak tangan.

Cantik dan memukau mata....hasil sentuhan dari tangan-tangan yang jujur.

Semua sudut diperhalus tanpa mengira samada ia bahagian terdedah atau tersembunyi.

Kilauan keemasan memberikan sedikit berahi...waktu malam bibit-bibit kilauan emasnya pasti mencucuk-mencucuk anak mata dan memedihkan ulu hati kekawan keliling.

Gaya klasik yang popular, ringkas dan nampak grand!

Tak dapat aku bayangkan kecantikannya kalau dilingkari dengan tali kulit buaya.

Bentuk klasik yang masih memelihara 'budaya' SWISS.

Saturday, May 26, 2012

BULOVA SNORKEL.

Bezel hitam dan merah memang menawan, menjadikan model klasik ini segak dan garang.

Tali rubber yang dikenakan agak kurang sesuai, tapi itu tak menjatuhkan maruah dan harga dirinya.

Dah berusia hampir setengah abad tapi masih bergaya akibat sentuhan berkualiti tangan-tangan yang membuatnya.

.Beginilah nilai jam-jam lama, usia menambah rahsia.

Punggung saling tak tumpah macam Seiko 6105 yang selesa ditunggangi tangan.

Casing yang mecengkung begini mesera dan selesa.

Dah banyak kali aku sebutkan bahawa design jam-jam klasik tidak diluput oleh waktu. Sekalipun banyak model2 baru mencabar dipasaran model diver klasik ini tak sikit pun rasa tergugat.. Fikirkan kalau model ni dikilangkan semula?

Korang pernah jumpa orang pakai jam kat belakang tangan? Ini gaya klasik memakai jam. Tahun 70-an dulu aku kerap jumpa orang pakai jam gaya ni.

Bos aku masih pakai jam gaya ni. Mungkin cara pemakaian begini lebih memberikan perlindungan pada jam dari panas dan hujan, ini dapat mengelakkan jam rosak akibat tersedak air, maklumlah kebanyakan jam-jam dulu rendah tahap kalisnya.

Berbagai jam diver Swiss yang mewarnai pasaran dunia suatu ketika dulu.

Namun lebih 90% nama-nama gagah Swiss itu tenggelam ditelan arus teknologi quartz/digital yang melanda. "BULOVA? APENDA TU?.... tanya seorang kawan yang pelik mendengar jenama itu.

...Jelaslah nama BULOVA kini menjadi asing buat generasi mutakhir ni.

Bulova Snorkel ini adalah lagenda Swiss yang masih bernyawa...

...suatu ketika dulu digilai dan sangat digeruni pesaing-pesaingnya seperti Seiko maupun Rolex. Dah hampir 40 tahun berlalu namun saki baki model ini masih menjadi buruan para penternak seluruh dunia.

Wednesday, May 23, 2012

TERBAHARU DAN TERHARU! SEIKO FRU! (RM820)

4R36 dah menjadi jenera baru model-model Seiko mutakhir ni, sejauh mana kelasakan jentera ni berbanding enjin 7S25/6 belum diketahui. Yang baru tentu dianggap lebih baik dari yang lama, tapi itu tak merangkumi semua aspek. 

Apapun model baru seiko SSA 055K1 ini lagaknya bagai sebuah perisai gempur, dengan bentuk yang mengerunkan sesuai untuk mereka yang lasak.

Menyedari aktiviti lasak bakal melimpahkan peluh maka strap siap dipakaikan dengan 'jeket kalis peluru'.

Enjin automatik dan boleh kunci, sementara crown bukan jenis skru.

Bezel mudah diputar.

Ini bukan jam diver, tapi dengan tahap WR100 itu sesuai untuk aktiviti berkubang atau memancing.

Ada subdial 24hr pada penjuru jam 10.

Ada 2 bezel yang boleh diputar, satu adalah inner bezel dengan indek kompas.

Dial biru maritim yang menjadi warna pilihan angkatan bersenjata seluruh dunia. Apa fikir lagi? Jom GEMPURRR! 

Tuesday, May 15, 2012

Orient 60th...

Tak silap aku, jam ni aku beli pada bulan RAMADHAN 2010. Ketika disebuah kedai jam entah kenapa pandangan aku terpaku pada seutas jam berdial putih ni. Menarik nampaknya tapi bila pandang dekat nampak '60th Anniversary' pada dialnya ia bertambah menarik untuk aku dekati.

Keluaran semula model 1950! NOSTALGIA silam memang segar sepanjang zaman. 

Glass sebegini menyumbangkan pemandangan dial yang sangat menarik pada sesebuah jam (klasik).

Sekarang ni payah nak jumpa model-model baru Orient yang berkenan, dalam 100 mungkin hanya 1 yang aku minat, Citizen pun sama....atau aku dah taksub dengan Seiko?

Beberapa minggu lepas ada seorang tokey kedai  jam tanya aku "Lu ada simpan Orient anniversary?" 
"40th atau 60th?" tanya aku 
"60th laa...40th wa ada, kalau lu ada kasi jual sama saya" hhehe tokey pun terlepas. Memang pun, tak ramai yang sempat sambar model ni, jumlah terhad dan hanya bertahan selama 2/3 bulan diruang kedai.

Orient sejak 1950 (enjin kunci ) dah ada power reserve indecator!, canggih tuu!

Dial putih...biasanya jam dress sesuai cantik dengan dial putih, bahkan sebarang calar kecil di glass bisa 'ditelan'.

Bisikk nadinya boleh didengari lebih 50 jam walaupun indek power reserve tulis 40 jam je.

Crown 'gear' yang mudah diputar.

Glass cembung dan jarum runcing.

Hanya ada 1500 utas tersebar diseluruh dunia dan aku yang ke-603.

Wednesday, May 9, 2012

America pitbull... BULLHEAD lagi ganas!

Ahad kelmarin ketika nak keluar membawa anak-anak bersiar di pekan aku terfikir kejap depan pintu sambil lihat EPOS di tangan. Dah seminggu aku pakai, tukar lain la. Aku buka koleksi memilih dan mencari jam yang lebih memberikan mod untuk bersiar-siar nanti.

...haa jumpa dah, BULL! bukan America pitbull yang ganas tu, tapi Japan Bullhead yang lebih bengis lagi, nampak bodo tapi ganas...

Mengikut ceritanya nama BULLHEAD ilham dari lembu tanduk! Siapa manusia pertama yang memberi gelaran itu masih misteri sampai kini...

...Cuma tanduk bull jepun agak tumpul dan kontot... tang mana ganasnya? emmm...

 Apapun dik kerana maukan kelainan yang ekstrem maka Seiko bullhead ini menjadi pilihan ku. Kerana dibawa kemana aje bullhead dengan tenang meragut tumpuan dan pandangan keliling.

Terbukti semalam apabila bullhead brown ni meragut pandangan seorang tokey kedai katanya... "WAA, ini (bullhead) betut-betut cantik ..." aku dah agak dahhh...

.... nampaknya bullhead ini rajin 'menegur' orang keliling...hehe

Suatu hari di lampu trafik merah seorang lelaki memandu Limboghini disebelah kereta aku, pada mulanya aku berperasaan lelaki didalamnya "Megah dan bangga tentunya dia". nak tengok kereta dia aku segan namun tanpa sedar aku asyik melihat kecantikan keretanya tu. Akhirnya aku sedarkan sesuatu dan ucapkan Alhamdulillah dan terimakasih pada lelaki itu, kenapa? Sebab: Diskeraanakan 'pengorbanan' dia lah aku dan yang ada disekelilingnya dapat melihat live kereta sport lagenda itu. Soal bangga atau megah itu lumrah manusia. 

Begitulah semangat yang nak aku kongsikan bila memakai atau siarkan koleksi-koleksi sebegini, tak le begitu hebat tapi cukup memberi kepuasan batin bagi sebahgian peminatnya.

Seiko chrono yang paling aku minati selepas UFO dan PANDA. Boleh dikatakan kesemua model chrono 6318 Seiko menjadi buruan belaka, termasuklah JUMBO, CALCULATOR, BIG BLUE, TOKEI ZARA dll.

Semua bullhead ini kelihatan bersih kerana telah melalui proses baik pulih yang menelan kos. Model-model vintaj seperti ini mempunyai nilai ekslusif yang tinggi.

Bullhead hanya terdapat dengan dua versi, iaitu hitam dan coklat. Yang coklat popular dalam pasaran Jepun.

Fish bone! bagai isi dengan kuku kalau sebut saja bullhead mesti breclet inilah pasangannya. Namun fishbone breclet hanya untuk model coklat (kalau tak silap). Dan aku temui 2 jenis fishbone seperti gambar atas.

Dengan melihatnya saja korang dapat mengagak beratnya... berat mata memandang.

Kebanyakan jam-jam chrono lama mempunyai ring bezel tachymeter diluar yang nipis, macam jam diver.

Semenjak kebelakangan ini spesis bullhead semakin menghangatkan, tak tau kenapa fenomena ini tiba-tiba belaku, semalam aje 3 penternak bertanyakan aku. 

Model-model sekarang ini bukanlah murah, aku pun bukanlah berduit untuk kumpul spesis ini, cuma MINAT menjadikan aku berani perabih duit untuk kepuasan diri dan orang lain...
"Kepuasan orang lain? Apakah aku beli untuk kepuasan orang lain?" mungkin korang bertanyakan itu.

YA, sepertimana cerita Limboghini juga, dan bagi aku setiap suatu yang kita miliki ada bahagian 'milik' orang lain juga, cuma pemilikan itu berbeza sifatnya. Contohnya kereta yang kita beli, apakah tiada orang lain yang dpat feadah darinya? Selain kita (yang dapat feadah secara langsung) isteri, anak, pihak bank, bengkel, pengusaha petrol pam juga mendapat faedah dari pemilikan kita tu...