Sunday, April 29, 2012

STAR dari Timur...

Kebanyakan model Orient yang best-best berkumpul di Jepun, disana ia bergelar OrientSTAR! 

Model-model Star memang jarang ditemui disini, jumpa kat tangan orang pun payah.

Biasanya model STAR agak lebih mahal berbanding Orient biasa yang banyak terdapat disini... liur yang terpaksa ditelan oleh peminat-peminatnya disini.

Contohnya model ini, berharga RM2,500 sebelum rayuan.

Apa yang mahalnya? Awalnya memang agak memeranjatkan, tapi bila sangkut kat tangan baru aku tau perbezaan yang diberikan oleh model STAR ini.

Dial 'sarat dengan enjin'! Belakang begitu juga...

Bezel sangat cantik, tengok tepi dial tu...

Jarum jam dan minit hampir sama panjang, tapi hujungnya berbeza. Manakala jarum saat kecil duk pusing sorang-sorang kat posisi '6'.

99% nampak macam jam diver, bahkan crownnya jenis skruuu!

Dari muka dial kita dapat melihat jantungnya berdegup mengepam tenaga.

Semua posisi nampak cantik.

Bezel tebal berukuran 40mm duduk diatas casing yang tebal.

Memandang lugnya juga tebal maka aku pakaikan ia dengan 'sandwich' leather strap, aku namakan sandwich kerana tebalnya dari 3 lapis kulit!

Dikala senja menjelang, ianya bercahya umpama bintang-bintang langit....

...dan dikala siang 'STAR' ini silau macam matahari.

Wednesday, April 25, 2012

JANGAN MENIKMATINYA HANYA DI TANGAN!

Ruginya bila jam yang kita beli ribuan ringgit tapi hanya menjilat tangan saja. Tanpa mempelbagaikan gaya dan sudut pandangan maka kita mensiakan keindahan seni rekabentuknya. Kerana ribuan RM yang kita bayar bukan sekadar kerana satu/dua kebolehannya. ...

Sebelum itu kita intai seketul Omega Dynamik yang menjadi artis undangan Detikduabelas minggu ini.
Agak unik, tak bulat sepenuhnya tapi agak bujur macam telur kambing... Susah nak imagine? Alahh.. bujur macam telur ayam jugak tapi beso sikit lagi.

Bentuk sebegini menjadi kegilaan suatu ketika dulu. Bentuk bulat memang mudah nak ditempa tapi bujur payah wei!.

Sejak bayi lagi aku tak minat main Omega Dynamic ni, tapi akibat disogok oleh aksi-aksi berahinya seketul model (seperti ini) berjaya menyelinap ke dalam koleksi aku... namun kini kenangan.

...Model sebegini pernah menjangkau lebih RM2,800! (Harga yang pernah dibayar oleh seorang kawan) Mahal? Kat gambar memang angka tu mahal tapi kalau pegang dan tengok dengan mata sendiri nescaya korang sanggup telan maggi tiap hari akibat habis sebulan gaji.

Sebenarnya aku lebih suka melihat jam dengan cara begini. Sudut tepi, bawah, atas sambil mengengam atau membuka tapak tangan, lakukan aksi -aksi ini sambil berdiri, melentang atau berguling kerana pada sudut-sudut tertentu jam nampak lebih cantik! (Tips berguna jika diserang virus jemu!)

Cuba korang mengilingi sebuah kereta dan berhenti pada sudut tertentu, nescaya korang akan jumpa sudut tercantiknya. Bermakna setiap sudut pandangan mempunyai titik nilai yang berbeza ,ada nilai maksima dan minimanya. Jadi, apakah korang berjaya menikmati sudut nilai maksimanya?

Maka itu jangan tengok jam HANYA DITANGAN kerana cara ini tak memaksimumkan nikmat memilikinya. Sesetangah jam pula lebih cantik bila diletak di meja berbanding ditangan dan begitu sebaliknya kerana selain sudut maka jarak pandangan juga ada titik nilai berbeza.
Jadi, 'JANGAN MELIHAT JAM HANYA DITANGAN'.
(Maaf jika entry jika  terbaru aku ni bercelaru sikit, sebab aku tak sempat nak edit hehe, tapi aku harap ada bahagian yang menafa'at untuk dipraktikkan).

Saturday, April 21, 2012

Berkelana di Muara...

Muar di istihar sebagai BANDAR DI RAJA JOHOR baru-baru ini. Alhamdulillah, bandar Maharani (nama lama) ini semakin sibuk dan berdebu, dulu sekitar 1970-an beca-beca sibuk berkeliaran mengutip rezki dilorong-lorongnya dan seorang dari mereka itu adalah arwah ayah aku.

Dulu beca lebih banyak dari kereta, ia menjadi nadi pengangkutan utamanya. Pernah aku jumpa seorang pengayuh beca dari Melaka ke sini menghantar penumpangnya! Jarak lebih 40km! 

Aku tinggalkan seketika cerita itu, ketika bercuti di kampung adik aku turut balik bersama 'teman'nya ini, mata kuyu dengan mulut nganga badak. Model awal...

....Kawasaki er-6n. Ketika mencubanya mesin 600cc ini menerkam jalan dengan rakus sekali.... Ketika kelajuan hampir 170km/h mulut aku tergangga dikepak angin, nak katup terpaksa slow down balik haha....

Kisah moto kita letak tepi dulu, kita alih tajuk utama yang menghangitkan peminat Casio seMalaysia.
"San, ko ada Casio Eminem tak?" tanya kawan aku beberapa bulan lepas.

 "Keparat betul la! Dia nyanyi tapi tangan duk tunjuk pakai Gshock!" bengangnya lagi. Sebetulnya ramai bertanyakan aku model ni , tapi memang payah jumpa! Kalau cari pun jumpa kat internet jer hehe.

Kedua-dua model ini popular kerana menjadi 'model' dalam video klip artis antarabangsa...

Memang lawa, semua rakyat Malaysia sukakanya...

Putih, merah dan skrin kebiruan...

Model klasik yang tak pudar sehingga sekarang.

Inilah yang eminem pakai.

Digital  padan dengan konsep lasak.

Kalau mata kata cantik apatah lagi tangan yang memakainya...

Sebagaimana hitam atau merah, putih juga sangat garang.

Lewat petang ketika perjalanan ke ibukota aku singgah di sebuah masjid indah di kuala sungai Muar,  berkelana ditebingnya sehingga senja lenyap... Alhamdulilah, hanya dibandar kecil ini Casio itu berjaya aku jumpai.

Monday, April 16, 2012

TEST DIRVE 'TIGER' H556-5029! (RM750)

Jentera peragut nyawa kelahiran German 70 tahun dulu. Ketika itu suara enjinnya bisa membasahkan seluar musuh kelilingnya,...

...sebiji Tiger 60tan ini bisa meratakan sebuah kampung menjadi padang jarak padang bola. Namun begitu Tiger ini sangat takut pada anjing! Sehinggakan tentera German terpaksa menembak setiap anjing yang dijumpai berkeliaran. Kenapa Tiger takutkan anjing? 

Diceritakan banyak kereta kebal German dimusnahkan oleh skuad anjing anti-tank. Dimana anjing-anjing 'terlatih' pihak musuh (Russia) akan memburu tank-tank tersebut dengan berlari masuk dibawahnya berserta sebiji bom yang terikat dibadannya, suis bom akan tersangkut dibawah tank dan menjahanamkan mereka semua. 

Sebetulnya anjing-anjing yang kelaparan itu berlari mencari  tank (Tiger) kerana menyangka dibawah setiap Tiger itu ada chicken chops. Mereka dah lama dilatih begitu oleh pihak Rusia dimana mereka dibiarkan kebulur dan setiap kali dinner time mereka di ajar mendapatkan chicken chorp yang sedia diletakkan hanya dibawah model tank German itu.

Maka berbesar hati aku menganggap model Seiko ini juga sebagai 'TIGER'! 

Keliling kepala tank ada 3 muncung meriam yang berfungsi. Bezelnya sedikit calar akibat serangan peluru anti-tank yang dihala bertubi-tubi. Ini menambah haruman klasikalnya.

Dalam gelap lumi  indek menyala lagi...

Jentera era 80-an ini masih utuh terpelihara kerana  kualitinya.

Era ana-digi yang popular era 80-an dulu.

Istimewanya jam-jam gaya military ialah ia tak akan 'buruk' walau dilenjan dan disagat. Bahkan celoreng dan calar menampakkan ia lebih kelihatan 'militar'.

Istimewanya kini semua Tiger ini dah bertaraf klasik vintaj...kini model lagenda ini menjadi kegemaran para kolektor mesin-mesin ganas.

Bersiar-siar bersama 'Tiger' ditengah-tengah dunia hari ini memberikan pengalaman yang berbeza... Perbezaan yang membuat kita sedikit teristimewa....

Thursday, April 12, 2012

EPOS DIVER TERBAHARU HUHU...

Selamat menyambut Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu 11hb kelmarin. 

Dan pada hari yang sama juga sebahagian bumi nusantara digegarkan oleh gergasi laut Tsunami yang kesan gegarannya sampai ke tapak kaki aku, terasa 'pening lalat' seketika tapi alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku.

Syukur Ilahi, maha kaya sifat-sifatNya maka terciptalah dari tangan manusia segala yang baru di alam ini bahan buat kita memujiNya. Dan satu darinya adalah Epos diver ni!

"Macam jam lama" kata isteri aku sebaik aku sua-suakan tangan aku depan wajah ayunya.

"Apa bestnya jam ni?"... Nak dipendekan cerita begini, aku memang meminati jam-jam diver yang mempunyai reka bentuk klasik lagi bersahaja, tak terlalu sporty atau menjolok mata, maka itu wajah era 70/80-an menjadi igauan aku bagi mengapai ilham dan nikmatnya..

Dan sepekara lagi rekabentuk sebegini lebih tahan lama dan panjang usia. Tak risau untuk disimpan lama. Makin lama simpan  semakin seronok di pandang.

Ketiga-tiga jarum 'hilang' pangkalnya, ini menjadikan dial tampak lebih lapang dan  mata terasa aman damai melihat detiknya.

Model baru ini dipukul oleh enjin ETA 2824-3.

Datang dengan brecelet.

Bezel merah/hitam ciri-ciri diver klasik yang aku gemari, gaya seksi era 70-an...

...dan bezel inilah yang meracuni aku.

Lebih garang dengan tali kulit, bersedia untuk menerkam mangsa disekelilingnya dengan perlahan... (RP +RM2.6K). Epos nama yang smakin mahal, menjadikan  tempoh bertenang untuk memilikinya menjadi semakin panjang...