Saturday, February 25, 2012

SEIKO 6309-7049 (SOLD)

Begitulah kehidupan sekalian manusia dimuka bumi yang beranika warna menghiasi alam maya ini.  Manusia mengkagumi dirinya sendiri bahkan teruja dengan kebolehnya melalui perkataan yang kerap keluar dari mulut mereka. "Wow! canggih ini ?" atau "Wah! hebatnya itu!" atau "Ishh! kejam betul!" dan bermacam-macam lagi ketakjuban ciptaan yang lahir dari keunikan kuasa manusiawi mereka.

Jangan korang terkejut atau terpengsan kalau aku kata skru tayar lori yang jelas ini sebenarnya bersaiz...

...0.03mm aje! Tersangat halus, sehalus tugau yang suka main nyorok-nyorok di anggota kelengkang tu. Nak belek sendiri tak nampak, jadi terpaksa le mintak bantuan emak hehe...kisah masa kecik-kecik dulu. 

Tengok perbandingannya dengan sehelai pensil tu... emm sehelai? teruknya bahasa aku...

Kalau tayar pancit memang takde spanar nak bukak skru tayar tu.

Macam bas rollercoster 'Tong Foong' yang pernah aku naiki untuk berulang-alik KL-Serdang 1980-an dulu. Kelajuan di jalan berlubang-lubang je dah 120km/h, fikirkanlah kelajuan maksimanya kalau bas ni dapat masuk litar F1 Sepang. Setereng bas sama besar dengan tayarnya, batang gear panjang dekat 3 kaki, time bas bergerak kepala gear terhuyung hayang kalau tak cekap memang payah derebar nak tangkap haha.

Lori pick-up kecik gila, bagi kekawan yang suka 'melombong' aku cadangkan model ni untuk kerja-kerja mengangkut, tong belakang muat untuk angkut taik idung satu trip, jimat kos minyak...merapu marang sekunderrr hehe.

Errr...Kalau yang ni kena 3-5 kali trip kut?

Spesis skuter ni... kalau Proton keluarkan model serupa ni tentu laris, boleh guna buat ulang-alik kerja, tambah sportrim lagi cun.

2 skala berbeza... yang sebelah kanan tu kecik sangat, terpaksa pegang guna hujung jari jadi jangan sepah-sepah kat lantai, takut baby tertelan pulak...

Semua muat ditapak tangan aje. Model-model kecil begini sangat digemari oleh kebanyakan kolektor Jepun dan Hong Kong kerana tak perlu pening soal 'parking' yang terhad dan mahal dikota.

Lori kontena, halus buatanya

Dengarnya 6309-7049 ni pasaran Eropah dan Asia Barat, sukar ditemui di perairan Selat Melaka.

Kuning patina pada indek dan jarum buat ia lebih jelita.

Apa tunggu lagi!....'JAPAN' mali! (RM680-SOLD OUT!)

Saturday, February 18, 2012

KS Hi-BEAT! (RM1000)

Wajah indah seindah-indahnya, Seiko KS antara buruan orang diserata dunia.
KS atau King Seiko memang dicipta sebagai King bagi seluruh jam Seiko, maknanya tiada yang mampu mengatasinya kecuali yang setaraf dengannya iaitu Grand Seiko.

Dah namapun King maka gaya duduknya umpama raja yang bersimpuh disinggah sana.

Dial bercorak halus umpama kain tenunan.

Detikan jarum saat yang sangat meyakinkan...

Bentuk yang selesa dipandang.

Kalau bubuh tali kulit mungkin KS lebih selesa memaut tangan...



Seiko KS, merupakan 'King' terakhir sebelum ia hilang dalam lipatan sejarah. Kalau tuah ayam di kaki maka tuah orang ditangan...maka siapalah orang yang bertuah menyarung 'takhta' Seiko ini?

Thursday, February 16, 2012

Bila anak bulan Ramadan kelihatan dilangit...

...itu tanda wajib berpuasa yang juga ibadah utama umat2 terdahulu . Tapi bila anak bulan kelihatan di Detikduabelas itu menandakan tanda-tanda terpaksa berpuasa kerana gaji awal bulan langsai  bakal buat beli jam...mungkin hehe.

Anak bulan ...

...DALIL

Apasal gelap ni? Lampu stadium Terengganu padam lagi ke?

Jangan buat andaian tak berasas ye, sebenarnya jam ni memang berkulit gelap...

...bahagian sulitpun gelap.

Kedudukan alat sulit terpencil, dengan warna itam sedondon kalau tak biasa memang tak jumpa...

Kompasnya sesuai buat berjalan-jalan jauh.

'Anak bulan' Dalil dah 40 tahun tak muncul dipasaran kerana jenama ini memang dah pupus lama dan payah nak jumpa sebaik ini...

..apatah lagi model diver PVD ni yang dianggap sebagai NOS (New Old Stock)

Kompasnya sangat berguna buat menentukan arah kiblat, bahkan boleh juga diguna seperti kompas2 biasa.

Tuesday, February 14, 2012

Menikmati pemandangan indah ...

BAGI SEGELINTIR orang menikmati pemandangan yang indah mungkin dengan melihat laut yang terbentang atau bukit-bukau yang luas. Sebaliknya para penternak jaya menikmati pemandangan indahnya pada sesuatu yang terbentang ditapak tangannya, iaitulah JAM! 

Khasiat Omega tak payah le nak aku perkatakan lagi. Semua penternak tahu kemujaraban jenama keramat ini. Di persidangan mini H4U beberapa bulan lepas aku temui dua model speedmaster  berlainan, masing2 milik dua orang penternak tegar dari Utara.

Sebulan sebelum itu model ini dah mula menghangitkan pentas FB dikalangan penternak tanah air.  Ini menimbulkan suasana panik dikalangan mereka sehingga ada yang minta aku carikan model tersbut buat penangan kawan-kawannya...

... "San tolong carikan aku speedmaster satu, tak pedulik 2nd hand, 3rd hand atau back-hand, janji cun melecun" begitulah rayuan berserta gelak tangisan seorang kawan yang turut membuat aku sebak dan menitiskan air liur bila melihat imej googlenya.

... Model chrono omega terlaris...Fuhhh!

...mengekalkan ciri-ciri kebaratan yang halus.

...speedmaster dengan logo emas kudakepang sempena 50th anniversary, payah dapat nih.

Ciri-ciri klasik yang masih terpelihara hingga kini...

Kalau korang tanya aku apakah tempat yang mempunyai pemandangan terindah di dunia?  Tentu sekali jawab aku ialah Omega  Speedmaster...

Monday, February 6, 2012

Hitam putih hari Sabtu...

Aku dah berpindah ke Sungai Buloh, dulu di Puchong kami tinggal kat rumah 8 tingkat dan kini tinggal kat rumah 2 tingkat je. "Apartment tinggi, penat naik tangga..." Begitulah peluhan hati  dan alasan isteri untuk berpindah rumah teres walaupun sebenarnya dia tak pernah guna tangga pun kerana apartment kami ada 2 buah lif yang cekap berkerja macam bas mini KL 80-an dulu. Kini di rumah teres 2 tingkat, tiap2 hari mesti merasa tangga, tertinggal kunci atau jam terpaksa pakai tangga, kalau dihitung2 rasanya dalam sehari 88 tingkat KLCC kami dah lepas...emm.

Hari Sabtu dikala kaum muslimin dan muslimat membuat persediaan menyambut raya maulidul rasul dengan selawat dan hidangan rendang, kerabu dan chicken chop, aku membuka beg koleksi  memilih jam apakah buat teman dikala berkerja keseorang di opis nanti. Setelah mendapat persetujuan ahlil keluarga aku pilih Seiko Panda!

Ciri-ciri teman sejati sangat jelas pada wajahnya, putih dan hitamnya merehatkan mata apabila dipandang.

Ketika memandu jam begitu 'terasa' di tangan, cahaya sang suria (ewahhh bahasa...) tambah menyilaukan.

Sebetulnya 2 subdial seiko panda berwarna kelabu dengan sikit kebiruan, kalau kata aku tipu cuba le korang belek dekat-dekat.

Satu-satunya model chrono yang evergreen, bahkan kalau di beri aku dua pilihan antara wang beribu dan Seiko Panda nescaya aku akan pilih wang...hehe

Bertuah sesiapa yang sempat memilikinya kerana model ini dah lenyap dari pasaran.

Peluang korang nak tengok panda mungkin datang setahun sekali, iaitu ketika para penternak berlonggok di majlis H4U aje.

Begitulah sabtu aku di opis dengan seketul jam pujaan hati buat kawan 'bersembang' haha...

Jadi, nasihat aku pada kekawan semua, bawa le seketul dua jam ketika berkerja buat tatapan dikala kelemasan di opis, kerana wajah-wajah ini bisa melelapkan seketika rasa keletihan.