Sunday, January 29, 2012

MAMBANG LAUT!

Model yang dah berkurang dipasaran. Masih teruna suci, tali pusat pun tak potong lagi!

Hitam/putih/merah! Bukan model baru, tapi aku tukar dial (ORI!) untuk nampak sikit kelainan dan ke-alien-an. (RM950)

Yang ini pula lebih seram dengan strap benang merah!..Ayuh! (SOLD OUT)

Wednesday, January 25, 2012

TUDOR PRINCE DATE

TUDOR nama yang paling merdu bunyinya. Bahkan kalau ditanya orang "Jam apa sedara pakai tu?" maka dengan bangga dan girang hati aku akan muncungkan mulut depan mukanya menyebut "TUUU...DOR" (mesti dia benggang) hehe...

Dengan gaya sebutan sedemikian pasti kawan tu ingat sampai akhir napas haha...

...tapi kalau awek cun tanya jangan korang sebut buat gaya aku tu! Panggg!.....satu das pelempang melekat kat muka, hehe padan muka.

Sungguhpun berusia lebih suku abad harga dan nama Tudor ni masih mengerunkan, Tak pernah padam meski pun sedikit dan jarang dipakai orang.

Maksud aku korang terpaksa keluarkan wang tabung 'haji' sebanyak RM5,500 untuk mendengar kemerduan detikkannya ditangan sendiri!

Tudor ini adalah kaum kerabat Rolex. Nak tau bukti DNA, punggung ada tulis ROLEX, "Kalau ponggong licin aje kira tak ori la?" haha lawak kawan aku...

Walaupun begitu, TUDOR memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakannya ia dari ROLEX.

Gaya militari yang nampak tambah cantik bila lusuh, calar dan berusia.

Sememangnya jam-jam militari mesra ditangan sepertimana jam diver. Kerana ciri lasaknya membuatkan kita tak risau keluar bersiar dan berkerja bertemankannya.

Thursday, January 19, 2012

ORANG MINYAK KAMPUNG LAKSMANA DITANGKAP DAN DIBOTOLKAN!

Baru-baru ini gempar kisah orang minyak merayau di kampung Laksmana, Selayang. Penduduk kampung berminggu-minggu dalam ketakutan. Namun berkat ikhtiar seorang tok moh akhirnya hantu orang minyak berjaya ditangkap dan disumbat dalam botol.
Jadi kalau korang terjumpa botol lama terapung-apung di parit atau sungai jangan tergesa-gesa dibuka, sebaliknya intai dulu apa isi dalam (kalau botol kicap mungkin susah sikit nampak la). Kalau botol tertutup tapi dalam 'kosong', itu mungkin ada 'benda'.



Atau, botol tertutup tapi dalam nampak kelibat lembaga pelik, berkepala tapi takda muka...seram! jangan try nak buka, baik campak semak aje... 

Saturday, January 14, 2012

ORANG MINYAK muncul di Sungai Buloh!

 Jam 11.00 aku terbangun! terdengar bunyi pintu pagar rumah aku digoyang satu lembaga yang tak dikenali,  "Asalamualaikum!" berulang kali, setelah menjengok melalui tingkap...

...terlihat seorang lelaki berdiri memegang bungkusan? Laa... Posmen Poslaju rupanya. Sebaik ia menyerahkan bungkusan misteri aku terus kedapur capai parang dan merobek-robek bungkusan tersebut, sememang itu cara yang tak berakhlak tapi apa nak buat ... hati tak sabar nak tengok lembaga misteri yang diperhebohkan sejak kebelakangan ini.

Fuhh! memang seram! Badan hitam dan perang (rose gold) berkilat.

Indek minit halus berwarna kelabu perak dengan muka dial coklat berkilau.

Plastik 'Tuna can' dan strap berwarna coklat dengan casing hitam pvd.

Dipalu enjin terbaru 3R36 yang menjimatkan minyak.

Bezel solid st.steel berwarna perang, sangat cantik dipakai ketika cahaya terik.

Tangan seiko tuna dan jari 'Menara KL'.

Mungkin lebih sesuai dengan strap kulit hitam atau coklat.

Dengarnya model ini mungkin tak sempat korang jumpa dipasaran kerana  awal-awal dah dicekup penternak sebelum sempat ke ruang pameran kedai.

Memang mantap, tapi sayang sejuta kali sayang, casing protector dari plastik lembik, walau bagaimanapun itu bukan penghalang napsu. Sekalipun orang minyak keluar dimalam hari memburu gadis sunti (..err kalau nafsu songsang mungkin teruna dia rembat jugak) 'orang minyak' ini juga mejadi buruan ramai bomoh jam.  (RP: RM1680)

Thursday, January 12, 2012

Pendaratan Epos digurun Mars...

Apakah Mars sesuai untuk kehidupan manusia? Persoalan yang masih belum mendapat jawapan sempurna dari para saintis NASA yang masih mengkaji data-data yang dihantar oleh robot Viking Landernya yang hidup sendirian disana.
Walaubagaimanapun jentera Epos aku yang selamat mendarat di sana mungkin dapat membantu memberikan maklumat penting yang diperlukan...hehe.

Permukaan planet berpasir jadi takda masalah nak buat rumah kat sana, cuma bawak air dan simen aje hehe.  Jika jentera Epos ni takda masalah menghadapi iklim disini itu petanda kita manusia boleh hidup dan beranak penak disana.

Sejam mendarat dibumi Mars degupan jantungnya lancar seperti biasa, emmm...maknanya aku pun dah boleh turun la ni...

...hehe nasib baik aku bawak moto, bolehlah ronda-ronda sekitar Mars bersama Epos Submariner.

Pada awalnya model ini tak laku dipandangan mata aku kerana saiznya besar (44mm) berbanding jari aku, tapi bila setelah masak difikir ia sangat 'simple'! Betul bagai dikata 'Tak kenal maka tak cinta', namun yang buat aku tambah semangat memilikinya adalah kerana model ini sudah dilupuskan pengeluarnya.

...maknanya model ini dah mula memasuki 'THE RARE ZONE'! Alam (zone) yang dipenuhi lembaga-lembaga misteri yang bakal membuat para penternak jam tak lena malam maupun siang.

Wajah penuh kesederhanaan, dan gaya tak menunjuk-nunjuk... tapi kelihatan mantap!
...Tapi saiznya sangat menjolok mata yang memberikan perbezaan ketika melilit tangan.

Melihatnya dalam terang cahaya angkasa memberikan pandangan mengkagumkan...

...itulah yang membuat hati aku tak tertahan.

... satu-satunya dari banyak model Epos yang berjaya mendarat di gurun hatiku yang gersang...asa baeekkk hehe.

Jom kita layang lagu lama popular Jay jay tahun ni... lagu time aku duk bujang trang tang-tang.

Monday, January 9, 2012

OFFER! OFFER! KONG XI FA CHAI OFFER!

 THONG! THUNG! CHENGGG...

TISSOT! RM330 (Full ori)

Seiko 7009 RM230

SEIKO 6300 (SOLD)

SEIKO LORD MATIC RM280

MIKI (SOLD)

FORTIS (SOLD)

Saturday, January 7, 2012

Pisang emas di bawa belayar...

...masak sebiji atas peti..
..Inilah sebijik seiko 7006-8030 terbaik pernah aku jumpa keadaannya...

...sepanjang bergelumang hidup dengan Seiko hanya yang lapuk dan lusuh aku temui.

Spesis ganjil 7006  ni sangat sukar ditemui dan paling  tinggi nilai buruannya. Tak sempat nak aku berbulan madu dah ada jejaka seberang yang mengintai...aduhhh.

Memiliki bentuk bezel tercantik didunia (err...menurut kata penternak-penternak Seiko)

Terlampau cantik sampaikan aku hanya letak di atas dashboard kereta aje ketika memandu, haha senang nak tatap kemontokan tubuh munggilnya.

Gigi bezel cantik...

Beginilah cara aku menilik jam, letak ditapak tangan sambil mengerak-gerakkan 5 jari, setiap jari umpama juri hakim yang memberikan markah sebelum aku membuat keputusan muktamad tentangnya.


Thursday, January 5, 2012

Sengatan berbisa! (RM800)

Aduh... kesan bisanya meninggalkan parut dipergelangan tangan yang payah nak dihilangkan, sapu minyak gamat, minyak lintah, minyak petrol pun tak hilang. "Binatang apa yang menyengat sampai jadi macam ni?" Haha pertanyaan yang bijak...

Spesis yang sukar ditemui lagi akibat pemburuan haram yang berleluasa. Kepala maupun ekornya dah jadi bahan perubatan tradisional yang dikatakan mujarab menyembuhkan pening kepala, lenguh pergelangan tangan serta masalah makan tak kenyang (atau mandi tak basah) para penternak jam.

Mempunyai 2 batang ekor kasar yang mencengkap mangsanya dengan kemas sehingga berbekas.

Kepala keras dan berat. Mata biru dengan gigi-gigi yang runcing disekeliling dial.

Spesis ini 99% masih baru yang aku pancing dari kolam seorang penternak beberapa hari lepas, hanya sempat pakai 3 kali aje menurutnya. Dua hari aku pakai buat melepas gian pada model berenjin 7s26 Seiko ni. Model automatik pertama Alba yang bertahun dah dihentikan pengeluarannya. "Mantaray lebih mantap dari diver 7s seiko sendiri" komen seorang penternak yang pernah merasai bisa cengkamannya.

Sekor lagi spessis 7006-8030 yang paling cantik pernah aku temui! nantikan...

Tuesday, January 3, 2012

OHH MEGAH... OMEGA CENTURY

Insan yang baik memang baik dalam maupun luarannya, baik dikala senang maupun susah, baik ketika dilempar puji maupun inaya . Apapun tekanan mereka sentiasa manis mulut dalam berkata-kata. Setiap perkataannya hemah dan cermat, tak keluar dari lidahnya perkataan-perkataan cerca , buruk dan busuk., Zikir lidah yang naik ke hati dan juga sebaliknya, sehinggakan seluruh tubuhnya berzikir biarpun ia tidur. Apakah rupa zikir hati? Pelajaran yang tak bersudahannn...

Kita tinggalkan itu seketika dan kita beralih kepada hal-hal keduniaan pulak hehe..
Omega Century sub-second model yang aku sukai.

Ringkas dan sangat sarat dengan gaya klasik!

Memiliki satu cukup  gah menghiasi tangan dan penghulu buat koleksi yang lain.

Injen kunci yang berpuluh tahun masih gagah mengukur masa...

...keupayaannya ini seharusnya disegani oleh model-model enjin bateri hari ini.

Amat cantik dibuat hiasan di...

...kotak jam hehe. 

Berbalik pada bicara diatas, aku teringatkkan satu pesanan  dari teman buat teman, katanya "Solatlah diatas sejadah yang lebih luas, iaitulah diatas kehidupanmu sendiri..."