Friday, October 28, 2011

JUNKER! Aduhh terjungker aku!

'Junker' dalam bahasa jawa bermakna tersungkur. Jadi mungkin nama jam ni diambil dari bahasa jawa hehe... hebat!

Junkers chronograph...Ini satu-satunya model yang buat aku terjungker... (RM2119)

Junkers W33 yang menggunakan enjin pesawat W33 jugak... Semasa perang dunia kedua pesawat ni banyak menjungkerkan pesawat tentera bersekutu... emmm

Selamat berjauhan sayang...  Kalau makan ayam KFC jangan lupa aku di sini... hehe.

Wednesday, October 26, 2011

SEMALAM DI MALAYA...


"Farhan! tengok Auji belakang tu, tangga tinggi nanti tegolek karang!" Jerit aku ketika melihat putera-putera aku mendaki tangga Muzium Negara semalam. Dah 33 tahun aku tak ziarahi Muzium ni, tapi hati tergerak nak bawa mereka kemari apabila aku terjumpa soalan dalam buku teks sekolah mereka yang bertajuk 'Ceritakan pengalaman kamu melawat Muzium Negara bersama rakan-rakan'.

Terfikir aku, bagaimana dia nak membuat karangan bertulis jika kemari pun tak pernah? Tentu 'isi'nya kosong walaupun penulisannya bergaya dan panjang berjela. Kerana dalam ilmu, 'pengalaman' lebih utama dari 'kefahaman'.

Antara bahan pameran ialah era pembentukan Malaysia, dimana kemakmuran Malaya di bentuk dengan bahan-bahan diatas, iaitu ribuan jentera perang seperti kereta perisai termasuk senjata senapang dan juga bom. Darah dan air mata tentu tak terjumlah banyaknya... Hari ini semua tinggal dalam sejarah buat tatapan putera aku Towbakalahari. Melihat bahan pameran ini agar dia ketahui perbezaan Malaya dan Malaysia hari ini.

'SEMALAM DI MALAYA' (klik) nanyian D'llyod. Lagu ini mengambarkan hubungan dan kerinduan pada wajah silam...Malaya. Raut wajah yang penuh nostalgia.

Boleh jadi Omega Seamaster ini ingat sejarah itu, atau sekurang-kurangnya pernah menemani tangan para pejuang.

"Keciknya basikal ni ayah!" Haha, basikal yang digunakan ketika tentera Jepun menawan Malaya. Bila tengok saiz basikal tu barulah dapat aku gambarkan fizikal askar-askar Jepun dulu seperti kata datuk aku, kecik-kecik!

Banyak keistimewaan pada model silam ni.

Logam tembaga sebahagian struktur dalamanya.

Jarumnya memang cun... boleh masukan benang buat jarum menjahit seluar.

Firas Auji memang suka keretapi! Keretapi zaman pemerintahan British ni menggunakan enjin arang batu, macam strika lama...

Enjin seamaster ni berdesup kencang, biarpun dah berkhidmat melebihi tempoh pencen.

Honda dan Land Rover antara kenderaan yang popular dulu-dulu.

Serupa la dengan Omega... sehingga sekarang masih disebut-sebut dan ditangisi orang.

Kebun getah sebahagian dari hutan! Tempat gerila komunis main nyorok-nyorok, penoreh getah kerap menjadi mangsa kekejaman. Nak lumpuhkan ekonomi mereka tetak pokok dan tangan penoreh getah. Menurut nenek aku, komunis lebih ganas dari harimau.

Satu lagi model Omega yang mengaburi mata, Omega Dynamic yang dulu sangat popular kerana bentuknya.

Geneve...

Keretapi diesel yang aku gerun pada bunyi enjinnya ketika melalui landasan. Jentera pengangkutan paling berkuasa di darat.
Keluar dari Muzium terasa bagai berada di 'Malaya' iaitu suatu wajah yang tak lagi dikenali generasi muda hari ini. Itulah 'nenek dan datuk' negara Malaysia hari ini.

Serupa juga ini... masih berkuasa hingga kini.

Tuesday, October 25, 2011

SEIKO MARINEMASTER 300M

Maaf, aku tak sempat berceloteh panjang kerana urusan dunia yang menyibukan aku sejak kebelakangan ini. Tapi wajah tulus mulus Seiko MM300 cukup memberikan korang keadaannya.




Samurai dibelakang tu adalah bodyguardnya je...
Box set siap dengan tali rubber dan bereclet ori! jangan risau, kotak kuning/hitam pospex turut sama memeriahkannya berserta surat beranaknya.

Legenda!

Saturday, October 22, 2011

Permata Seiko!

Dah layak disimpan cara ni.
 Nak pakai baru buka dan sangkut strap, lepas pakai tanggal strap dan simpan semula... hehe julab perasa coklat.



Gandingan artis baru dengan artis veteran, kedua ni di gelar para penggila Seiko sebagai Seiko Calculator...
Rasa-rasa mana pilihan korang?

Monday, October 17, 2011

TITONI AIRMASTER ! (SOLD)

Sebaik terlihat Titoni ni ditangan seorang kawan, tanpa kekerasan aku minta dia tanggalkan kejap. Crown, jarum dan h/bulan merah... "Jual kat aku!" terus aku paksa dia jual! Tanpa banyak cakap dia setuju dan ketika pulang aku rasa berbahagia setiap kali membuka genggam tapak tangan melihat titoni klasik ni. 

Lug Titoni ni mirip Omega Seamaster dan banyak persamaan, mungkin mereka berdua satu emak lain bapak err...

Tengok bagaimana lug halus bagai tali dipulas.

Otai Radzi kata ini berpandukan bentuk crown ini antara model awal Airmaster dan 2 bulan aku tinggalkan jam ni untuk dia periksa dan perbaiki bahagian dalamnya yang dah berusia.

Tali kulit menampakkan keseluruhan bentuk casing berbanding brecelet.


Enjin rotomatic 25 jewels, kira canggih la dizamannya.

Keseluruhan dalam keada asli semua.

Saturday, October 15, 2011

WARUNG KAYU DI TENGAH HUTAN!..

TISSOT SEASTAR SEVEN...sebelum tu...


Hehe... aku terkenang kisah 18 tahun dulu iaitu etika aku tinggal dirumah bujang bersama kawan-kawan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aku bersama kawan serumah sewa van untuk melawat seorang kawan di Kelantan. Penuh satu van kami bertolak jam 9.00 malam. Sekitar jam 2 pagi dilaluan sunyi sepi tiba-tiba tali perut aku macam dipulas-pulas.  Sebenarnya dah berjam-jam aku bertahan tapi kali ini aku terpaksa minta abang Din berhenti dimana-manapun asalkan ada jamban! Dah tak tahan sangat nih!

Akhirnya aku nampak satu warung tepi jalan dan minta abang Din berhenti, dengan sebotol air aku melompat keluar mencari tandas disitu. Dalam keadaan agak gelap aku nampak tandas jauh dibelakang warung. Tandas kayu yang tak sempurna dikelilingnya semak, Aduh...sakit punya pasal aku terus mencangkung aje didalam! ular maupun jembalang aku tak pedulik dah.

Selesai melepas aku melangkah masuk ke van, semua masih tidur sementara abang din menyandarkan kepala dikerusi pemandu, setelah van bergerak dari jauh aku pandang semula kebelakang melihat warung tadi, masyallah...  rasa seram pulak! Hanya pokok-pokok dikelilingi semak samun! Mana warung usang tadi? Baru terfikir, kenapa ada warung di tengah-tengah 'hutan' ni? Sampai sekarang aku dan abang Din tak tau nama tempat tersebut.

Tapi aku dengar ada pemandu yang sempat makan 'mee bungkus' disitu, kelihatannya dia pelanggan terakhir sebelum tuannya tutup warung, tapi setelah bayar dan masuk ke kereta dia terasa keliling gelap gelita, warung itu pun tak kelihatan langsung, yang nampak hanya pokok dan semak samun  sekeliling!

Hehe... aku teringat kisah kawan aku Man Kurapat yang melalui pengalaman masam serupa aku. Selesai melepas baru dia teringat air nak buat cuci, kepala paip tak jumpa dalam jamban kayu tu, jadi terpaksalah kami hulur batu yang ada disekeliling untuk dia beristinjak. "HADOI!!!" tiba-tiba menjerit sambil melibas-libas punggung, tak perasan time beristinjak keluar banyak semut dari batu tu hehe...

Tissot Seastar Seven ni milik seorang kawan jam. Aku layan ketika minum petang bersamanya.

Cantik dan menarik bila diikat ditangan.

Design vintage sangat nyaman dipandang mata. Warnanya semakin teduh, kelusuhannya itu mententeramkan pandangan...aduhaii

Tuesday, October 11, 2011

LACO

German mempunyi ratusan jenama jamnya sendiri, tapi jarang jumpa dipasaran sini. Nama-nama jam mereka ni pelik-pelik belaka seperti Ruhla, Junghans, Junkers, Kadloo, Kronsegler, Kurth dan yang menambat tangan aku kali ini adalah Laco...

Laco type b mempunyai dial mirip meter kapalterbang lama dengan nombor indek berlapis. Setiap jarum ketara panjang/pendeknya mengikut saiz diameter indek masing-masing, dan jarum saatnya tersangat panjang! Nasib baik  'kipas' pesawat Laco ni diputar enjin berkuasa Miyota.

Kehijauan yang menampakkan gaya klasik military. Untuk menampakkan mode berbeza aku gayakan dengan zulu berbeza warna (sila lihat peta dibawah).

ijau taik lembu...

...kelabu taik hanjing

...dan oren.

Agak besar jam dan agak semak dengan garis dan nombor, kekadang payah nak tengok waktu paparannya.

...dan strap asal yang tebal gila, butang dua kat pangkal tu aku tambah tak kenan.

Aku bubuh tali biasa je.. kelihatan lebih santai.
Strap biasa ni lebih selesa, lembut buat tangan aku yang kurus ni. 

Sebut betul betul...
LACO (Koleksi peribadi ye)