Wednesday, September 28, 2011

Mak mertua Kasim Selamat ke-JAM!

Teringat aku kisah sedih dalam filem 'Ibu Mertua ku'. Memag kejam tindakan Mak Dara yang sanggup menghancurkan rumahtangga anaknya yang bersuamikan Kasim Selamat seorang pemuzik kampung...sedih. Sewaktu filem ini ditayangkan dipawagam 50 tahun dulu ramai penonton turut menangis teresak-esak dan ada juga yang meraung sedih di pawagam kerana terlalu sebak.

Aku percaya, jam era 60 dulu kecik-kecik berlaka, lagi kecik lagi bagus kerana ia kelihatan seperti gelang tangan perhiasan wanita seperti yang dipakai Mak Dara agaknya.

Seiko BFS (Big Freakin Seiko) ni bersaiz 44.5mm! Pada awalnya aku tidak begitu minat pada model ini, Tapi perasaan cinta semakin dalam apabila mengetahui model gedabak ini sudah lupus dipasaran.

Dial biru ini sangat cantik...

Agak susah jumpa apatah lagi yang biru ni...

Angka 12 terbelah? Tang ni aku tak minat!

Crown dan ring dial seragam.

Jam besar buat dial lapang dan luas...rasa aman memandangnya.

Nah.. Korang tengoklah puas-puas buat penenang jiwa.







(Koleksi peribadi yek...)

Saturday, September 24, 2011

Sunyi tiba-tiba! Serammm....

Memang seronok berkemah di pinggir hutan lipur. Suasana nyaman, deruan air sungai dan riuh bunyi burung dan serangga memberikan ketenteraman dan suasana sekeliling yang berbeza. Peristiwa berlaku pertengahan 1985, seorang kawan aku bersama beberapa rakan lain merancang berkemah di pinggir sebuah hutan lipur di Perak selama 3 hari 2 malam....Tapi tak sampai sehari mereka dah lipat khemah dan balik! Tau kenapa?? Ini ceritanya...

Petang sampai di hutan mereka terus dirikan kemah ramai-ramai, masak air dan siap mandi dan balun maggi. Esok mereka nak buat jungle tracking, 8.30 malam sebelum tidur mereka sembang-sembang diluar kemah depan unggun api yang masih berbaki nyalaanya. "Ehhh, apasal lain macam aje ye?" Tanya seorang kawan. "Ye lah, rasa sunyi pulak ..." perasan seorang teman lain. Keadaan sekeliling hutan yang riuh-rendah dengan suara serangga dan haiwan kecil itu tiba-tiba semakin lenyap dan sunyi, sunyi sesunyi sunyinya.

Peliknya daun-daun pohon sekelilingpun macam terdiam. "Jom jom masuk kemah" seorang kawan yang terasa tak sedap hati. Semua mereka masuk dalam kemah, 2 /3 orang  capai bantal sambil sembang. "PSSSSSTTTT... diam wei!" bisik seorang kawan sambil mara mengintai keluar melalui jaring tingkap kecil di tepi kemah.

Dalam suram cahaya bulan mereka nampak suatu lembaga putih berambut panjang 'terbang' pelahan diatas semak-semak melintasi suatu kawasan berhapiran khemah mereka...!

Kawan aku lihat 2 lembaga lagi mengekori lembaga pertama. Suasana seram lagi mengerikan itu berlaku selama 15 minit. Peliknya setelah lembaga itu hilang dicelah-celah kegelapan rimba keadaan sekeliling riuh seperti biasa dengan bunyi serangga keliling. Yang pastinya malam itu semua tak lena. Terbayang difikiran kalau-kalau lembaga itu menngintai-ngintai atau mencakar-cakar khemah tambah mereka tak tidur sampai ke pagi.

Friday, September 23, 2011

Bergaya melihat waktu...

Kata kawan aku " Nak tengok waktu jam RM10 pun dah ok, tak perlu bazir beli yang mahal-mahal?"...Korang setuju?
  Bila tengok dia pakai Kia Forte, macam nak tanya dia balik "Sekadar nak pergi balik kerja viva tak sampai ke? Kenapa bazir beli kereta mahal2? Siap sport rim rega beribu, rim ratus-ratus RM roda tak pusing ke? Ahh..selera tekak masing-masinglah.

Hobi mengumpul jam ni samalah juga dengan aktiviti hobi-hobi lain yang memakan belanja dan masa. Biasanya ramai kolektor pandai mengurus hobinya apatah lagi jika seleranya semakin mahal. Ada sesetengah penternak yang membuat akaun bank khas untuk tampungi kos minatnya, suatu tindakan yang baik demi memanjangkan usia hobinya.

 Model ini memberikan gaya istimewa setiap kali aku mengangkat tangan melihat waktu.

Nautica Worldtime model 2005 kalau tak silap aku. Jam digital elektronik dimana masa/waktu sesuatu bandaraya ditunjukkan oleh jarum-jarum yang bergerak secara automatik mengikut zon/bandaraya yang dipilih. Tengok tu, jarum minit/jam bergerak bagi menunjukkan waktu bandaraya pilih.

Tak seperti jam biasa crown boleh ditekan seperti butang jam digital untuk light/set/fwd/bwd. Canggih. Melihatkan pada indek bertingkat-timgkat pada muka dialnya mungkin ada beberapa fungsi lain yang tak aku ketahui kerana kitabnya dah lesap.

Bezel ringkas dan teguh serta boleh diputar mirip jam diver.

Saiz jam besar dan lebih tebal daripada Seiko diver SKX.

Bezelnya tebal terbenam separuh dalam casing. Kebanyakan rekaan jam Nautica cantik, dan semua yang aku jumpa pakai bateri...

Lama juga aku fikir sebelum membelinya, apakah membazir tabur $$$ untuk jam ni? Ahh... Cantik, gagah, lasak, unik itu semua harga dan berharga bukan?
(RM500-NOS!)

Sunday, September 18, 2011

MARINEMASTER...Selimut malam.

Malam ini embun begitu dingin sekali. Aku pandang di luar tingkap, langit kosong... Bulan dan bintang bagai dah digulung. Lampu jalanan yang pemurah menghulurkan sekumit sinarnya dilengan, dapatlah aku melihat waktu ditangan...  dekat 2 pagi. Andai kata langit dan bumi digulung, tiada yang tinggal dialam maya ini kecuali zat yang maha agung, maka apakah makna kewujudan ini? Bahagialah mereka yang berselimut...
Biarpun gelap malam ini, itu tak membutakan mata aku... dikala sekalian manusia kaku dibuai mimpi, aku masih menghadapkan pandangan ke langit. Tiba-tiba tangan aku terasa berat bagai ditarik sesuatu...

Seiko Marinmaster 300m...Hanya jari-jari ini dapat menceritakan keperkasaannya, kemantapan struktur binaannya menyebabkan detikan jarum saat tak kedengaran langsung walau jam ni disumbat di telinga.

"Manyak mantap!" kata pakar.

Dengan tali zulu Marinemaster (MM) ni kelihatan lebih segak.

Tak perlu direnung atau dibelek dekat-dekat, seimbas pandang dah cukup mengujakan. Suatu yang berkualiti tidak dapat dipadam dengan kata-kata.

Biarpun mahal namun ia tak pernah ketandusan peminat.

Betul kata seorang otai, seketul MM dalam koleksi, yang lain jadi lauk je.

Bezel seramik kelihatan berkilau menambah berat jam.

Bahagian dalam tersangat bersih.

Menawan ditangan maupun dilantai.

Apa tunggu lagi?..


Sudah 20 hari Aidilfitri berlalu, kaum muslim serata dunia kunjung mengunjung serta saling bermaafan, sedekah (zakat), juadah dan hadiah (angpow) buat fakir miskin sudah terlaksana. Kiranya pada hari raya ini banyak amal-amal mulia tercipta. Raya Aidiladha (Raya Haji/Korban) pula bakal menjelang. Hari kebesaran memperingati puncak ketulusan Nabi Ibrahim yang mengorbankan anak tersayang demi perintah Allah, pada yang hakikatnya juga menjadi puncak dan tujuan dalam kembara hati para salikin... aminn.

Friday, September 16, 2011

B-42

"Asan, ini jam manyak cantik, owner bili tapi tatak pakai, macam balu woo" kata tokey ketika aku lihat seketul Fortis B-42 terkurung dalam kotak pamerannya. Mula-mula sukar juga aku nak percaya, tapi setelah aku intai setiap milimeter tubuhnya seurat habuk pun tak lekat! Licin macam telur dikupas.

"Haiya calar pun tak da! Ish.. ini owner betut-betut tak tau pakai jam la tokey" jawab aku dengan kesal, kesal kerana terlalu kelihatan baru, jadi tak ada chance nak cincang harga lagi.

B-42 Marinmaster ni sangat segak dan tampan. Hitam/putih dan merah membuat muka jam sangat jelas dipandang dari jauh atau dikala gelap malah terlalu menonjol di tangan.

COSMONAUTS!

Tengok dekat memang puas pandang.





Mungkin kerana inilah tangan kiri selalu cemburu ...

Wednesday, September 14, 2011

Kemerdekaan seorang hamba...

Kemerdekaan seorang hamba adalah membebaskan diri dari jajahan nafsunya.

Namun bukan mudah untuk merdekakan diri dari ketuanan nafsu manusiawinya itu kerana sejak lahir diri sudah dikuasai olehnya yang merupakan 'kuasa besar' yang mempengaruhi semua gerak akal dan perasaan seorang.

Setelah berjaya memerdekakan negara (diri) dari jajahan nafsu manusiawi itu jihad (mujahadah) harus diteruskan untuk membebaskan pula kota (hati)nya dari penjajahan syirik dan kekufuran...

 Merdeka dalam sudut ini ialah perjuangan memerdekakan diri dari ketuanan manusia dan mengembalikan hati kepada ketuhanan Allah swt....perjuangan yang masih 'panjang'.

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang  ke-54 pada semua rakyat Malaysia. Bumi yang berkurun dalam penjajahan kuasa barat dan timur Portugis- British- Jepun silih berganti...
 
...dan hari ini aku meraikan bulan kemerdekaan negara dengan Seiko 6309 made in Jepun..emmm...Jepun jugak mari huhu. Aku teringat masa kecik2 dulu, apabila bapak aku menyanyikan satu lagu Jepun, Agak mendayu-dayu iramanya maka aku tanya "Abah nanyi lagu atromen ke?". Jawab bapak aku " Dulu semasa Jepun perintah tiap pagi murid sekolah nanyi lagu Jepun sambil naikkan benderanya". Lagu negara Jepun agaknya.

6309 ini mempunyai sudut pandangan yang sangat menarik, khususnya bahagian tepinya ni yang membuat jam kelihatan nipis!

Separuh kepala crown terbenam dalam casing di kedudukan jam 4!

Istimewanya jam diver ini boleh dikenakan dengan semua jenis strap samada getah, kulit atau ....

Jika diberi pilihan antara Seiko SKX007 baru dengan yang lama ini semestinya...

...aku memilih 6309 ini sebagai teman berjalan.

'Cushion case'nya yang selesa, membuat tangan berbuai-buai  ketika berjalan...AUWWW!
Melentik jari I youuu...  (RM680 berserta ZLM22 rubber strap baru yg tiada di jual di kedai2))