Thursday, July 28, 2011

Mantap! Seiko5 6319-6000 (RN350)


Terang lagi, sebenarnya lebih terang dari ni (kamera x set mode)

Enjin 6318cc mannual...

Rantai asal...

Aksesori hiasan...

Yang penting glass masih tebal rasa ditangan berat dan padu.

Jarum saat merah dangan inner bezel boleh diputar sesuka hati dengan mengentel crown aje... apa lagi, bukan senang jumpa model masih anggun camni!

Monday, July 25, 2011

Halangan utama para penternak...

Demi memperluaskan koleksi kegemaran berbagai cabaran terpaksa diharungi. Halangan utama selain wang ringgit ialah bini tersayang. Bukan semua penternak jam-jam nostalgia ni mendapat sogokan semangat dari bini tercinta. Berbagai aduan dan rintihan aku dengar. "Kalau belanja rumah sangkut mesti jam-jam yang tak berdosa tu dipersalahkan, telinga gajahpun tak tahan menadah leteran" aduan rakyat seorang teman. Ye la sepatutnya hidup berkongsi kuasa ni kenalah hormat-menghormati perasaan dan minat masing-masing, isteri kita umpama pihak pembangkang yang juga perlu ditadah segala komen-komen berbisanya, yang penting kita perlu pandai menepis-nepis atau mengelak serangan tomah-tomahawk nya.

Ada juga yang terpaksa sorok-sorok jam bawah bantal dan tilam risau dihidu isterinya dan ada juga terpaksa simpan saja dipejabat demi keselamatan dirinya. "Kalau balik rumah bini nampak saya kepit jam baru teruklah saya disoal siasat bang, tu yang malas nak simpan rumah" rintihan seorang penternak." tambahnya.

"Bukan senang nak sembunyikan 10 ketul jam dari risikan orang rumah, macam-macam taktik penyeludupan dia tau dah" ujar seorang lagi kawan yang bawak balik koleksi jam-jamnya bersilih ganti kerumah menggunakan taktik penyeludupan petrol,  "Nak juga kita belek dan gosok-gosok jam kat rumah, simpan pejabat memang tak puas nak gosok dan belek lama-lama" katanya lagi. Bagi aku ini berpunca dari sikap cemburu para isteri yang perihatin poket suaminya...
Tapi ada juga aku jumpa peminat jam yang mendapat kerjasama dari orang rumah dimana ketika dia membeli jam sang isteri sibuk menawarkan diri menjadi perunding imejnya, sampai dirumah..."Jam abang beli ni sesuai sangat dengan saya la, kasi saya pakai la" pusingnya, akhirnya koleksinya dipenuhi jam-jam comel dan berkilau-kilauan hehe.

 (Maaf, lukisan katun ni dari lensa kamera aku, nak scan malas daa)
Apapun korang ada cara tersendiri dalam menangani masalah 'cemburu' orang rumah ni... ada komen?

Wednesday, July 20, 2011

JAM-JAM NOSTALGIA!

JAM NOSTALGIA aku namakan kini sebagai mengantikan gelaran JAM VINTAJ, gelaran yang agak lusuh.

Beginilah kami kawan-kawan penternak JAM NOSTALGIA meredah gelap malam dan panas terik siang hari demi menunjukkan bakat ternakan masing-masing. Gambar kami (dari kiri Thom, Mr Farid, Tay dan Andy) yang berlonggok secara aman dimeja sebuah restoran di bandar Puchong tahun lepas.

Ternakan masing-masing beratur dan diatur untuk diratah mata satu persatu, memandangkan kesemua mereka banyak simpan Seiko nostalgia, maka spesis ini menjadi pilihan untuk diperdebatkan.

Koleksi Mr Tay ini rasanya bekas janda aku dulu yang aku ceraikan 3 tahun dulu...

Sejak itu aku tak pernah bersua lagi model Pepsi dial silver ni...huhu. Sampai kini aku belum jumpa lain kecuali yang dial hitam dan gold.

Hampir semua kami memiliki Seiko UFO, maka malam itu masing-masing melepaskan ternakan untuk bersabung tenaga diatas meja, macam sabung ayam atau sabung kambing jugak la...

Diantara mereka ini ada yang membelanjakan banyak duit membeli 5-8 ketul model yang serupa semata-mata nak melengkapkan satu menjadi model yang sempurna seperti asal! Kalau tak buat macam tu payah nak lengkapkan seketul tu dengan parts yang original katanya.

Wang boleh dicari dan dicuri, tapi Seiko nostalgia ni mana nak jumpa lagi?

Jam NOSTALGIA! aku namakan begitu kerana kebanyakan jam-jam ini mengulit kita kepada kenangan hebatnya. Korang dapat rasakan melalui rupa parasnya yang sangat berbeza dengan model hari ini. Gelaran UFO, PANDA, BULLHEAD, JUMBO, PEPSI, BIG BLUE pada model-model silam yang tiada lagi pada model-model penggantinya kini.

Penternak disini hanya simpan model Speedtimer aje!

Kami tutup tirai malam dengan seteguk lagi teh tarik yang manisnya hanya sampai ditekak, sedangkan model-model nostalgia ni memberikan kenangan puluhan dekad sekalipun hanya dengan memandangnya, kalau dipakai atau ditelan lagi mujarab kut? Ini bukan soal teknologi yang dah tentu jam-jam ini tak mampu menandingi model baru hari ini. Tapi nilai satu nostalgia seutas jam.
"Mana dapat?" Itulah soalan yang penuh bermakna yang selalu ditanyakan bila mana hamba rakyat melihat sebuah nostalgia ini melekap ditangan aku.

Monday, July 18, 2011

TISSOT

Tiga tahun lamanya aku kembara mencari jawapan tentang satu persoalan hidup...
iaitu... "Kenapa aku mesti beli Tissot PR 516 nih?"

Tahun pertama: Aku lihat model ni terpampang disebuah kedai, RM1.7K! "Apa mahalnya?" Akupun malas nak layan dan membiarkan bisikan yang tak berdaya itu diseret angin bayu jauh kelaut tanpa simpati dan belaian ku... Err nampaknya bahasa aku dah sastera kan?.

Tahun kedua: Jumpa seorang kawan yang kebetulan ditangannya melekap erat model sama (tali st.steel brecelet)! Mungkin ini masanya aku berpeluang belek sepuas hati. Menurutnya dah 2 tahun dia lenjan didarat, terjun sungai dan laut! Kotoran degil? Tak berkesannn.... Mendengar akuan bersumpahnya tu bongkah batu yang menutup gua pintu hati aku mula berganjak sikit.

Tahun ketiga (2008): Aku singgah disebuah kedai jam di Petaling Jaya, nampak seketul PRS 516 dengan tali leather berlubang-lubang! Aduh, semburan gas pemedih mata yang membuat air mata aku berjurai-jurai macam air terjun ... Kantung poket aku mula bergoncang-goncang, tanda hati mula berkenan...RM1200 lebur dalam sekelip mata. Begitulah rupanya rezeki berubah bentuk dan berpindah-randah, itu semua kerja tuhan, jika Dia mahu rezekikan pula pada insan lain maka cukup Dia campakkan jemu dihati aku, insyallah petang dah jual kat kawan walhal paginya tadi begitu tergilakanya.

Bestnya, orang ramai dapat melihat komponen utama berkerja dikedua-dua bahagian depan dan belakang jam.

Memang puashati! Bezel hitam PVD dengan sapphire! Silap pandang macam jam diver.

..disulam 3 bilah jarum yang cantik bergaya.
Makin lama di renung makin lawa pulak... Ishh, kenapalah aku lambat memilikinya? 

Resah tak sanggup menanggung dijiwa
Salah tak tahu kasih bermula..
Peristiwa dalam ingatan 
kasih tercipta..
Senyumanku beri sungguh bermakna 
tapi sayang kau tak ketahui
hingga aku merana meracun hati membawa diri...

Haha...itulah serangkap sarikata lagu gazal Allahyarhamah Orkid Abdullah (alfatihah) berjudul 'Penawar Rindu', mungkin selama ini TISSOT ni dah lama menaruh hati kat aku, sayangnya aku tak layan hehe...sebabnya? Time tu aku tak minat gaya klasik digabungkan dengan gaya moden.

Tapi hari ini aku gabungan itu nampak mantap!

Model baru PRS516 dah ada dipasaran mengantikan model lamanya ni dan ada sikit perubahan dengan saiznya yang lebih besar. Tapi model ini masih terdapat di sesetengah pengedar rasanya. Komen korang tentang Tissot PRS516 ni?

Friday, July 15, 2011

Ini jam manyak cantik tapi wa punya filasat haa...

Seorang menghantar sebuah jam Rolexnya untuk diservice di sebuah kedai jam yang biasa aku melepak secara aman. Taukey terkejut bila melihat model Rolexnya, "Dari kecik sampai panjang wa tatak pelenah tengok Lolex empat segi ini macam!" kata taukey, mendengarkan itu lelaki itu terkejut jugak, "Ya ka?.. Cuba taukey kasi check betul-betul, ini model tahun berapa?". Taukey yang memang pakar jam-jam Swiss pun periksa enjin, enjin memang serupa Rolex. Tak cukup itu taukey buka kitab kuning model-model keluaran Rolex, dibelek satu persatu.. memang tak jumpa model serupa itu!

Taukey kata "Ini jam manyak cantik tapi wa punya filasat haa  ini tipu punya!", lelaki itu terkejut. "Ya ka? mana tipu pulak? I beli RM8,000!" katanya macam tak percaya.

(Haiya... You sudah kena kencing, mana Rolex pakai AA bateri?!)

Serupalah kawan yang pernah beli Rolex dengan harga ribu ringgit, dia yakin itu ori kerana jam datang siap kotak dengan geran moto sekali. Time nak jual baru tahu status sebenar, ialah sesetengah pembeli sangat teliti sebelum meleburkan wang yang bukan sedikit. Kalau jam depa boleh tiru apalah setakat kotak dan kertas tu. Betul tak?

Jadi apa rasanya bila mendapat tahu jam yang korang beli ribu/ratusan adalah jam tiruan? Nak jual? Nak pakai aje? Nak hempas? atau nak mengamuk secara aman? emmm???...

Wednesday, July 13, 2011

Bukan jin bukan jembalang...

Bukan jin bukan jembalang
tapi kacak bukan sembarang


Bukan jerangkung bukan mambang
time mencangkung pun masih terbayang

Nantikan aksinya yang memedihkan mata...


Monday, July 11, 2011

SEIKO BIG BLUE (SOLD)

Sejak kebelakangan ini model-model Seiko vintage semakin payah muncul dipasaran, di beberapa pasar karat sesetengah model mengalami kenaikan luarbiasa. Mungkin Tsunami menjadikan faktor membuatkan model-model tertentu Seiko 'hilang' dari pasaran.

Seorang penternak yang aku temui kelmarin menyimpan 2-3 ketul setiap model Seiko kegemarannya! "Kenapa simpan lebih?" jerkah aku.
"Makin lama makin susah nampak, makin lama makin unik nampak" katanya.

Aku faham perasaannya tu yang mula terasa perubah cuaca itu, semakin jauh semakin sedikit dan semakin unik wajah-wajah ini. Mungkin manusia generasi moden kini yang kehidupan sekeliling dibentuk melalui teknologi digital sepenuhnya bakal melihat model-model lama sebegini dengan pandangan berbeza.

Ada yang berkata mereka lebih seronok melihat cara jentera lamanya berkerja.

Manusia mencipta dan terus mencipta yang merupakan tanda hebat perkembangan akalnya, tidak seperti haiwan dimana kehidupan 1000 tahun dulu sama saja dengan hari ini. Sarang burung atau lebah yang 'hebat' itu tak berbeza dengan 1000 tahun dulu.

Dunia manusia dunia yang mengkagumkan. Lihatlah kecanggihan teknologi sekeliling kita hari ini! sedangkan itu haya baru 1% dari hasil keupayaan akal manusia. Bayangkanlah jika 100% keupayaan itu ditejemahkan yang mungkin berlaku ribu tahun lagi.

Big Blue yang semakin sepi daan menyepi dipasaran sangat bernilai untuk dimiliki!

Sunday, July 10, 2011

Bullet... Apa menariknya?

Apa menariknya dia ni?

Pedih mata aku melihatnya, macam kena gas pemedih mata juga la... nantikan paparannya!

Thursday, July 7, 2011

BLOG HEADER YANG PERNAH BERKHIDMAT DI DETIKDUABELAS...

OKT 2009: Warna-warna terang dan ceria agar kesedihan dan kemurungan melampau korang terubat sebaik masuk blog aku.

NOV 2009: Warna-warni yang lebih bertenaga untuk menyuntik semangat cintakan kebahagian nan abadi...ehwah! 

JAN 2010: Mengajak sesama kita bergembira, ketawa dan berjenaka sampai pagi, azam tahun baru 2010.

MAY 2010: Mengajak korang menyelami lautan HARUlogi sampai tercungap-cungap lemas.

JAN 2011: Ajak korang menziarah alam 'jin' (jam)' yang menyeramkan dengan tajuk "Berdialog dengan jam".

Tuesday, July 5, 2011

Mengkagumi diri...

Seusia hidup manusia hanya mengkagumi dan terus mengkagumi kejayaanya. Merasa diri kaya kerana harta-hartanya dan merasa alim kerana amal-amalnya. Mengeluarkan sabar apabila diserang ujian tapi membuangnya apabila dilontar kejian, bukankah kedua-dua itu adik-beradik?
"Kita tidak pernah mencermini diri..." teringat aku kata seorang teman.
"Apa perlu cermin?" tanya aku
"Tanpa cermin kita lebih melihat orang lain" jawabnya
"Lain je maknanya, cermin apa? Cermin mimpi lagu M.Nasir tu ke?" tanya aku nada bergurau
"Begitulah... cermin diri. Saat melangkah masuk ke istana Sulaiman beliau melihat diri menerusinya maka Ratu Balqis melabuhkan kainnya malu dan memuji -muji Allah" Jawapan yang menambahkan jangka hayat menung aku.

Ketika singgah ke sebuah bengkel motor tiba-tiba tangan ini menarik perhatian aku... Tangan siapa gerangannya?

Ishh, tangan sendiri rupanya! Itulah jadinya kalau dah banyak tangan, sampai lupa kacak tangan sendiri.

Model yang sangat unik khususnya pada bentuk kaki lug. Bersegi siap ada 'mata' yang tak berfungsipun.

Dibuat dari logam tatinium, ringat dan kukuh.

Pepenjuru bersegi-segi, jarang jumpa jam bentuk sebegini.

Bezel agak tebal disesuaikan dengan indek dan jarum yang sepadan.

Seiko Samurai antara model diver paling unik. Juga menampilkan gaya ekslusif.

Setelah disuntik dengan tali canvas ia nampak lebih bengis.

Lama aku merenung bahagian sulitnya ni...

...dimana crown dan bezelnya tu serupa dengan Alba diver ni, cuma crown Alba diver 7S26 ni kontot sikit.

Lebih tampan dan bersemangat berbanding model-model barunya yang langsung tak berbisa.

Dua model ini dah lupus dari pasaran, maka memilikinya lebih menambah nilai koleksi yang ada. Sememangnya aku kolektor yang cemburu pada yang 'hilang'. Semasa ada tak mau beli, masa tiadanya diburu pula haha...Seronok? Ya, seronok apabila apa yang diburu dapat ditangkap tangan, macam orang memancing ikan juga.