Tuesday, June 28, 2011

IKLIM PASARAN JAM LEMBAB?

Sejak akhir-akhir ini iklim pasaran jam-jam klasik bergerak sangat perlahan dan semakin perlahan. Dengarnya peniaga-peniaga di pasar karat juga mengeluh lenguh otot dan otak kerananya. Sesetengah peniaga pula terpaksa beralah dengan menurunkan harga lebih rendah dari pasaraan. Memang cara itu sangat menguntungkan pembeli seperti aku, tapi bagi jangka panjang ia boleh menjejaskan bekalan jam-jam klasik di Malaysia yang baru menjadi pilihan para pembekal asing (luar negara khususnya negara jiran) yang banyak membawa masuk kerana harga yang baik ditawarkan oleh iklim pasaran disini berbanding negara jiran yang lain.

Tapi bukan semua model dapat dipengaruhi oleh pasaran suram itu. Sesetengahnya dapat mengasingkan dirinya dari dibuli turun naik pasaran kerana kekuatan tersendiri. Kerana itu para penternak harus melihat potensi luar biasa jam-jam yang bakal mereka beli. Antara model-model yang selamat dari iklim buruk pasaran itu adalah Seiko Panda ni.

Bila cuaca sejuk dia tidur aje dan bila cuaca panas dia berteduh di rimbunan pohon-pohon makanannya.

Mana taknya! Ada pemburu terpaksa mengumpan harga yang tinggi untuk mengeluarkannya dari sangkar besi pemiliknya! Nak harap ia muncul dipasaran kini memang susah.

"Jam chrono paling segak!" kata seorang kawan.

Panda, haiwan yang comel dan pemalu tapi ganas. Keluarga 6138 hebat-hebat semuanya- koleksi peribadi ye...

Saturday, June 25, 2011

Silam bersama Volkswagen dan TITUS!

" Wah! Cantik BMW ko Man? Mahal ni.." Nyapa Wak Leman
"Second hand je Wak, cun lagi kereta wak kut? jawab Man
"Err.. Wak pakai kereta apa?" Tanya Man
"Tak payah tanya la Man, kereta wak buruk aje" jawab Wak
"Beritaulah Wak, buruk belum tentu kalah pandang" pujuk Man
"Alahhh Wak segan lah Man..." Jawab Wak
"Apa nak disegankan Wak, kereta buruk tapi hari-hari bawak mejid pahal besar tu! Kereta apa Wak?" Masuk ni dah 9 kali Man tanya, tapi jawapan serupa yang Wak beri, last-last...
"Ish! ko ni tak tau wak segan? Wak segan, Wak segan lah! Tu hah kereta wak!" jawab Wak sambil menujuk sebuah kereta ditepi jalan.
"Ooo...Volkswagen! hehe ampun Wak" Gelak Man sambil melihat sebuah Volkswagen lama ditepi jalan.

Aku minat benda-benda klasik. Lusuh dan berdebu mengambarkan usia dan ketahanan. Dalam ertikata ada 'mutu'.

Satu-satunya kereta era 70an yang masih ujud dijalanraya.

Model vintage memang menarik, seni pertukangan lama lebih menonjolkan kemahiran tangan.

Kalau tak silap Dr Asmar (duniajam) antara penternak model VW ni. Bagaimana kalau dia cat sama style model aku ni?

Titus, nama yang seangkatannya.

Selain jam aku suka tengok model-model lama kereta dan jam.

Ia memberikan kepuasan yang menyihatkan.

Menarik buat hiasan mata di rumah atau pejabat.


Setiap kali memandang wajah-wajah ini hati bagai dialun kenangan bersamanya.  

Wednesday, June 22, 2011

JAWS! (RM400)

Pernah nampak jaws? atau nama saintifiknya jerung?

Spesis ganas yang sangat digeruni kerana ia membedal mangsanya tanpa belas kesian.

Gigi besar berlapis-lapis...

Tapi spesis ini dah semakin pupus sekarang kerana dah jadi mangsa buruan pulak! 

Memiliki kelainan dari model diver yang sedia ada.

Jaws!

Jarum suntikan yang masih aktif menyuntik masa. Haha... jarum 'Mercedes' memang popular suatu ketika dulu.

Sunday, June 19, 2011

Si tampan yang menggondam jiwa...

Dial putih bukan pilihan kebanyakan penternak jam, apatah lagi peminat jam diver yang rata-rata memilih dial hitam yang dianggap kena dengan ciri ganasnya, begitulah tanggapan mereka.

Aku juga hampir termakan hasutan itu menyebabkan kebanyakkan koleksi ternakan aku berwarna hitam.  Memangpun, dial putih sukar untuk melihat waktu dalam cahaya suram.

Tapi Seiko Stargate putih susu ini mengatasi kelemah itu. Sejak beli aku nampak tarikan pada model putih ni. Sebaik sampai ditangan, aku cabut bracelet asalnya yang tidak mengancam nyawa langsung, tengok aje dah tak da semangat. Jadi aku tukar canvas zulu warna gold brown! Satu-satunya tali yang menonjolkan gaya rangginya.

Sebaik mengikat tangan aksi barunya ini menggondam perasaan, terkenang jam dial putih pertama yang aku beli 25 tahun dulu Alba, seminggu kemudian aku jual dgn kawan.

Seiko Stargate dial putih! Jangan pandang sebelah mata, kalau ada 3 biji mata lihatlah dengan kesemuanya kerana semua sudut pandangannya memikat dan menarik.

Siapa sangka cempedak menjadi nangka?

Dalam kelesuan cahaya dial putih lebih menyerlah.

Seketul jam yang bergaya memiliki sudut pandangan yang sempurna, barulah sedap menghayun tangan.

Selain dial putih bezel solid yang dulu tidak aku gemari kini mengubah selera ku. Tapi kena disesuaikan dengan tali kulit atau kanvas supaya kepala jam lebih menonjol di tangan.

Berbanding tali besi, getah atau kulit, tali zulu mudah dilucut dan dipasang, bahkan jika pin lug patah jam masih mampu berpaut ditangan dari jatuh terhempas.

Tapi sayang, tali zulu ini agak pendek. sesuai untuk pergelangan tangan kecil seperti aku.

'Cantik' perkataan pertama melompat keluar dari mulut kakawan jam.

Mangsa yang seterusnya...

Thursday, June 16, 2011

CITIZEN HELICOPTER! (RM550)

Begitulah gelaran yang diberi oleh sifu Radzi pada model terasing ni. Lupa pulak aku nak bertanya kenapa model ni dinamakan pesawat tu.

Mirip Citizen Micky Mouse yang terkenal tu, tapi spesis ini lebih sukar ditemui. Mungkin habitatnya dah musnah akibat perluasan teknologi ecodrive dipasaran kini. Model 4-901169 TA GN-4-S 67-9038 JAPAN SSB

Sangat sporty, jarum-jarum halus seperti meter-meter dashboard kenderaan canggih di era 70an.

Sekali pandang macam Seiko Helmet...

...yang mempunyai casing yang tebal dan padu.

Aduh... cantik sungguh chronograph klasik ni.
Jangan hampa, harga boleh dibisik-bisikan lagi...

Tuesday, June 14, 2011

SEIKO UFO (RM650)

Glass original licin, dial bersih! Seiko chrono dengan enjin berdezuppp...

Monday, June 13, 2011

Detik 12...

... detik yang jatuh pada hari Ahad (semalam). Jam 3.30 petang aku sempat bertemu Saudagar Mustapha (member H4U) yang gigih...tabik beb! Kalau cakap pasal jam rasanya dia lebih masak dari aku. Hambir semua jenis dia dah bela dan yang terkini adalah lembaga hitam ni...


Lembaga hitam yang mengerikan... Fuh! nangis... Insyalah aku akan preview nanti.
Sebelum itu aku nak wariskan sikit tentang ilmu kebal kepada sesiapa yang berminat...

Dari ilmu kebal maka terciptalah jentera yang pernah mengempur benua Eropah dalam perang dunia dulu, jentera yang paling di geruni musuh. Lasak dan kalis peluru...kebal!

Ilmu kebal itu terus diperturun pada jam-jam seperti Seiko 6309-7040 ni (RM750).

Kepada kekawan yang masih memburu, dapatkan jam-jam igauan korang diruang sebelah kanan blog ni >>> (tengok sampai bawah)

Tuesday, June 7, 2011

Berkumpul sempena cuti sekolah...

Cuti sekolah ni elok kita berkumpul anak beranak untuk menambah erat keluarga.
Bila anak-anak kita lebih suka keluar rumah mencari kawan ia memberi satu isyarat negatif..., mungkin dalam rumah mereka sudah tiada 'kawan'. Haha, mungkin si bapa terlalu menonjolkan sikap kebapaanya sepanjang masa begitu juga si ibu sampai lupa nak berkawan dengannya. Begitulah mungkin...

Tengok ni, betapa eratnya hubungan silaturahim antara mereka, atuk dan si cucu bermain dan bergaul tanpa halangan usia. Sanggup sama-sama main sep-sep dengan cucu-cucunya.

Masa zaman budak-budak dulu ketika aku bersama kekawan nak main perang-perang dengan senjata buatan sendiri (senapang lestik), seorang kawan aku Alid namanya nak joint kami bawak senapang betul! Kecut kami dibuatnya. Tapi selepas aku belek-belek lubang peluru takda...rupanya itu senapang kayu yang diukir sangat kemas. Aku tanya "Mana ko curi?" hehe soalan bijak aku. "Bapak aku buatkan" jawabnya... Bagai angin taufan jawapan itu menerbangkan bumbung fikiran aku. Memperlihatkan aku, mak/bapak juga adalah kawan sepanjang usia.

Diwaktu persekolahan anak-anak kurang beriteraksi dengan mak bapak. Mak bapak keletihan berkerja siang hari. Manakala si anak letih bersekolah pagi petang dan malamnya sibuk mengurus kerja sekolah. Semua tu menambahkan jurang.

Dulu aku risau kalau anak aku lebih gemar cari kawan diluar rumah, aku menganggap itu petanda yang kurang sihat, aku menganggap kawan diluarnya lebih baik dari aku. Tapi bila cuti sekolah ni mereka terlalu lama habiskan masa didalam rumah aku rasa tak kena pulak, nak selesaikan masalah aku suruh mereka keluar tiap petang sepak bola....entah le. Mendewasakan anak-anak memang cabaran bagi kita, tapi aku lihat tugas ini banyak diserahkan pada 'orang lain'.

Kepada pengemar jentera selam Seiko, elok juga korang luangkan lebih masa bersama 'famili' korang ni... Membelek dan membelainya dapat melupakan sejenak keadaan rumah yang bersepah akibat cuti sekolah ni hehe.