Tuesday, May 31, 2011

Wajah silam muncul kembali..

Putaran menjadikan planet biru ni bulat. Apa saja yang berlonggok diatas bumi juga turut diputar dan dikitar semula. Tengok saja Swiss Army ni, sentuhan lama berkitaran kembali. Demi memantapkan reputasinya sebagai jenama ulung, teknologi dan nafas lama diberi untuk model baru ini. Apakah keistimewaan dan tarikan bentuk era 50/60an? Korang perhati dan nilai sendiri pada model baru VSA (Vitorinox Swiss Army) ni!

Subsecond dengan luminus berwarna kekuningan diganding dengan tali kulit, aku rasa kalau letak lumut dan karat sikit lebih klasik hehe.

Gabungan moden dan klasik memang mudah diterima dan mesra pengguna.

Jarum bentuk pedang/mata lembing, err mungkin juga bentuk peluru sesuai dengan ciri-ciri military.

Tambah klasik enjin kuncinya ni, buat harga jam ni mencecah RM4K! 2 hari aje dah keluar dari ruang pamer kedai! Dipamerkan pula ditangan pembelinya.

Enjin kunci memang kuat detikannya, sekuat detikan jantung kita yang berdegup-degup, sebaik melekap dipergelangan tangan detikannya melalui urat dan tulang boleh sampai ke telinga...hebat betul! Jam quartz enggak bisa memberi kepuasan batin sebegitu...aduh.

Model auto pun ada. Tapi kurang mengaburi mata aku.

Crown semua model siri klasik ni sama aje.

Apa komen korang?

Wednesday, May 25, 2011

KINGMATIC...

Struktur binaan yang cantik disegenap sudut.

Bagai sebuah binaan bangunan aku bersiar-siar menikmati keindahan sekelilingnya

Usia tak menjadi penghalang, calar tak jadi penghadang... Terus berdiri gagah dan megah dengan ketinggian nilai sejarahnya.

...Menyaksikan suatu keindahan menyihatkan minda. Jadi, jangan rasa membazir bila kita membeli sesuatu hanya untuk ditenung mata. Pernah anak aku mintak belikan sebungkus coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, dah beli dia tak makan pun, habis di ramas dan dibuat mainannya je, dari situ dia mengajar aku apa makna 'rezki' dan apa makna 'makan' haha. Masing-masing kita mengambil rezeki dengan 'jalan' berbeza.

Bergaya sekalipun tak dipakai tangan.



Dengan tali leather... aduhai..

Thursday, May 19, 2011

Kiambang, mekar mu dipinggir kali

Begitulah Usop, pemuda kampung yang jatuh cinta dengan kiambang sekampungnya. Sampaikan dah lupa makan minum. Apa taknya, sebelum ni kalau emaknya panggil makan dia belari kedapur meninggalkan kucing-kucingnya jauh dibelakang, tapi sejak seminggu dua ni dia dah mula berubah, bila dipanggil makan dia datang tapi duk garu-garu kepala depan pinggan. "Usop, nasik dah depan mata kenapa ko tak makan-makan?" tanya emaknya. "Err... Usop dah lupa macamana nak makan la mak..." jawapnya. "Wah, lupa makan? boleh bawak maut nih!" bisik hati emaknya. Lekas-lekaslah emaknya talipon ambulan segera hantar Usop mendapatkan rawatan bomoh handal di ceruk kota...

Zaman dulu masyarakat lebih mempercayai perubatan bomoh. Menurut kawan aku juga seorang bomoh muda, inilah 'masalah' orang kita. Keyakinan mereka terhadap bomoh yang memulihkan mereka walaupun bomoh jampi serapah tah apa-apa. Kesan plasibo yang berlaku katanya. Sesapa yang belajar doktor tentu tau makna plasibo dimana kepercayaan pada sesuatu memberi kesan rohani dan jasmani seseorang. Haha, aku sendiri menggunakan kesan plasibo nih...hehe

Aku teringat dulu orang kampung aku yang niaga ubat kaki lima, katanya seorang pesakit mengucapkan terimakasih kerana keberkesan ubatnya menyembuhkan sakit lelah yang lama dihidapinya, tapi sebenarnya ubat itu adalah tahi kambing yang dijemurnya dan dibotol, dilabel dan dijaja dengan bijaknya. Err kawan aku kata itu lebih baik daripada makan rezki haram rasuah dan curi...ok juga.

Inilah kiambang dipinggir kali sepertimana lagu 'kiambang' nanyian M.Nasir

Kiambang, bayang mu di air tenang...

Nasib mu kiambang di pinggir kali,
dan kau mekar menghiasi desa,
kemarau panjang pun tiba...

Walaupun bau mu tak seharum mawar
namun kau masih tetap menawan... Kiambang

Begitulah, nasib kiambang...
Ok, kiambang jepun yang menjadi pujaan hati peminat Seiko GMT worldtimer ni boleh korang ratapi bersama lagu M.Nasir berjodol> KIAMBANG (klik)
(RM800 nett)

Monday, May 16, 2011

POCONG dan POLONG (atau nama manjanya KOPEK)

Duk usik-usik org solat dalam masjid, siap mencelah-celah lagi, nampak gaya depa tak takut orang solat. Tapi kenapa setan takutkan laungan azan?


Buah cempedak atas papan
Kalau lapar, Dia berikan iktiar
Kalau sesat, Dia tunjuk jalan
Kalau Dia nak berikan kamu ilmu, akan Ia campak pada akalmu SOALAN.
(Himpunan falsampah detikduabelas)

Tuesday, May 10, 2011

UFO terhempas!

Sejak beli 2 tahun lepas tak pernah aku pakai. Tapi Sabtu kelmarin ketika aku selongkar tin biskut terjumpa seketul Seiko UFO. Goncang-goncang jam jalan lagi, tergerak napsu nak pakai bawak bergaya balik kampung, maka aku buka tali besi dan tukar tali kulit bagi menambahkan kekacakan aku. Sepanjang memandu 200km ke selatan tanah air tangan aku sentiasa menjolok-jolok mata pemandu sebelah ketika berhenti atau memotong haha (eksennn...)

Selepas 2 jam memandu dengan berhemah aku sampai ke kampung, ketika masuk kebilik aku ternampak sang cicak menyorok-norok disebalik tirai...untuk pengetahuan korang aku memang pantang nampak cicak, mesti belasah sampai pengsan. Senyap-senyap aku intai, check dulu laa mana tau spesis cicak tokek yang mahal tu. Sah! spesis cicak kubin je. Apa lagi! aku libas dan pukul-pukul tirai tu dengan tapak tangan, BUM BANG, BUM BANG tiba-tiba...

...KELETUK!!! aku terdengar benda terhempas di lantai, ingatkan dah mengena tapi aku tengok benda bergolek tu seakan-akan seketul jam tertiarap pelahan-lahan aku dekati dan ambil, tak panik dan tak gelabah memang kelebihan aku hehe, "Ish jam? macam jam aku je?" bisik hati, pelan-pelan aku tengok tangan kanan aku... "Aik! kenapa tangan aku takda jam?!!! SAH! WAAWAAAA.....UFO aku yang terhempas!"

Tengok tu, kecederaannya parah... sejam aku termenung. Tak tau mana nak dapat glass asal setebal ni.
Moralnya: Kalau tukar tali jam pastikan pin betul-betul masuk lubang lug.

"Tergamak kau baham cicak tokek aku Sitam?..wa waaa..."

Friday, May 6, 2011

JAM APA TENTERA AMERIKA PAKAI?...

Salah satu kelengkapan utama tentera penceroboh Amerika adalah JAM tangan. Memandangkan Amerika merupakan kuasa tentera terkuat dunia maka sesetengah pengeluar menjadikan model yang dipakai tentera Amerika sebagai pelaris dipasaran. Seiko, Omega, Casio, Luminox, Hamilton dan banyak lagi jenama yang pernah menyertai operasi-operasi tentera Amerika di serata dunia.

Skuad Navy Seals contohnya mempunyai kelengkapan canggih dalam operasi-operasi mereka, memang canggih. Semua perkakasan mesti lasak dan water proof! Kawan aku sangat minat dengan perkakasan tentera Amerika ni sehinggkan sanggup order setiap keluaran terbaru skuad khas ni.

Satu set lengkap ni berharga RM350 termasuk jam diver!

Ni semua 'senjata' didasar laut! Yang mana satu jam?

Alat pernafasan bagi kegunaan menyelam ini tidak menghasilkan gelembung udara, kerana gelembung udara yang timbul dipermukaan akan memudahkan pihak musuh mengesan mereka, kentut pun terpaksa tahan.

Kompas dalam air ni.

Ini pun jam kompas ni, guna ketika naik ke darat.

haha... aku dah bersedia nak menyelam...

Pakai 'tapak itik'...hehe segak tak?
Alamak!  lupa lak pakai seluar! (Atas faktor keselamatan senjata sulit tudah kasi blur)
Maluuuu....

Wednesday, May 4, 2011

ANTARA JAM GMT PALING MEMUKAU...

Kalau dah kena pukauannya memang merana...

Selagi tak dapat terkenang-kenang ...

..mandi tak basah-basah
makan tiga pinggan tak kenyang-kenyang.
Nanti le aku cerita untuk berkongsi derita dengan korang...

Tuesday, May 3, 2011

MARI KITA JADI TENTERA!

Citizen diver agak kurang berkembang dipasaran sini berbanding Seiko. Tapi model diver Promaster berenjin automatik ni hebat berbanding Seiko yang sekasta dengannya. Dengan harga yang lebih rendah Citizen Promaster 200m diverini dijana enjin miyota yang terbukti cemerlang sejak berzaman. Ayuh, kita gempur model amfibia ni.

Setelah tukar tali original citizen bercorak hijau celoreng ni perasaan syok sendiri aku meluap-luap sebaik ia menyangkut tangan.

Bezel agak unik dengan jarum seperti tombak.

Dial kekuningan memang sesuai dengan mereka yang kulit kuning jugak, ada sesapa kulit kuning? kuning langsat le.

Ketika aku masuk ke dalam lif pangsapuri yang rosak lampunya seorang kanak-kanak menjerit "Teranggg" hehe, dia ternampak dial jam aku ni menyala kuning kehijauan dalam kegelapan lif, siap boleh suluh jalan lagi...

Pada awalnya aku tak minat langsung nak pakai, puas aku cari strap yang garang bagi menggantikan strap getah asalnya.



Sayang nak tanggal selaput plastik cover tu, sayanggg,...plastik ori tu!

Yg ni pangkat sarjan... koleksi bro Radzi (thethick2blogspot) ketika kami pekena teh tarik kelmarin. Sama model tapi dial biru digayakan pula dengan kemeja birunya. tak silap aku mata dia pun lens biru errr....haha. ampun tuan, gurau2 je nih

Operasi gempur mula!