Sunday, April 24, 2011

POMAR Crystal

Nama yang dah tak kedengaran lagi.

POMAR jenama yang pernah membuka memori silam iaitu dikala aku dizaman kanak-kanak...

 ...yang 'dibawa' oleh salah seorang pakcik aku dari Kuala Lumpur ketika pulang berhariraya dikampung.

Pomar, Pagol dan Titus antara yang terawal mewarnai minat aku tentang jam.

Ringkas! Hitam dan emas memang sahabat yang saling melengkapi.

Batang jarum dan subsecond ringkas dengan salut keemasan...

...dan ketulan batu crystal yang memancar menonjolkan nilai ekslusifnya, tau makna tonjol? Kalau tak tau buka kamus bahasa german.

Mungkin model lewat 70-an, wujud sebelum dunia diserang quartz dan digital.

"Window date bulat kat atas yang aku tak tahan tu!" Terbeliak kawan aku sebaik aku suakan tangan depan matanya hehe... tu aje cara yang murah dan pantas untuk buat dia terkesima dan terguling.

NOS! Enjin kunci.. mana datang perkataan 'kunci' ya? Ooo.. mungkin ia dikutip dari kaedah jam dinding dulu yang perlu dimasukkan 'kunci' bila nak putarkan spring tenaganya.

Saturday, April 23, 2011

Masih adakah yang sayang.... ($$$ nego)

Bulova (RM350)

Diamatic (RM280)

Citizen (RM450)

Seiko helmet (RM580)

Seiko 5 CCTV (RM250)

Thursday, April 14, 2011

TISSOT DIVER 1960an

Adil, apakah adil? Ada yang berkata adil bermaksud pembahagian sama rata. Jawapan itu betul tapi kurang tepat, adil pada pengertian itu boleh jadi zalim pada situasi tertentu. Adil dalam definisi Islam ialah meletakkan suatu pada tempatnya. Bukan samarata.

Si adik yang bersekolah tahun 3 diberi wang saku RM2 menuduh bapanya TAK ADIL apabila melihat abangnya tahun 6 mendapat RM4. Si adik melihat KEADILAN dari ukuran/nafsunya sendiri tanpa melihat aspek lain yang mana si bapa mengagihkan adil menurut keperluan mereka yang berbeza. Jika si bapa memberikan sama rata RM4 kepada si adik, mungkin si abangnya pula kata si bapa tak adil dan akan minta lebih lagi untuknya pula!. haha parah.

Melihat sesuatu dengan kacamata yang adil langkah utama sebelum kita bertindak pada adil seterusnya, kegagalan itu menyebabkan seseorang yang mencintai keadilan bertindak zalim tanpa diduga. wasalam...

Apakah adil jika seketul jam vintaj 1960an ini dibayar lebih mahal dari seketul model baru setarafnya?

Haha cuba korang buat pertimbangan sendiri.

Mungkin pertimbangan korang tak sama dengan pencinta dan pemilik jam-jam lama ni. Murah bagi mereka mungkin mahal bagi kita dan begitulah sebaliknya, bahkan nilai seuatu jam pula berbeza menurut sudut pandangan masing-masing.

"Kenapa kat sana murah tapi kat sini mahal?" begitulah pertanyaan yang selalu dilontar kat aku.

Setiap jam memiliki 'latar' yang berbeza...hanya peminat/pembelinya yang 'mahu faham' perbezaan itu. Apa yang jelas sesuatu jam vintaj tinggi nilai sejarahnya.

Mungkin atas sebab itu kawan aku sedang memburu model Omega yang menjadi 'saksi' dalam kes pendedahan video lucah seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini huhu... Omega apa ye?

Tissot diver tahun 60an ini mempunyai kualiti rekabentuk.

Lapisan bezel

Gigi Ring bezel macam duit syiling lama, kalau tak silap nama RINGGIT sempena gigi pada tepi syiling Malaysia itu.

Seorang yang suka pada kehidupan yang sederhana dan ringkas mungkin senang dengan penterampilan Tissot ini.

Simple design! Design yang terlalu 'berat' tidak begitu sesuai untuk produk kecil seperti jam ni, kerana dari jarak jauh ia kelihatan berserabut.

Koleksi cukup berhantu dari Uncle Luv! Terimakasih Uncle!

Tuesday, April 12, 2011

Telo tiruan?

Sepertimana jam barangan makan juga dah banyak 'tiruan'. Kes terbaru telur tiruan yang dikatakan hampir serupa dengan telur ayam asli. "Padan le kek I buat tu hari tak sedap!" dakwaan isteri seorang rakan, "Kalau pakai telur asli pun kek you memang tak sedap" bisik hatinya haha.

Benda-benda macam ni mengelirukan pengguna, ada yang tanya apa cara nak tau asli atau tak? Tip mudah nak tau asli atau tidak: Baling, kalau tak pecah sah itu telur tiruan..selamat mencuba.
  

Jam selam Swiss (vintage) mula menyinari koleksi sebilangan penternak diver. Seronok layan model-model lama swiss diver ni yang kelihatan begitu klasik! Tunggu...

Sunday, April 10, 2011

JAM KUNCI PERTAMA DALAM SEJARAH...

... sepanjang aku bergelumang napsu dengan jam-jam Seiko.

Bagai azimat! Apa tidaknya, biarpun tangan aku 'geli' nak pakai tapi rupawan ini penyejuk mata dikala jiwa diulit kesepian..ewahh!

Bukan semua ikan sedap dimakan, ikan kelisa sedap dipandang.
Bukan semua ayam dibeli buat lauk, tenggek ayam Serama buat terpegun mata.
Begitu juga jam, bukan semua layak dipakai, ada yg dibeli buat habuan mata aje.

Rekabentuk klasik yang tahan lama mirip seketul Omega Seamaster yang pernah aku preview dulu.

Model-model baru tak mampu memberikan aksi sehebatnya.

Enjin kunci dibungkus design ringkas dan menawan.

Semakin sedikit semakin mahal, itu pasaran mengajar kita.

Kalau berkumpul dengan penternak jam-jam lama ada saja model 'baru' yang muncul dari mereka, iaitu model yang tak pernah aku nampak sebelumnya...

...kekadang aku terfikir "Kalau lama, kenapa ada saja yang 'baru'?".
Pasir Roboh, pasir putih di hujung kali
Buat tangkal penyembuh, belum masa nak dijual beli...

Thursday, April 7, 2011

Kudis lama berdarah kembali....

Tiba-tiba saja kotak sms aku berbunyi ,"Ada jam masuk ke?" bisik hati nurani aku. Bila aku buka mesej...WOW!.. Pengirimnya (yang hanya mahu dikenali dengan panggilan manja Bobot) menawarkan dara pujaannya. 'Mau tak?' smsnya. Bagai mengantuk disorongkan tilam aku sambut dengan ikhlas. Inilah hasilnya..

10 tahun dulu aku pernah simpan model ni, tapi kerana jodoh tak panjang aku terpaksa lepaskan, maklumlah asyik uzur dan sakit-sakit je hati mana boleh sabo?

Wajah ini membuat aku terkenang semula, alangkah lamanya untuk megisi kekosongan 10 tahun itu.

Model GMT ni paling aku suka kerana dial hitam dengan inner bezel berwarna biru dan merah. GMT Seiko paling cun!

Pakaikan apa saja tali/strap merah, biru atau hitam ia tak merasa ganggal atau 'menolaknya', semua sesuai dan selesa baginya.

Glass reflection yang memberahikan pandangan.

Cahaya suram tidak menjadi masalah, indek tak lut sinar.

Casing nampak mantap.

Ingat! Model-model lama Seiko sebegini memberikan nilai untuk wang anda sekalipun korang tak memakainya. Mati atau hidup ia tetap ada harga... (Maaf, jam bukan untuk dijual).


Monday, April 4, 2011

8.15 pagi Hiroshima...

1945 tepat jam 8.15 pagi (seperti yang dilakonkan semula oleh veteran perang ini) bom atom pertama dunia meranapkan bandaraya Hiroshima dan membunuh 140,000 warganya. Itulah detik penamat sejarah perang terhebat yang pernah tercatat dimuka bumi. Mungkin Seikosha ini sempat melalui detik itu!

Enjin lama yang masih rajin berkerja, serajin warga negara Matahari itu.

Melihatkan komponen yang halus mulusnya terkenang aku betapa sukarnya melengkapkan seketul jam! Apatah lagi era teknologi dulu yang berbeza berbanding hari ini.

SEIKOSHA, nama yang dah tak ujud lagi...

Seiko Precision ini berjarum biru.

Sengaja aku bogelkan jam ini agar korang dapat menikmati pandangan yang lebih indah tanpa dihalang sesuatu...
Lagipun aku masih tercari-cari strap yang 'sebaya'nya.

Seikosha dengan subsecond sangat sukar diperolehi kini, menyimpannya umpama menyimpan sejarah 70 tahun yang bersemadi diwajahnya.

Tiada lagi yang tinggalkan untuk buat kenangan, semua telah pergi diluput zaman. mati tanpa kuburan kecuali...
kecuali ini..Satu-satunya yang masih berdenyut-denyut ditanganku.