Monday, February 28, 2011

KS

Biarpun bertahun hidup bergelumang dengan Seiko tapi aku tak pernah hirau model ni, kerana kesombongan itu maka aku tak pernah ambil tahu rupa, enjin maupun harganya.

Betul juga kata pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'. Malam jam 11 setelah menyelesaikan sepinggan nasi beryani kambing arab Bro Irham mengeluarkan model ni buat santapan aku ...

Menurutnya, Seiko KS enjin kunci ini sangat unik kerana casingnya yang ber'lug' besar! Enjin kunci hi-beat yang sangat halus detikannya, berbeza dari enjin kunci lain.

Sangat mulus biarpun dah berusia senja.

Bentuk casing yang dempak mendakap pergelangan tangan dengan mesra sekali!

Seni yang berkualiti dengan harga yang setandingnya.

Buckle 'King' untuk model ini menjadikan jam ni bertambah 'angkuh' sekali, berkali-kali Irham memberikan aku 'amaran keras' agar aku jangan lupa tangkap gambar bahagian ini...hehe.

Belakang ada cop mohor besar King bertempelkan emas.

Haha kerana keracunan model KS milik Irham ni maka aku ke AmCorp petang tadi ...Bagai pucuk di cita petai yang datang memang ada seketul KS sedang 'menunggu' aku disitu.

Inilah dia kembar KS milik Irham yang aku rakam terus sebaik saja mendapatnya di AmCorp tadi, diletak diatas meja ketika aku minum bersama kekawan jam...
Keadaan enjin setelah dibuka sangat berkilauan, menambahkan hi-beat degupan jantung aku.

Bagi aku cukuplah seketul KS dalam koleksi sedia ada. Lagipun mana boleh dua 'King' dalam satu negara?

Penternak-penternak Seiko sekalian! Carilah model KS ni sebagai 'King' koleksi korang!

Friday, February 25, 2011

'Permata' silam yang masih berkilauan... (RM2400)

RM2,500!  Mahal/murah bukan kerana harganya, tapi kerana keunikannya.
Warna emas yang melambangkan kemewahan. Seiko UFO automatik bertahap NOS ini sangat susah ditemui diakhir zaman ni, lengkap berkotak dan reset beliannya fuh...  Bagai anak emas, dijaga dan digilap agar ketulinannya dapat dinikmati oleh generasi hari ini.
Baiklah, tak berfaedah aku cakap panjang-panjang, nanti ada yang lebih sudu dari kuah pula. Pastinya gambar-gambar dibawah ini tak akan berbohong....


Tiada kesan calar! nak pegang kena potong kuku dulu...huhu

Teduhan mata...Nangis...

SGP (Steel Gold Plated)




Reset bersejarah... dibeli ketika korang masih di buai ibu.

  
Menurut empunya kotak yang juga seorang yang penternak SEIKO...HANYA S E I K O! Kotak ini mengandungi seutas jam yang tak pernah disentuh! Di beli 30 tahun dulu dan masih terpelihara 100% ketulinannya! Berserta jam yang bertaraf NOS set ini untuk dijual! Bertuahlah jejaka yang dapat menawan napsunya...hehe

Surat beranak masih tersimpan.... bekas warganagara Amerika.

Wednesday, February 23, 2011

Jika mereka bertanyakan aku...

... katankalah bahawa aku dah pergi.
Jika mereka mencari aku, maka katakanlah aku dah tiada lagi.
Jika mereka tanya dibumi mana aku berkubur, maka...
katakanlah kenapa ketika aku ada depa tak mau beli!

Begitulah mungkin jawapan spesis-spesis ini jika ia mampu berbicara. Namun 'suara' mereka ini akan 'jelas kedengaran' apabila korang mula teringin memilikinya sedangkan semua mereka sudah pupus dibaham zaman, zaman yang manusianya semakin rakus, dizaman sampah menjadi berharga.

Kini, 10 tahun umpama 100 tahun! Apa tidaknya, Dulu kita masih dapat melihat bangunan yang berusia 100 tahun, tapi kini hanya 10 tahun segala-gala sudah lenyap dari mukabumi. Lanskap bumi terlalu cepat berubah, sehinggakan dalam tempoh 10 tahun pakcik aku di Pahang tak berani lagi memandu masuk ke Kuala Lumpur kerana jalan-jalan lama dah 'hilang'. Begitulah nasib jam-jam Seiko ini yang semakin 'pelik' dari tahun ketahun.

Imej-imej seram yang dirakam oleh cctv jam 1 pagi! Kalau jantung berdegup bawah 36,000 hi-beat dinasihat jangan tengok.

Kita tinggalkan hal-hal dunia sebentar, mari beralih pada koleksi-koleksi yang masih dalam ternakan aku: Spesis-spesis dibawah ni semakin kurang dalam pasaran, sementara masih ada dalam blog detikduabelas ni cuba-cubalah kita buat percaturan, apakah perlu menunggu 5 tahun lagi untuk membuat keputusan menternaknya sebelum dahi kita ditenyeh-tenyeh oleh jari penyesalan.

Spesis yang semakin menyepikan, suatu ketika dulu pernah menjadi mangsa buruan...RM630

Ini juga dah semakin lenyap dari pasaran, pasar malam pun dah tak jumpa, Tesco lagi tak nampak. 10 tahun lagi korang bakal jumpa hanya dikaki lima dibuat tangkal pelaris menggantikan asap kemenyan yang diharamkan kerana menambahkan pencemaran udara dikaki lima Chow Kit...(RM550)

Yang ni lagi rare, mambang bertanduk 3, kalau ada lagi pameran hantu dimuzium negara nescaya aku hantar buat tontonan ramai... (RM550)

Ini juga dah semakin pupus. Bayangkan 30 tahun akan datang mungkin bakal mencecah rm2KKK! Tawar-menawar mungkin berjam-jam lama, tak mustahil bikin lidah terkehel. (RM380)
Banyak lagi jam-jam diruang sebelah kanan masih terbuka untuk dijual >>>

Monday, February 21, 2011

Memburu saki baki 6306 di Malaysia....

Tengahari itu aku bergerak ke suatu lokasi dipinggir Kuala Lumpur.

Cuti umum, suasana jalan bersebelahan Stadium Bukit Jalil sunyi sepi.

Kembara aku hari ini ditemani jentera berenjin 6R15 Seiko Sumo, selesa untuk misi sukar seperti ni  hehe..

Dari cermin depan kereta kelihatan Bandaraya Kuala Lumpur yang diselimut jerubu panas. Bandaraya yang pemurah, disana pemimpin, pembangkang, pemandu teksi/bas, peniaga, pegawai, kerani, polis, penyampu smapah, pencuri, penyeluk saku maupun pengemis mencari rezki.

Bandar Ampang, disini aku bakal bertemu seorang penternak Seiko!...tak ada lain hanya SEIKO!

Bro Ah Keong muncul di pintu restoran. Pertamakali aku jumpa, kacak dan ramah mesra orangnya. Melihatkan peluhnya yang jernih menunjukan pada aku dia seorang yang kuat berkerja. Tengok diatas meja tu...

Ada 3 ketul jam yang dibawanya, tapi satu daripadanya adalah model yang sangat-sangat jarang di temui.

Inilah yang lama aku dengar tapi tak pernah berjumpa... 6306! Spesis yang sangat payah ditemui di alam maya kini.

Masih segak walau dah diasak 3 dekad.

Tempaan maha hebat 6306 ni hanya untuk tangan orang Jepun aje, jelas pada huruf kanji pada 'hari'nya yang hanya terdapat pada model ni.

Tapi tulisan lain semua kekal rumi

Glass cembung bahagian dalam mirip 6105.

Perbezaan yang mudah dikesan 6306 dengan 6309 adalah saiz huruf pada ezel. Gigi bezel juga tak sama.

Haha...jam ini membuat aku seronok setiap kali melihat waktu...

... Fikirkanlah, berbanding 6309 model ini mencecah hampir RM2000 setelah 30 tahun semata-mata spec tertentu yang tak terdapat pada model 6309 jadi...

...apakah Sumo yang memiliki bakat serupanya bakal memahat sejarah yang sama? Bersama cucu-cicit kita tunggu 30 tahun nanti...

Friday, February 18, 2011

Tak kisah walau ditangan siapapun...

...OMEGA memberikan si pemakainya mampu berlagak eksen walaupun ia seorang pengemis jalanan. Bahkan menurut seorang kawan aku yang tak dikenali, sejak memakai jam omega perasaan malunya mula berkurang, dimajlis-majlis kenduri kawin maupun kenduri arwah tangannya tak lagi segan-segan menjalar melintang meja untuk mencapai lauk-pauk yang terhidangan...dahsyat tu!

 
Ahh... tinggalkan kisah kawan aku tu. Omega...Sejak dibangku kantin sekolah lagi aku sangat suka mendengar dan menyebut jenama ni. Entah le, mungkin suku katanya yang ringkas dan menarik.

Tak ramai para penternak yang aku kenali memiliki baka Constellation dengan ring 'ulat gonggok' ni. Kalau adapun boleh dibilang dengan jari.

Koleksi hebat milik Bro Rasdan semasa bertemunya kelmarin. Nampaknya dia aktif mempelbagaikan baka ternakannya. Memang berbaloi Rasdan, model lama ni dah semakin payah, tak jumpa kat mana-mana supermaket dah kecuali ditangan kau aje.

Gaya yang ringkas, tiada merah, hijau atau putih...

...yang ada hanya keaslian warna st. steel semata-mata.

Cantik, keindahan yang menyengkang kelopak mata.

Wednesday, February 16, 2011

MARINEMASTER 3OOM!... IDAMAN PARA PENTERNAK SEIKO!

Ketika memandu untuk pulang ke rumah aku menerima panggilan kecemasan..." Asalamuallaikum Hassan! Ni Tay laa...mari minum teh, marinemaster dah mari la!" Kebetulan aku melalui jalan berhampiran restoran Bandar Puchong tempat biasa kami berkumpul secara aman.

Sebaik sampai otai-otai Mr Andy, Mr Tay dan Uncle Luv sedia berada disatu meja yang melingkar diatasnya SEIKO MARINEMASTER 300M. Wah buat pertama kali aku dapat merasa kepaduannya! Berat gila!

Punggung licin bagai telur dikupas.

Model kemegahan Seiko, idaman semua penternak Seiko.

Kualiti senibinanya membuatkan kita sentiasa 'merasai'nya ketika dipakai tangan. Bunyi braceletnya sangat merdu...weihhh naik angau dah ni hehe.

 Popularitinya bukan bersandar pada harga yang mencecah hampir 10K!

Kegagahan ditampilkan pada saiz indek dan jarumnya yang sangat tebal.

Datang dengan set lengkap yang setanding nilainya.

Glass hardlex nampak kebiruan apabila dilihat menerusi lensa kamera..Bahaya ni! boleh mengaburi mata hehe.

Turut mengiringi dibelakang ialah moyangnya yang masih hidup sehingga kini Seiko 6306 dan 6105.

Senibina yang begitu teguh, tak semua jam selam menampakkan keteguhan melalui senibentuknya.


Payah untuk dinilai dengan 2 biji mata apatah lagi menerusi gambar. Mr Andy pun terpaksa pakai 3 biji mata yang sentiasa dibawa dipoketnya untuk melihat kehalusannya, sebaiknya 'lihatlah' juga ia dengan 5 jari tangan, nanti barulah korang dapat menilai antara intan dan kaca supaya jangan ada yang masih beranggapan 'RM10K bukan harga untuk seutas jam Seiko!'