Thursday, December 30, 2010

LANGSUIR SUNGAI SAGIL...

Ini cerita original ya, bukan replika atau reka-reka...

20 tahun lampau aku berkemah di air terjun Sagil yang terletak di tumit kaki gunung Ledang. Setelah siang puas berendam kami belima bermalam di kemah berhampiran batu-batu sungai. 

Dalam pukul 11 malam keadaan begitu sunyi dan nyaman dengan bunyi air dan unggas-unggas sekeliling riuh bersembang, Azak duduk diatas batu besar sungai membakar seketul belacan, kemudian dia ikat dengan seutas benang panjang, aku dan 3 yang lain duduk dibelakang lihat dia membaca sesuatu pada ketul belacan yang diikatnya tadi. “Aku nak panggil LANGSUIR! kalau kau nak tengok sama duduk diam-diam dan jangan lari walau apapun datang, ok?” bisiknya. “Ye ke?...” sahut beberapa kawan aku yang menyangka dia hanya nak bikin joke aje.

Aku tengok Azak melontar ketul belacan tu ke ranting pokok tinggi yang condong ke sungai, beberapa kali balingannya tak sangkut dan jatuh semula ke air. Setelah melontar beberapa kali akhirnya belacannya tersangkut pada satu dahan, aku nampak ia menarik-narik benang ditangannya supaya ketul belacan itu berbuai-buai sentiasa.. tarik...tarik dan dia terus tarik pelan-pelan, sudah 2 batang rokok habis Azak masih menghayun selamba. Tiba-tiba keadaan sekeliling hening semacam! Keriuhan suara unggas disekeliling tiba-tiba hilang entah kemana? Barangkali mereka dah cabut dulu...haha


... jauh diatas bukit mula terdengar bunyi serakan daun pokok KRUSSHHH! Mungkin beruk melompat dahan? sangka aku... keadaan kembali sunyi beberapa ketika. Kemudian bunyi itu datang lagi tapi kini semakin dekat! Ada antara kawan-kawan yang dah mula senak perut... senyap semula. KRUUSSSH...tiba-tiba bunyi itu diatas dahan yang melintang sungai berhampiran kami..

Semua yang bertenggek rapat diatas batu besar dah kaku macam batu, dari hujung mata terlihat satu lembaga berpakaian putih diatas dahan! Masing-masing tak berani angkat kepala...Kerana terlalu takut semua kaki yang ada diatas batu itu belari masuk kemah meninggalkan Azak berseorangan ‘bermain-main’ dengan lembaga itu!
Setelah beberapa ketika aku dengar suara mengilai-ngilai Eeeee..Eeeiiii semakin jauh hilang di tengah hutan!
"Azak memang gila! manusia yang normal macam kita mesti takut hantu!" kata kawan aku...haha

Bercerita tentang monster. Kedua-dua ni Seiko orignal tapi kod berbeza. Cuba cari perbezaannya....

Haha...ni dua tak seiras, yang mana tiruan?

Tuesday, December 28, 2010

JUNKERS...

JUNKERS Erster Atlantikflug, begitu le nama model baru yang membuka tirai 2011 ni.

Aku temui terkurung di ruang pameran sebuah kedai jam... "Baru sampai!" Kata toukeh dan memberi aku peluang menyentuhnya...

Sebaik terbaring longai di tapak tangan kamera aku meratah setiap sudut menariknya...memang cantik.

Aku percaya, korang pasti tak kelip mata memandangnya...

Penutup belakang diikat oleh 4 skru halus? Leceh nak buka/tutup...
German pernah menguasai teknologi pesawat sehingga berani mencetuskan serangan seluruh benua Eropah dalam perang dunia dulu. Kegemilangan era pesawatnya diabadikan disini.

Secara keseluruhan rekabentuknya menarik, tapi tak cukup kuat untuk menarik RM1.5K dipoket aku.

Tapi best juga simpan satu buat kenang-kenangan buat tatapan dihari tua.

Kepantasan munculnya model-model baru dipasaran hari ni menjadikan sesetengah model 'cepat tua' dipasaran, namun design retro lebih selamat dari ancaman itu.

Yang ini juga sangat menarik perhatian aku, dual time dua crown dijana enjin quartz.

Dua jam dalam satu dial, jadi tak perlu pakai dua ketul jam macam Maradona.

Gambar pesawat merentas lautan Atlantik

Apa komen korang tentang model baru junkers ni?

Sunday, December 26, 2010

Aduhai... Apabila Omega Geneve merantai tanganku...

Inilah satu-satunya jam yang sangat cantik diletak di atas meja!

Menurut Mr. Radzi, Omega Dynamic ini adalah dari model Geneve yang lebih luar biasa dari biasa.

Ringkas dan penuh gaya


Marker jam berupa garis halus yang panjang.

Dial hitam menjadikan garis yang halus itu menyerlah.


Jika korang penternak Omega maka inilah salah satu koleksi wajib!

Thursday, December 23, 2010

3 MODEL 6138 yang wajib diternak!

Big Blue yang sangat perkasa dan sudah lama pencen dari pasaran. (SOLD) 

Pesawat UFO, enjin dah buat pemeriksaan Puspakom. (SOLD) 

Black Panda, spesis yang dah lupus dihutan serata dunia. (RM850)


Tuesday, December 21, 2010

Semalam yang suram...

Ketika memandu dalam 100km/j di lebuhraya tiba-tiba kereta aku di libas angin lintang yg dihasilkan oleh sebuah bas dua tingkat yang dipandu laju. Terfikir aku, apakah bas ini sesuai di semua jalanraya Malaysia? Tragedi hitam kemalangan Cameron yang korbankan 28 orang dah berlalu, angka korban yg ramai itu bagai memberi isyarat tentang bahayanya berbanding selesanya...


Bellmatic memang best! tunggu aksinya...

Monday, December 20, 2010

LONGINES CONQUEST

 Cuba korang lekapkan seketul cengkerang laut kat telinga, ada dengar bunyi gema ngungggg... macam tu? Haha...macam tu le bunyi enjin supersonik yang mengerakkan jarum saatnya meluncur macam jet di udara, tak nampak berdetik seperti jam-jam quartz biasa.

Ini hah rupa enjin ultrasonic Longines lama ni...

Kerana maukan kualiti yang setanding cermin 'omega' diguna ganti, namapak logo omega tengah?

Cukup segak jam ni, kalau dah habis sebak bisa meraung dibuatnya...

Mungkin enjin ni dibina untuk mencabar teknologi quartz Seiko dulu...

Kebanyakan model swiss lebih segak dengan tali kulit.

Harga RM850! LONGINES! Sangat berbaloi beb!

Saturday, December 18, 2010

BERKONGSI SENGSARA ....

Sengasra betul aku melihat keunikannya... Nak mintak kawan tak bagi, nak beli kawan tak jual..aduhhh

....bazel separuh hitam/merah yang menghiasi Seiko 6105 Cik Wan... Payah dapat beb! Kalau dapatpun pasti tokey perah harga tinggi.

"Mana Cik Wan jumpa bazel cantik ni?" tanya aku.
"Kat kedai semasa Cik Wan hantar servis jam, pada mulanya apek berkeras hati tak mau jual...tapi selepas Cik Wan hembus ubun-ubun dia baru le apek lembik hati untuk lepaskan San" kata cik wan. 10 tahun dah apek simpan bazel ni buat hias dikedainya.

Sungguhpun muka jam dah lusuh dan berparut tapi semua itu terpadam oleh bazel unik yang terang dan lawa ni.

  6105-8110 ini memang buruan polis, bomba, pegawai koprat,
 peniaga dan apa saja profesion para kolektor yang gilakan Seiko diver.

Tak sah kalau tak simpan seketul...

Nah! ambik ko!...buat tambah pedih!

Tali silikon ni buat jam nampak kurang kena, kalau pasang tali besi tentu lebih gempak!

Wednesday, December 15, 2010

CASIO WADEMAN! Wajib tengok!

Ayam Peyek ni memang sedap, korang boleh cuba try test di Sungai Way PJ sebelah LDP.

Tempe, sambal, sayur dan kaki ayam dimuat atas daun pisang, memang sedap! Haha kalau nak sedap lagi...

...pakai Casio Wademan ni ketika meratahnya, garenti 3 pinggan boleh licin.

Paling sukar ditemui disini. Besi Titanium, besi pesawat!

Direka untuk menemani para pengembara yang merentas lembah, bukit-bukau dan gunung-ganang.

G-SHOCK! Jentera canggih elektroniknya disimpan dalam 'peti kebal G-Sock'!

DW-9800, Wademan Terje Haakonsen, nama seorang peluncur salji. Special edition!

Bearing!

Sporty!

Kompas bearing serta thermometer.

"Pergh! Ganas!" komen kawan bila aku lalukan tangan aku depan matanya hehe...

Biruuuu...

Ada tandatangan pada dial, nampak? Kalau tak nampak cuba tengok sambil kejam mata..haha

Aku suka bahagian bazelnya yang mirip jam diver.

Casio sangat berpengalaman dalam membina jam-jam yang lasak, boleh dilihat pada rekabentuknya yang mirip kereta kebal.

'Tangkal' yang menambahkan keyakinan korang ketika diasak digelanggang mencabar.